July 30, 2009
Pernahkah Anda Nampak?
July 24, 2009
Carikan Aku Jodoh!
July 17, 2009
Kodok Oh Kodok
July 16, 2009
Ke Hujung Dunia ( Tip of Borneo )
July 10, 2009
Harga Sebuah Kesunyian
Yang ini la pengubat sebenar kesunyian yang melanda diri Cik Kay. Hari-hari Cik Kay menjelajah mencari tawaran yang paling jimat untuk Cik Kay beli. Cik Kay tak tau la berapa hari Cik Kay dok mencari dan terus mencari benda ini untuk mengubati kesunyian yang ada. Akhirnya di satu tempat itu, Cik Kay rasa tawarannya tidak boleh ditolak lagi. Harus dibeli! Bila dah beli, gembiranya tiada tepinya. Senyuman dalam hati sungguh lebar rasanya. Inilah harga sebenar yang perlu dibayar untuk melegakan kesunyian yang ada. =)
July 2, 2009
Catatan Buat Diri Sendiri
July 1, 2009
Katanya Jiwa Kosong ...
Bila aku menaip di MukaBuku yang aku jiwa kosong, ramai memberi respon masing-masing. Terima kasih wahai teman-teman Mukabuku! Sekurang-kurangnya kita berkongsi rasa dan kata. Walaupun ada yang ketawakan 2 patah perkataan yang telahku taip, tidak mengapa. Aku tidak berkecil hati dengan tawa itu. Bukan semua yang kita rasa dapat dikongsi dengan jiwa-jiwa yang lain. Ketawamu itu ku balas dengan senyuman. Mungkin sedekahku itu tidak dapat mengenyangkan dikau, tapi mungkin cukup menceriakan harimu. Mungkin...
Tidak tahu mengapa ini berlaku, tapi aku kira ini semua hanyalah satu pusingan hidup yang selalu terjadi. Ada kala kita gembira, tiba masa kita bersedih dan juga ada masa kita tidak dapat merasa apa yang perlu kita rasa. Kosong....Aku kira ini semua terjadi kerana aku penat memikirkan dan apa yang aku fikirkan masih belum dapat diterjemahkan dalam bentuk yang sepatutnya. Aku kira berputus asa bukan pilihan yang ada. Usaha dan terus usaha dalam merealisasikan apa yang aku fikirkan.
Aku rasa ada beberapa perkara yang mengganggu dan membuat aku terasa kosong di jiwa buat seketika. Ketika ini, salah satu yang membuat terasa ruang itu mungkin kerana masih ada jiwa-jiwa yang ada di sekeliling masih belum dapat bersatu untuk merasai antara satu sama lain. Tidak mengapa, biar waktu berlalu untuk rasa itu bertemu. Saat itu jiwa ini dan jiwa itu akan dapat memahami apa yang dirasakan.