Bila berada di kejauhan dari kebiasaan kita, semuanya mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Walaupun hari-hari dilalui dengan penuh senyuman dan gelak tawa, dalam hati tuhan sahaja yang mengerti. Di saat kesunyian itu menjengah di hati, tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengubatinya. Lalu Cik Kay bawa diri ke sana sini sekadar mengisi masa yang ada. Semua aktiviti mengubati kesunyian yang melanda ada harganya....
Cerita 'Robot Bertukar' ni dua kali Cik Kay pergi tengok. Tengok di Central Point, wayang di situ kurang memuaskan. Tapi sungguh teruja menonton. Tengok di Cathay Cineplex Kota Kinabalu sungguh memuaskan sebab sound system yang sungguh hebat sampai kaki terasa gegaran. Cuma yang kurang puas hati bila ada kala gambar jadi sedikit kabur. Tak pe lah. Yang penting Cik Kay 'Happy'! (Tapikan kenapa la cerita ni agak macam lawak-lawak bengong? huhu)

Ada sekali tu tak tahu nak buat apa. Pergi la 1Borneo. Jalan punya jalan. Akhirnya di GSC 1Borneo juga kaki ni melangkah. Sebab macam tak ada cerita yang mengujakan, 'ter'beli la cerita '17 Kembali ni. Erm, plot-plot cerita yang agak klise seperti '13 Ke 30'. Apa pon, Cik Kay mengisi masa dengan seadanya.

Sebelum melayan 17 Kembali, Cik Kay jejak kaki ke bahagian bawah 1Borneo semata-mata nak menonton rancangan kesukaanku. Selalu tengok kat kaca TV je kan, sesekali ada peluang nak juga tengok apa yang ada di depan mata. Sungguh kagum melihat semangat budak-budak sekolah mengeja perkataan dengan gigih. Cik Kay yang tua ni pon kadang-kadang terkial-kial mengeja apa yang hakim sebutkan. Hihihihi.
Di waktu malam, 'kitab' hikayat ni lah yang dilayan. Rasanya dah 2 minggu beli 'kitab' ni. Lagi sikit nak habis baca. Agak terpesona dengan cerita sejarah dalam buku ni. Dan agak terkagum dengan kisah hidup Munsyi Abdullah. Bagaikan mengembara dalam hidup di zaman 1800++. Tak sabar nak menghabiskan bacaannya. Si.......kit lagi! =)

p/s: Sayang seribu kali sayang, bila sudah ada penawar kesunyian, laptopku pula buat hal. Jadi apa gunanya ada penawar itu jika tidak dapat digunakan.... Wahai hati, bersabarlah.......
3 comments:
ala cik k..kalo bosan updates l blog..i nak bace.. wekkkk! :P
macam mana nak update, kat opis segala benda social network kena blok. kat rumah tak boleh pulak nak online. huhuhu. sedih i!
eh, silap ni address aku yg betol...http://mesinantik.blogspot.com/
Post a Comment