September 30, 2009

Saya Takut Hantu...Tapi...

Kawan Cik Kay kata Cik Kay SUNGGUH minat Cik Adik Manis. Sebenarnya Cik Kay tak minat sangat dia. Yang Cik Kay minat belog dia. Hahaha. Propakan ayat Cik Kay. Pada hal 8 bulan lepas Cik Kay beria menonton kembali rancangan yang Cik Adik Manis sertai. Hihi.

GSC 1 Borneo. Hihi Jangan ingat wayang kat Sabah kongkak OK! Best macam kat KL

Hari Ahad lepas, kawan sekolah Cik Kay ajak menonton wayang sebagai balasan sebab dia tak dapat ambil Cik Kay di lapangan terbang. Jadi Cik Kay boleh pilih cerita apa yang hendak ditonton. Agak-agak cerita apa la ye Cik Kay nak tengok? Hihi apa lagi, cerita hantu la. Eh! Bukan ke Cik Kay tak suka cerita hantu. Ye betul! Tapi sebab.....


Nampak tak nama dalam kotak merah tu? Hihihi teringin la ye nak tengok macam mana la dia menjadi pelakon pulak. Nak tahu la juga Cik Adik Manis ni kayu ke batu ke tunggul ke dalam dunia baru ni. =)

Inilah cerita yang Cik Kay tonton! Hahaha Momok The Movie salah satu bahagiannya lakonan Cik Hanis Zalikha! Hihihi. Cik Kay tahu pon sebab baca belog dia la. =)

Dalam wayang tak boleh ambil gambakan! Jadi Cik Kay pon mencilok gambar dia dan Nabil dari belog dia di sini. Erm apa ye nak komen? Secara keseluruhannya, Cik Kay memang gelak sakan la tengok cerita ni. Gelak yang sungguh-sungguh. Bukan gelak buat-buat ye!

Cerita Momok ni memang la cerita hantu. Tapi cerita hantu lawak. Lawak dia macam-macam. Lawak tengok hantu beraksi. Lawak bila pemain aksi menunjukkan lakonan yang kayu. Hihihi. Bayangkan ada satu babak tu anak dia kena rasuk. Mak dia macam takut tak takut je. Cik Kay dengan kawan gelak sakan melihat pemain aksi itu. =D

Bahagian lakonan Cik Adik Manis ni agak lambat juga la nak keluar. Tapi bila dah keluar Cik Kay sengih sambil gelak. Bukan apa, Cik Kay geli hati tengok Si Nabil beraksi. Hanis Zalikha pon ala ala sopan bagai gadis bunian yang terakhir. Hihihi. Nama Kampung Pinang Sebatang tu macam pernah je Cik Kay dengar. Tapi Cik Kay tak ingat kat mana. Si Hanis ni boleh la berlakon. Nak kata cemerlang, erm result sem 1 dia lebih gempak la ye. Biasa la orang baru berlakon. =) Apa pon Cik Kay nak kata Cik Kay rasa tak rugi pon beli tiket wayang cerita ni. Sebab utama, Cik Kay puas gelak. =D

p/s: Eh! ni post yang ke-100! hehehe. Semoga ada lagi 5000 post di masa hadapan. =)
Pesanan, Undi jangan tak undi untuk Hanis di sini



September 28, 2009

~ Kisah Seluar Dalam ~

Sumber Gambar: Di Sini

Bulan puasa sudah berlalu, Syawal pon dah menjelma. Cuti di Hari Raya juga sudah habis. Apa yang ada? Erm kena la memulakan kehidupan seperti mana yang ditinggalkan untuk Hari Raya. Memandangkan hari ini agak bosan dan masa pon agak senggang (agak ke? memang senggang la ye. sempat la lelap mata.), Cik Kay nak bercerita tentang satu benda agak mengujakan ketika bulan puasa. =)

Pada satu hari, ketika berpuasa, Cik Kay rasa satu kelainan semasa hendak bersiap. Cik Kay dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan diri ini. Masa tu Cik Kay tak dapat nak kesan. Cik Kay pon redha dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Bila dah tiba di pejabat, ada seorang kawan tegur Cik Kay. Dia kata sejak berpuasa Cik Kay makin berubah. Bukan berubah jadi makin chanteq ke, semakin berseri-seri ke atau jadi lebih kacak. Kawan Cik Kay kata, Cik Kay nampak makin kurus.

Ha! itu ayat paling SEDAP didengar dalam dunia (selain daripada ayat orang nak belanja makan. haha). Bila Cik Kay duduk buat kerja, erm Cik Kay rasa macam betul jugak kata kawan. Apa lagi, terus Cik Kay ke penimbang di pejabat. Terus Cik Kay senyum. =) Patut la, berat pon turun lebih daripada 1 kilo! Yahuuu! Hehehe.

Dengan serta merta, Cik Kay dapat mengesan apa yang tak kena dengan Cik Kay. Segala kepelikkan telah terjawab! Rupanya perubahan berat badan telah mengecilkan sedikit bon-bon Cik Kay. Patut la masa bulan puasa Cik Kay dapat rasakan yang seluar dalam sedikit longgar. Pada mulanya Cik Kay ingat seluar-seluar dalam itu sudah mengembang. Cik Kay ada la bercadang nak beli seluar dalam raya tapi tak terbeli. Hehe.

Erm...kini semua itu tinggal kenangan. Selepas raya, Cik Kay dapat merasakan badan ini sudah mencapai berat asal. Sekarang, Cik Kay dapat merasakan seluar dalam yang longgar itu telah kembali seperti biasa. Hihihihi. Terima kasih kepada semua penyedia makanan yang sudi menjamu Cik Kay. Hehehe. Lepas raya Cik Kay menjelajah merata tempat untuk makan. Bukan apa, Cik Kay tak nak kempunan bila balek ke negeri ni. Tu yang Cik Kay pulun makan. =)

p/s: Baru timbang di pejabat. Erm kurang 1 1/4 kilo daripada berat asal sebelum puasa. Hahaha.

September 25, 2009

Mari Kita Vote Lagi Untuk Cik Adik Manis~


Cik Kay tak ingat la bila Cik Kay ada calonkan Cik Adik Manis ni dalam Blog Award ni. Rasanya masa tu tengah bosan-bosan 'tak da keje' (konon-konon tak de, padahal macam tak rajin je). Nak hilangkan rasa bosan tu Cik Kay dok isi la borang pencalonan untuk Cik Adik Manis ni. Hihi adakah Cik Kay salah seorang penyumbang yang membolehkan Cik Adik Manis ni tercalon dalam Top 5? Tak kesah la! Janji dah termasuk Top 5. =)


Ha! Nampak tu nama Cik Adik Manis itu tersenarai di Top 5 ni!

Sumber Gambar: Di Sini

APA YANG PENTING?
MARI KITA UNDI HANIS ZALIKHA!
UNDI ANDA PENENTU SEGALANYA!

Nak bersama kami mengundi Cik Adik Manis?

Sila baca peraturan di link di atas ye. =)
Mari Mengundi setiap 2 jam. hahaha

p/s: sebenarnye nak buat pasal Hari Raya, tapi tetiba bersemangat bila terkenangkan Belog Hanis yang sungguh BEST!

September 14, 2009

Beg Oh Beg!

Hari ini Cik Kay nak cerita pasal beg yang mengundang pertanyaan pada orang tua Cik Kay. Dia asyik tanya apa la yang Cik Kay dok bawak dalam beg ni. Bukan sekali dua soalan sama yang ditanya, kaedahnya soalan itu berkali-kali. Cik Kay malas nak jawab. Bukan apa, perlu ke nak jawab. Hehehe.

Memandangkan sekarang Cik Kay dah ada beg yang baru, Cik Kay terbuka hati nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan kisah beg lama Cik Kay. Erm sebelum tu, Cik Kay teringat yang Mama Syamiel ada berkongsi cerita isi beg dia. Ala-ala yang Cik Kay buat ni mengikut jejak langkah dia la ye.

Erm...hubungan Cik Kay dengan beg berwarna coklat ini bermula kira-kira lebih dari setahun yang lepas. Kami berkenalan di Alamanda. Ketika itu Cik Kay dan adik, Cik CTK pergi membeli barang keperluan dia di sana. Ketika melintasi kedai, Cik Kay terpandang untuk kali pertama. Dibelek-belek, diintai harga dan diletakkan kembali. Konon-konon tak nak beli. Bila dah nak balik, ingatan ni tetap melekat je pada beg itu. Memandangkan tak boleh lupa, Cik Kay terus kembali untuk memilikinya. Sesuai dengan status kewangan Cik Kay yang seorang pelajar ketika itu, Cik Kay membeli dengan hati gembira.

Walaupun beg ini tidak 'meletop' atau tidak membuat orang pandang 316 kali ketika membawanya, Cik Kay bahagia dengan dia. Dengan kelebihan yang dia ada, Cik Kay suka membawa dia ke mana saja, terutama ke kelas. Hidup sebagai pelajar, kadang kala macam-macam perlu di bawa. Dengan adanya dia, kaedah penyimpanan senang saja. Sumbat selagi daya! Hehehe. Buku ke, lab coat ke, kasut pon boleh juga!. Beg oh Beg! Kau bikin ku merindui momen-momen bahagia di alam belajar!

Bila dah bertukar alam, Cik Kay tetap setia dengan dia. Bukan tidak mahu mencari pengganti. Masa tu Cik Kay masih belum mampu dan juga masih tidak jumpa yang berjaya mencuri tempat di hati. Jadi sepanjang di sini dia tetap di sisi. Namun semua itu tinggal kenangan. Cik Kay sudah menemui teman sisi yang baru. Jadi dia dah kena tinggal di rumah. Sebagai menghargai jasa selama di sini, Cik Kay persembahkan dia dan juga isi yang selalu ada di dalamnya. =)


Amek Ko! Ni dia pemberat beg Cik Kay! hihi. Dari atas mengikut jam:

1. Majalah Wajib untuk dibaca!
2. Delima Ranting Senja - Siti Zainon Ismail (untuk mengisi lapang. Tapi tetap tak lapang)
3. Bekas pen bulu-bulu warna merah (erm ni pon guna masa belajar ni)
4. Earphone! (harus nak dengar lagu)
5. Slip bank. hihi
6. Penyahkuman untuk Tangan
7. Kunci Kereta Bumblebee pinjam.
8. Buku Merah!
9. Kertas Minyak
10. Topeng Muka (H1N1 nye pasal)
11. Kain Lap spek.
12. Thumbdrive
13. Tisu Rose
14. Buku Nota Izzreen bagi. =)
15,16,18,19. Makanan! (Oh, gambar ini diambil ketika sebelum puasa)
20. Kalkulator Saintifik! (rasa macam tak pandai la guna kalkulator biasa. huhu)
21. Buku Percuma!
22. Modem Broadband! (Harus kena ada. Kalau tak Cik Kay akan SEPI!)
23. Kad Nama

(Hahahaahaha patut la berat beg ni! Barang yang disumbat tak ingat! )


Tu dia! Gambar kenangan bersama beg terchinta! Masa ni Cik Kay pergi jengok Keyrol sedang berkonvo. Kebetulan masa ni Cik Kay ke fakulti nak selesaikan thesis tahun akhir. Macam-macam dalam beg tu. hehehe. Sekian sahaja kisah beg murah Cik Kay yang disayangi. =)

p/s: erm nak bawak beg ape ek esok? Banyak barang nak bawak balek kampung. huhu. Nak bawak beg murah ni ke? hihi

Ikhlas,

September 13, 2009

Diari Hari Ini: KK-Tawau-KK


Awal Pagi:
Terbangun je, terus minum air sepantas mungkin sebelum azan subuh. Kemudian bangun kembali dan siap-siap untuk bekerja hari ini. Ketika sedang memandu Bumblebee pinjam menuju ke pejabat. Tetiba telefon berdering. Cik Zet telefon rupanya. Cik Kay pura-pura seperti baru bangun tido, sekali Cik Zet kata dia baru siap mandi! Aiyoyo flight jam 7 pagi, Cik Zet tak siap lagi. Cik Kay ape lagi, sambung tido dalam kereta depan pejabat. Lebih kurang 6.20 sampai la Cik Zet depan mata. Lalu Cik Kay memecut ala ala itik pulang petang ke lapangan terbang yang tak berapa jauh itu. Nasib baik dah daftar masuk online. Sempat la naik kapal terbang ke Tawau.


Pejabat!

Separa Pagi:
Cik Kay sungguh mengantuk gara-gara tak dapat tidur malam tadi. Perkara ni sedikit sebanyak mempengaruhi emosi dan akal fikiran. Kebetulan Cik Kay ada bagi kertas kedatangan pada peserta kursus. Salah seorang peserta tu tetiba minta pemadam pada Cik Kay. Cik Kay kata yang Cik Kay tak ada pemadam. Minah itu sungguh resah dah gelisah. Dia pon bertanya macam mana la dia nak tulis nama dia sebab dia dah silap tulis.

Dalam keadaan yang mengantuk tu, nada suara Cik Kay mungkin tinggi. Cik Kay arahkan saja minah tu garis nama dia yang salah dah tulis nama yang betul di atas. Tetiba minah tu pon menulis nama dia dengan penuh hati-hati sambil merujuk kepada kad kesihatan dia. Sambil tu jari-jari dia seakan-akan menyeka air mata yang mungkin terkeluar. Aduh! Cik Kay terus susah hati. Bukan niat Cik Kay nak marah. Ketika tu Cik Kay terlupa yang tempat ni ramai juga insan-insan yang kurang pendidikan. Sampaikan nama sendiri pon tak tahu nak tulis. Bukan satu penipuan, semua ni kenyataan. Oleh sebab Cik Kay rasa bersalah, Cik Kay cuba berbaik-baik dengan dia. Cik Kay sempat muhasabah diri. Ya, Cik Kay terlupa yang semua manusia itu tidak sempurna. Cik Kay yang tahu tulis nama pon selalu merujuk kad matrik setiap kali nak tulis nama dan no matrik ketika peperiksaan. Jadi, kalau tengah buat kerja tu kawal-kawal la amarah tak kira mengantuk ke letih ke nak pitam ke. Nanti orang lain pulak yang terasa hati.
Tawau

Selepas Pagi:
Selepas aktiviti wajib selesai, Cik Kay dan Cik Zet sempat pusing-pusing pasar bersebelahan tempat kami bekerja tadi untuk mencari ole-ole pulang ke kampung. Puas jugak la kami berdua meronda, bertanya pada banyak kedai untuk mencari harga yang paling murah untuk ole-ole kami. Setelah puas mencari, kami pon membeli ole-ole di 2 tempat yang berbeza. Lepas tu, dalam kehangatan matahari yang terik, kami gigih ke pasar besar mencari sedikit makanan! Ye, MAKANAN! HEHEHE. Tapi bukanlah untuk kami berbuka puasa. Untuk bawak balik juga la ye! =)
Kira-kira Tengah Panas:
Memandangkan aktiviti wajib Cik Kay dan Cik Zet selesai awal, kami bercadang ingin pulang ke KK seawal mungkin. Cik Kay pon dengan penuh keyakinan diri yang tinggi menelefon syarikat penerbangan untuk mengambil flight pada sebelah petang. Setelah mendapat maklumat yang diingini, kami pon bergerak ke lapangan terbang. Nak dijadikan cerita sedih, perjalanan kami itu hanya sia-sia belaka. Kami tak dapat pulang seperti yang dihajatkan. Jadi ke mana harus di tuju? Hendak menunggu lagi 4 jam 30 minit itu sungguh lama.

Selepas Tengah Panas:
Pada mulanya kami duduk la di bangku yang disediakan di sekitar kawasan ini. Setelah sakit pinggang dan panas yang agak membara, kami pon mencari tempat untuk 'berteduh'. Nikmatnya beristirehat di sini. Sejuk! Dingin! Nyaman! Hihihi. Yang lawaknya, oleh kerana tempat ini tempat awam, Cik Kay dan Cik Zet beristirehat dengan pelbagai cara. Bila orang ramai, duduklah kami untuk memberi ruang kepada mereka. Bila tak ada orang, ape lagi la ye, gaya bebas untuk 'beristirehat'! Hehehe.


Antara Nampak dan Kelam:
Setelah menanti sekian lama, Cik Kay dan Cik Zet pon 'terbang' menuju jalan pulang. Ketika sedang terbang, Cik Zet tak sabar hendak bersungkai. Semua ni gara-gara surat khabar yang kami rujuk. Menurut surat khabar tu hari ini kami akan bersungkai awal. Jadi bila Cik Zet tak sabar dan mula makan kacang, tiba-tiba ada pengumuman dari kapten kapal. "Waktu berbuka puasa pada hari ini ialah 6.18 petang". Hehehe. Cik Zet terus sembunyikan kacangnya dan senyum. Cik Kay pon senyum kambing! Hahaha. Agak-agaknya, Kapten tu nampak kami makan kot!
Erm ni cerita syok! Walaupon yang bertugas dalam kapal tu hanyalah pramugara dan tiada cik pramugari, layanan diorang sungguh walla! Mula-mula incik pramugara datang bagi ayer melo ais. Apa lagi, Cik Kay terus telan semua. Cik Zet ala-ala minum siket-siket. Kali kedua, incik pramugara datang lagi bawak air mineral. Wah! rasa syok la ye. Cik Kay dengan rela hati nak saja walaupon hanya air mineral. Tup tup kali ketiga incik yang sama datang lagi bertanya nak air lagi? Cik Kay nak lagi! Kali ni Cik Kay minta jus epal pulak. Cik Zet macam biasa malu-malu je nak mintak. Ingatkan lepas kali ketiga incik pramugara tak datang dah. Sekali dia datang lagi bersama soalan yang sama. Memandangkan dah 3 kali mintak minum, kali ni Cik Kay tolak. Cik Kay layan air kotak yang Cik Kay beli. =)

Bila Dah Gelap:

Walaupon dalam kapal Cik Kay dan Cik Zet dah bersungkai makan coklat, Cik Kay tetap ajak si Cik Zet untuk makan. Alang-alang dah dekat dengan kawasan lapangan kapal terbang, Cik Kay ajak la Cik Zet ke kedai tom yam. Kami pon pesan la makanan yang kami teringin. Masa nak pesan air, Cik Zet teringat pulak air kotak yang dia tak minum. Cik Kay pon bagi la kunci kereta pinjam kepada dia. Tak lama kemudian dengan muka sengih-sengih kambing, Cik Zet bagi tahu yang dia tertinggal kunci kereta dalam kereta!

Aiyoo...Cik Kay mula-mula tak percaya. Cik Zet tu suka jugak buat lawak sengal. Tapi bila tengok dia macam dah muka bersalah giler, Cik Kay bebel la apa yang terbuku dalam hati. Tapi sebenarnya Cik Kay tak percaya dia tinggal. Bebelan tu saja je nak buat menyemak telinga dia. Cik Kay buat-buat la pergi jengok kat kereta dengan harapan bila kembali ke meja Cik Zet bagi balik kunci kereta. Sekali rupanya betul! Dia memang berkata benar! Erm kebetulan pulak makanan dah sampai. Kami pon makan dengan ala-ala susah hati macam mana nak selesaikan masalah kami.
Memandangkan Cik Zet itu sungguh bertanggungjawab, maka dia terus mencari jalan sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah kami. Masa tu Cik Kay rasa blank tak tau nak buat apa. Terfikir kenapa la nasib jadi begini. Macam mana la Cik Zet boleh tinggal kunci dalam kereta? Sampai Cik Kay terfikir adakah sebab Cik Kay ni memaksa sangat ajak dia makan sampai dia pon terpaksa ikut makan dan macam-macam dia fikir dan sampai dia tertinggal kunci dalam kereta. Sebab dia ada kata yang dia nak balik rumah terus lepas sampai di bandaraya. Huhu Cik Kay ni bila dah fikir macam-macam maka akan meleret la segala pemikiran ini. Cik Zet telah meminta pertolongan daripada pekerja syarikat kereta di seberang jalan untuk kembalikan kunci kereta. Bila semuanya selesai, kami pon pulang ke tempat 'istirehat' masing-masing. Sekian, terima kasih.

Daripada:

September 12, 2009

Konah Kembali!!!

WAHHH~~!!! Lamakan Konah tak bersama dengan kawan-kawan yang disayangi. Kawan-kawan pon dah tanya pada Cik Kay apa la yang terjadi kepada Konah. Konah sehat sejahtera saja. Konah cuma tak da kesempatan nak mencari info-info yang menarik untuk dikongsi bersama. Memandangkan Aidilfitri tak lama lagi, Konah rasa Konah perlu mencari sesuatu untuk semua. Konah pon tak sabar nak mencuba petua terbaru Tok Guru Michelle Phan. Bahan asasnya, erm... NASI! Mari Mari Mari! Mari kita tengok TiubKamu yang Tok Guru naikkan baru-baru ni. Semoga kita semua akan lebih bersinar di hari lebaran! =)


September 11, 2009

Yahuuuu~~~!!!


Akhirnya, penantian yang berbulan itu telah tertunai juga. Pada mulanya Cik Kay berhasrat untuk mencari satu album baru yang ala-ala glamour, meletop dan sensasi. Namun sebaik saja Cik Kay terlihat Edisi Istimewa ini, terus tanpa berfikir panjang, Cik Kay ambil, hulur duit dan melangkah pergi dengan hati yang berbunga-bunga. Hehehe. Hajat yang berbulan lama tercapai juga. Terima Kasih la kepada Les'Copaque sebab mengeluarkan dvd ini. Penantian itu memang menyeksakan. Tapi itu semua bukan sia-sia.

Yang membuatkan hati Cik Kay berbunga-bunga sebab tak sabaq nak bawak balik ke kampung dan berkongsi dengan buah hati pengarang jantung Cik Kay. Dulu masa cerita ni keluaq kat wayang, Cik Kay tak sempat nak bawak buah hati menonton. Jadi dengan ada dvd ini, semoga Aidilfitri ini akan lebih meriah. hahaha. Masa Hari Raya orang nak pi ziarah menziarah sanak keluarga, ni terbalek la pulak ye. Ada ka nak ajak orang tengok dvd.

Pesanan khas untuk Mak Nyang. "Nyang oii, sat lagi hang pi pesan kat Along, Angah dengan Ajid yang Pak Lang depa beli dah cerita Upin Ipin kat depa! Pesan pi kat depa lagi kata nanti minggu depan Pak Lang balek na~~~hihihi". Bukan apa, kalau Pak Lang ni pi pesan kat blog ini, mana la anak-anak menakan Pak Lang nak tau baca. Depa bukan reti lagi godek-godek blog. Yang depa tau bukak TiubKamu tengok katon saja. Tak pon main game. Tu pon sebab Pak Lang depa ajaq. =)

Nak tau ke apa sebenarnya yang Cik Kay nak beli tadi. Konon-konon Cik Kay nak beli album yang menenangkan jiwa. Tak pa la. Nanti kalau ada duit lebih boleh la kot Cik Kay beli album ni pulak. =)


p/s: Konon-konon Pak Lang nak layan bersama dengan anak menakannya. Sekali tak tahan nak tunggu balek kampong, |Pak Lang dah layan dulu DVD Geng Pengembaraan Bermula... Huhu dah masuk kali berapa ni Pak Lang dah tengok cita ni pon Pak Lang tak ingat.

September 7, 2009

Cik Kay, Nabil dan Puteri


Akhirnya satu pencarian itu membuahkan hasil! Sejak pertengahan bulan Julai, Cik Kay dengan gigihnya mencari buku ini. Cik Kay pernah memblog tentang buku ini di sini. Ketika itu Cik Kay seperti hendak putus harapan. Ketika itu Cik Kay sudah pasrah dengan pencarian buku 'kecil' ini. Lebih kurang 2 minggu lamanya Cik Kay menghabiskan masa setiap kali pulang dari kerja memburu buku ini.

Kebetulan ditakdirkan Cik Kay menerima tugasan yang membawa Cik Kay terbang kembali ke ibu kota. Salah satu perkara yang Cik Kay telah semat dalam hati adalah mencari buku ini. Kebetulan pada 25 Ogos 2009 Cik Kay turun ke Shah Alam (oh! Cik Kay SUNGGUH RINDUKAN BANDAR INI!), tanpa ragu-ragu terus ke MPH dan mencari buku ini. Senyuman Cik Kay sungguh lebar sambil berkata dalam hati, "Dekat sini jugak yang ada ye! Kenapa la tempat lain tak da. Banyak pulak tu yang ada". Diambil, dibayar dan diblah dari MPH itu.

Dalam banyak-banyak masa yang ada, di pejabat jugalah menjadi tempat Cik Kay menghayati kisah di dalam buku ini. Kenapalah buku ini tak pernah hadir ketika Cik Kay sebaya Nabil? huhu. Jika tidak tentu Cik Kay akan maintain slim sampai sekarang. Oh! lupa, ketika tu si penulis pon sebaya dengan Cik Kay. Mungkin masa tu dia pun sibuk dengan menelaah untuk UPSR! HEHEHE.

Setelah habis membaca, Cik Kay rasa buku ni harus diwarisi kepada anak-anak saudara yang dalam proses pertumbesaran. Semoga mereka akan mempelajari segala ilmu makanan yang telah dipersembahkan oleh Tok Guru (a.k.a penulis) kepada Pak Lang mereka. Hihihi. Cuma 1 je Cik Kay kurang puas hati. Kalaulah karton yang dilukis oleh orang lain itu chomel, pasti lebih cute persembahan cerita ini. Jangan marah ye Tok Guru! Sekian sahaja kisah Cik Kay dan buku bertajuk "Nabil dan Puteri Nutrisi" nukilan Sherifah Baharudin. =)

p/s: Semasa menaip, tetiba terasa seakan dejavu. Macam pernah aku menaip cerita ini. Tapi di mana? Suasana menaip sebijik macam pernah dialami. Sambil berbaring atas toto, sambil menonton cerita P.Ramlee di TV. (Sungguh gigil sebentar!)


Keluh Kesah Seorang 'Stalker'

Apakah yang anda faham tentang pengendap? Adakah pengendap akan berada di luar rumah anda seperti cerita ceriti melayu? Yang senantiasa menanti anak dara menayangkan tubuhnya untuk tatapan mata? Adakah pengendap akan memanjat pokok yang ada di depan rumah semata-mata untuk melihat gadis pujaan yang merajuk tak mahu berjumpa dengan dia. (Tetiba teringat cerita kesukaan iaitu babak si Mukhsin intai-intai Orked. Lepas tu si Eton kacau daun je.)

Zaman sekarang yang penuh dengan kecanggihan yang melampau, kita semua boleh jadi pengendap tanpa keluar rumah. Lebih baik lagi, siap boleh guling-guling atas katil kesukaan sambil mengendap orang-orang kegemaran kita. Hihihi. Tapi sejak dua menjak ini, 'pengendap-pengendap' dah susah hati. Susah hati sebab aktiviti kegemaran mereka sudah diketahui oleh rakan-rakan. Mungkinkah 'pengendap-pengendap' ini tidak dapat meneruskan aktiviti ini? Seorang pengendap separuh masa berkata "Takde Maknanyer nak takut! Biar la diorang tahu. Ada aku kesah?".

Ini adalah keluh kesah seorang pengendap tentang aplikasi yang telah dicipta untuk mengesan kehadiran pengendap di MukaBuku. Pada mulanya si pengendap itu terasa sungguh terkesima apabila seorang rakannya menunjukkan aplikasi itu kepadanya. Yang membuatkan dia terkesima apabila dia berada dikedudukan top sepuloh dalam carta aktiviti endap-mengendap kawan-kawannya di alam maya. Tak lama kemudian, si pengendap itu pon buat tak kesah dengan kecanggihan aplikasi yang ada.

Tapi pada malam ini, pengendap itu rasa macam tak seronok macam biasa. Di MukaBuku asyik menayangkan gambar-gambar pengendap di laman Utama. Siap ada siarkan si polan itu dan si polan ini telah ditanda. Mula-mula si pengendap itu melihat ada satu sahaja gambar pengendap yang ditanda. Tapi bila si pengendap itu kembali ke MukaBuku selepas satu jam kemudian, dia melihat ada 12 gambar pengendap-pengendap disiarkan di laman Utama. Ish ish ish. Kalau semua orang di MukaBuku dah menggunakan aplikasi ini, susah la nak buat aktiviti mengendap orang.

Sambil baring termenung, si pengendap pon berfikir segala alasan logik yang boleh diberikan kepada kawan-kawannya. Pertama, si pengendap itu akan kata bukan selalu nak jengok kawan-kawan kan. Dah la si pengendap berada di perantauan. Jadi bila lagi nak jengok kawan-kawan kan! Kedua, mungkin alasan yang pengendap boleh gunakan adalah rindu! Kalau Siti Fairuz nyanyi " Bila ku rindu aku tersebut namamu", si pengendap nyanyi pulak "Bila ku rindu aku bukak MukaBukumu~~". Hihi. Alasan oh alasan.

Apa pulak ye si pengendap nak bagi alasan ketiga ye? Hah! Si pengendap sunyi di perantauan. Di perantauan sungguh mencabar lagi menguji diri si pengendap. Dah la si pengendap kurang kawan-kawan yang boleh dibuat kawan, jadi si pengendap sandarkan harapan di MukaBuku. Walaupon tidak dapat bersembang seperti biasa, dapat menatap profil-profil kawan-kawan di MukaBuku sudah memadai untuk menghilangkan kesunyian. Sekurang-kurangnya bila si pengendap meninggalkan jejak di MukaBuku kawan-kawan, ada jugak la respon yang diterima. Jadi tidaklah terlalu sunyi hidup si pengendap. huhu.



Bagaimana pulak kalau si pengendap selalu hadir dalam profil kawan-kawan yang bukan kawan sebenarnya? Maksud si pengendap, mereka hanya berkawan dalam dunia MukaBuku sahaja. Erm apa salahnya kalau si pengendap nak eratkan saliturahim kan! Nak eratkan saliturahim tu tak pa, tak da masalahnya. Tapi yang bermasalah adalah apa akan terjadi sekiranya si pengendap selalu hadir dalam profil kawan-kawan yang bukan kawan sebenarnya sampai berada dalam carta antara 10 pengendap yang teratas. Adakah si pengendap hendak berkenalan dengan mereka yang berlainan jantina atau pon sama jantinanya? Atau pon si pengendap sudah obses dengan kawan-kawan yang bukan kawan sebenarnya? Si pengendap pon berkata "Biarkan Luncai bersama labu-labunya..".

Tapikan bila dah banyak si pengendap fikirkan, biarlah kawan-kawan tahu siapa yang rajin bertandang di profil mereka. Sekurang-kurangnya tahu la kawan-kawan yang si pengendap itu rindukan kawan-kawannya. B-) . Sekian sahaja keluh kesah seorang pengendap di MukaBuku.


September 4, 2009

I Love You, Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar!)


Hari ni aku terkenang akan satu memori yang terjadi 9 tahun, 1 bulan dan 3 hari lepas. Semuanya kembali dalam ingatan gara-gara filem ni. Walaupun kisah aku bukanlah sepenuhnya seperti filem ini, tetapi ingatan kepada memori itu membuatkan aku dapat merasakan apa yang dirasai oleh Denis Cooverman. Aku agak geli hati dan ketawa sendirian bila menonton filem ni. Erm kat mana ye aku nak mulakan kisah aku? Erm.....

Begini ceritanya. Semua yang berlaku ketika final semester semasa menuntut di pinggir Kuala Lumpur. Seperti Denis Cooverman, aku dapat merasakan waktu yang tinggal ketika itu begitu singkat. Jika aku tak melafazkan kata-kata itu, aku mungkin tidak akan jumpa lagi dengan si Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar). Jadi aku gagahkan diri mengumpul segala kekuatan dan kentalkan jiwa untuk melafazkan apa yang terbuku dalam hati.

Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) adalah seorang gadis yang baik hati dan periang. Dia sentiasa tersenyum dan begitu ramah dengan semua orang di sekelilingnya. Entah bagaimana aku seorang yang kurang rupa dan kurang gaya boleh terpikat dengan si dia. Mungkin emosi aku ketika itu terikut akan rakan sebaya yang rata-ratanya berpasangan dengan gadis-gadis satu kolej. Mungkin aku juga tidak mahu ketinggalan mengalami perasaan jatuh cinta di zaman kolej. Hihi.

Ini Filem yang ditonton. Sumber Gambar: di sini

Aku, Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) dan rakan-rakannya pernah belajar bersama di salah satu tingkat dalam kolej yang menyediakan bangku dan meja untuk pelajarnya berdiskusi. Setelah berfikir panjang tentang yang ingin aku luahkan, aku pon melafazkannya kepada Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar). Ketika itu aku mengajak Si Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) ke arah tingkap untuk sesi luahan hati. Aku kurang ingat laras bahasa yang digunakan ketika itu. Jika tidak silap mungkin aku menggunakan ayat ini. "Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar), aku dah lama suka kat ko. Kalau ko tak ada sesiapa, mungkin kita boleh berkawan". Hihi Adakah sebegitu rupanya ayat yang terkeluar? Mungkin ya.

Sudah tentu si gadis itu terperanjat dengan kata-kata aku. Dengan penuh hemah dan berbudi bahasa, si gadis menolak kemahuan hatiku. Dia menyatakan yang ketika itu dia sudah ada seseorang yang dia selesa berkawan. Jadi dia lebih rela berteman biasa dengan aku. Aku tak pasti sama ada aku berkecil hati atau pun tidak. Yang pasti (jika tidak silap) kami meneruskan menelaah buku yang telah ditinggalkan seketika.

Erm..begitulah aku dan Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) di alam kolej. Selepas kejadian itu, ikatan persahabatan antara aku dan dia tidak terlerai. Dia seorang sahabat yang baik sekali. Dia sentiasa memberi kata-kata semangat kepada aku ketika aku buntu dengan kehidupan selepas alam kolej. Dia juga sering bermurah hati memberi tanda ingatan tiap kali tibanya ulang tahun hari lahirku. Sehingga hari ini, pemberiannya masih aku simpan rapi sebagai tanda penghargaan atas kebaikan dia kepadaku. Kini Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) sedang berbahagia bersama suami serta keluarganya tercinta. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapinya. Aku akan terus berdoa dia akan sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati hidupnya. Semoga dia akan terus tersenyum seperti mana senyuman yang sering dia beri ketika alam kolej. Sekian sahaja kisah I Love You, Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) daripada aku. =)

p/s: Ketika hari persandingannya, aku meluangkan masa untuk hadir ke majlis dia sebagai menghargai sebuah persahabatan yang telah dia hulurkan kepadaku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...