October 28, 2009

Kot Tingkap Cheq! (Through My Window)

Mula mula iklan TM ni ni.....



Lepas tu cari pulak yang Bunkface



Eh, ada pulak yang versi Mila, Dafi dengan Akim AF.



La..... Shila OIAM pon ada!



Sungguh Syok 'Kot Tingkap Cheq!'

Sapa la punya idea la SEMUA ORANG BERHUBUNG?
Sungguh syok lagu Kot Tingkap Cheq!
Bila pikiaq balek, erm sungguh la ni semua dok berhubung kot tingkap komputer masing-masing. Jauh la berpuluh ribu batu. Tingkap-tingkap ni tetap menghubungkan kita semua.

Jom Nyanyi Everyone Connects - Trough My Window!


Jom kita jengah sini: http://apps.facebook.com/everyoneconnects/




Peraba Bersiri

Sumber: Hasil lukisan oleh Peraba Bersiri 2


Hari ni Cik Kay teringin nak kongsi info tentang PERABA BERSIRI. Sejak akhir-akhir ni di pejabat ni ada la seorang dua suka meraba orang. Mereka ni hanya akan meraba sesama jantina mereka sahaja. Peraba Bersiri 1 adalah seorang ibu kepada anak yang sungguh comel. Manakala Peraba Bersiri 2 adalah seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan keTERUNAannya. Cik Kay pon cuba meng’Google’ perkara ni. Yang jumpa hanya ini. Tak pa la…

Cik Kay tak kisah dengan aktiviti mereka yang suka meraba sana sini. Sedikit pon tak tak luak apa yang disentuh mereka. Jauh sekali kalau nak didefinasikan sebagai gangguan seksual. Biasalah kadang-kala bosan bekerja, tangan pon nak menjalar sana sini. Semua itu sekadar usikan sesama rakan sekerja. Kalau tangan tu ’meraba’ dengan penuh nafsu, memang nak kena tendang dengan kaki yang tak pandai tendang bola yang perlu ditendang.

Semalam ketika insiden yang sama berulang, tetiba Cik Kay teringatkan satu lagu. Lagu ni memang sesuai nak bagi orang-orang yang suka meraba ni insaf. Hehehe. Beria Cik Kay panggil dia ke sisi komputer. Diberi kepadanya earphone, dipasangkan lagu itu dan Cik Kay berlari jauh dari dia. Hahahaha tergelak dia mendengar lagu itu. Cik Kay berdoa dia akan insaf daripada aktiviti tak bermoral itu. Hihihi =)

Nak tahu lagu apa yang Cik Kay pasang? Ni ha ada kat bawah. Hehehehehehehe.


"Touch my body
Put me on the floor Wrestle me around Play with me some more
Touch my body
Throw me on the bed I just wanna make you feel Like you never did.
Touch my body
Let me wrap my thighs All around your waist Just a little taste
Touch my body
Know you love my curves Come on and give me what I deserve
And touch my body"

Haha mesti Peraba bersiri 2 tu insaf dengar lagu Kak Mariah yang Cik Kay tuju dekat dia. =)

~Tamat~

October 27, 2009

~Rasa Hati~



Sejenak aku terfikir
Apakah sebenarnya yang aku rasa?
Adakah rasa ini benar?
Atau hanya sekadar singgahan semata?
Lelaki.....
Kadang kala gelojak rasa hanya sementara
Kata kawan,"Rasa lelaki seperti melihat baju baru. Bila sudah jemu, dicari yang baru"
Aku duduk lagi
Tetapi ini bukan 'Baju Baru'
Cuba aku selami
Cuba aku fahami
Cuba aku amati

Kita pernah bersama
Bersuka ria tanpa mereka
Gelak tawa bersama 'Apa Kata Hati'
Menikmati gemerlapan percikan cahaya api
Berjalan seiringan di jalan bertepi
Dan kembali ke MAHA sekali lagi

Erm....kadang kala yang aku alami hanya ilusi
Tanpa tahu rasa sebenar
Adakah sebab pernah terluka lalu takut mencuba?
Mungkin Ya!
Adakah aku tidak bersedia?
Ya juga!
Apakah yang diingini oleh hati?
Sekadar meluah rasa
Meringankan dada
Ketika ini masih banyak yang perlu diperbaiki itu dan ini
Adakah ini alasan semata?
Ya, saya takut....
Takut memberi harapan
Dan takut untuk berharap

Kepada dia, bergembiralah kamu menjalani kehidupan ini
Dengan usiamu yang muda, ramai manusia akan ditemui
Mungkin Yang Terbaik akan mencarimu
Dan dia mungkin bukan aku.....
=)

October 20, 2009

Kenangan Mandi Minyak

Walaupon Deepavali telah berlalu apatah lagi Hari Raya, rasanya tak terlewat untuk berkongsi cerita yang senada dengan perayaan cahaya ni. Menurut kepercayaan orang india, mandi minyak adalah seperti membuang segala benda negatif yang ada dalam diri. Adat ini perlu dilakukan sebelum terbitnya mentari. Pada hari yang agak membosankan (sedang 'terkandas' di lapangan terbang tawau), Cik Kay ingin berkongsi pengalaman mandi minyak. Segala yang Cik Kay lakukan hampir sama dengan orang india, cuma tiada sebarang niat untuk menyambut Deepavali. Begini kisahnya, hari kejadiaan adalah hari biasa bertempat di Batu 3 Shah Alam berdepan kilang 'air mabuk2' selepas tengah malam. Semestinya ketika itu gelap gelita dan ditemani cahaya premis itu. Sebelum upacara dimulakan, kita perlu membayar duit mengikut keperluaan. Tak silap Cik Kay bayar RM20. Untuk memulakan upacara, sila angkat nozel yang berwarna kesukaan (dulu warna hijau sekarang warna kuning) dan hala ke lubang yang betul. Tidak dilupakan pastikan tekanan minyak sungguh tinggi sehingga nozel yang sedang berada dalam lubang itu terpancut terkena badan dan kepala. Ketika itu baru Cik Kay tahu rasa minyak hijau. Diri tergamam sebentar. Satu badan lencun. Bila dah tenang, nozel dihalakan kembali ke tempat yang betul. Apabila selesai, lubang ditutup dan nozel diletakkan ke tempatnya. Cik Kay sambung kembali perjalanan sambil membiarkan tingkap terbuka. Ketika kaki menjejaki ke destinasi, abang ngah pon bertanya "Awat hang bau petrol?". Cik Kay senyap dan terus ke bilik air...... p/s: ala, ingatkan boleh pendekkan masa dgn taip blog ni. Huhu lama lagi nak jam 5~

October 15, 2009

Kerinduan...

"Kerinduan....Tak akan menghilang~~
Kan selaluku rasa
Tak mampu ku menghindar..."


Erm begitulah yang dirasai dalam hati. Hampir setiap kali mahu tidur, ditonton dahulu video diorang dalam telefon. Pada mulanya diri ini terasa hairan kenapa kali ini terasa sungguh rindu kepada si comel ini. Setelah difikirkan barulah tahu sebabnya. Semuanya kerana tidak dapat peluk cium mereka sebelum pulang ke sini! Puas menunggu mereka pulang daripada beraya. Namun hampa belaka. Tidak mengapa wahai hati, sampai waktunya pasti akan ketemu jua.....


Aazim

Akimi


Ajid Ujey

Mereka....

"Pak Lang Jan RINDU kat SEMUA.....!"


p/s: Tiba-tiba air mata mengalir ke pipi...

Hujung Minggu Itu




Bila kebosanan menjelma, diri pon tak tau nak buat apa serta tiada siapa yang sudi berbicara, terjadilah satu episod pengembaraan seorang diri!

p/s: nak tengok gambaq? jengok la MukaBuku. =)

October 12, 2009

Cik Kay, Abang Kelantan dan ...


Ketika ini Cik Kay sedang merenung ketiga-tiga pasang baju melayu yang ada. Ada warna ungu (Sila lihat di MukaBuku), ada warna merah jambu (baju raya 2005, tapi masih chanteq di mata) dan juga baju melayu hitam yang bermanik di bahagian tangan(lihat di sini) yang digunakan di kedua-dua majlis graduasi di Shah Alam. Agak-agaknya manalah pilihan di hati untuk berhari raya di pejabat esok pagi? (Yes! ada jugak majlis hari raya. Cik Kay ni masih kemaruk nak makan makanan raya ye. Sehingga hari ini hanya 2 buah rumah yang sudi jemput Cik Kay beraya bersama. Huhu tetiba macam sedih je).

Okay, mesti yang bertanya apa hubung kaitnya gambar di atas dengan cerita hari raya? Sebenarnya tidak apa kaitan pon. Cuma ketika memilih baju untuk diserika, Cik Kay tergelak seorang diri bila ingatkan cerita yang disampaikan kepada Cik Zet. Nak tergelak bila teringat muka Cik Zet yang membulat terpegun mendengar cerita Cik Kay.

Begini ceritanya. Pada satu hari, ketika Cik Kay sedang bosan berada kolej kediaman yang terletak di Seksyen 3 Shah Alam, diri ini terasa hendak buat sesuatu. Tapi ketika itu tidak ada sebarang ilham yang menjelma dalam fikiran yang sedang ligat berpusing. Sedang seronok memasang CD Ke Sayup Bintang ni, Cik Kay tersenyum lalu bersiap-siap hendak ke Seksyen 2 Shah Alam. (Alah seberang jalan je dari kolej. Tak jauh pon. Masa tu medan selera yang sekarang ni meriah masih tutup lagi.)

Tempat utama yang dituju adalah sebuah kedai kecil yang terletak antara kedai kunci dan juga kedai fotostat. Masa tu tak ada pelanggan dalam kedai kecil itu. Cik Kay rasa sungguh gembira sebab perkara yang akan terjadi hanyalah di antara diri ini dan Abang Kelantan dalam kedai tu. Ya! Kami saling perlu dan memerlukan antara satu sama lain. Sesungguhnya 'sentuhan' Abang Kelantan itu tidak dapat digambarkan kepuasan yang bakal dikecapi. Hehehehehe.

Dengan muka yang selamba, Cik Kay menunjukkan sesuatu kepada Abang Kelantan sambil berkata "Bang, nak macam ni!". Abang Kelantan senyum saja. Dengan semanis senyumannya itu dia menjawab "Boleh!". Cik Kay pon duduk senyap dan merelakan jari-jemari Abang Kelantan itu merayap. Sungguh terkesima melihat aksi dia! Kadang kala Cik Kay tak tahan geli bila jari dia terkena di telinga. Terus badan bergetar sebentar. Nasib baik semua dapat dikawal.

Usai segala yang perlu, Abang Kelantan pon berkata "SIAP!". Cik Kay tersenyum lebar kerana telah puas atas khidmat yang diberikan. Langkah Cik Kay lebih bersemangat meninggalkan kedai itu menuju ke kolej. Ketika di depan cermin, Cik Kay tertoleh kiri dan kanan. Dalam hati berkata "Sama pon dengan gambaq Kak Ning ni!". =D

p/s: Gambaq yang ditunjuk kepada Abang Kelantan tu dalam cover album ni. Kak Ning pakai baju Adidas ungu kot. Kalau cd ada kat sini boleh jugak Cik Kay tunjuk gambaq sebenaq. (^_^) Btw, Abang Kelantan tu selalu minta upah lebih murah daripada biasa bila Cik Kay pi kedai tu.


October 11, 2009

Sepanjang Perjalanan Ini ....



Ketika duduk menunggu keretapi pada 25 September yang lalu, Cik Kay terpandang banner di atas. Erm... Cik Kay rasa semua kenderaan yang ada dalam banner ni telah pon dinaiki untuk menuju ke kampung halaman semasa Hari Raya yang lalu. (Aiyoo dah lama baru nak cerita hari ni ye. Tak pe, baru ada kesempatan...) Cuma satu je yang tak da, gambaq feri! Mai Cik Kay nak habaq pi kat hangpa perjalanan Cik Kay untuk pulang ke kampungku.

Likas - Airport KK: Naik teksi.
KK - LCCT: Ni mesti la naik kapal terbang.
LCCT-KL: Naik Sky Bus (Beria ni beli tiket atas kapal terbang)
KL-Butterworth: Naik keretapi.
Butterworth - Georgetown: Naik Feri.
Georgetown - Bukit Gedung: Naik Bas.
Bukit Gedung - Rumah Bapak: Naik Tumit.

Erm tu belum sampai kampung lagi.

Rumah Bapak - Kampung di Yan: KANCIL Putih! (Oh! rindu Cik Kanc! huhu)
Kampung - Pasar Ramadan: Naik Motor. hehehe.

Perjalanan Pulang untuk bekerja? Sila patah balik seperti di atas kecuali bahagian naik bas dari Bukit Gedung tu tak ada ye. Ayah yang disayangi hantaq Cik Kay ke feri. Ketika naik feri, huhu sayu je Cik Kay melihat Tanjung yang semakin menjauh dari mata.

Feri dah bergerak ni....

Babai Komtar~~

Babai Jambatan~~


Tu dia! Sesekali nak balik beg tak ingatkan. Hehe. Zura, dalam plastik kuning tu mee goreng hat mak hang bagi. hehehe.

Sepatutnya keretapi sampai jam 8.30 malam. Erm...dalam 9 lebih baru tiba. Bertolak dari sini pon hampir jam 10 malam.

Ini la tempat Cik Kay! Sedap ye nak tidoq nanti. =)
(Dalam hati risau takut sampai lambat di KL)

Ni pulak Koc Kantin. Awek tu kan dok macam tak puas hati kat Cik Kay. Dia ingat Cik Kay hadap sangat nak amek gambaq dia kot.



Kalau anda seorang yang berkira, tok sah dok mengada nak makan di koc kantin. Sat lagi hangpa jugak dok mengeluh pasai harga. Cik Kay lapaq malam tu, so layan je. Ni harga dia dalam RM 7. Huhu.

Cik Shu, macam ni la kalau hang amek koc kabin. Kecik ja kalau nak jalan kat luaq dia. Scary la jugak. hehehehe.

Kalau Cik Shu sakit perut, sila pilih jamban yang Cik Shu minat. Siap ada penunjuk cara lagi. hihi





Itu je la kot gambaq yang Cik Kay amek dalam keretapi. Hehe. Disebabkan keretapi yang lewat tiba di Butterworth, jadi tiba di KL pon dalam jam 6 lebih pagi. Bila benda yang perlu sudah diselesaikan, Cik Kay terus naik bas ke LCCT dalam jam 7 lebih. Tiba di LCCT, semua benda jadi serabut. Huhu.

Barang-barang dah jadi 5 semuanya di LCCT. Beratoq punya lama nak check in, sudahnya makan pon tak sempat! Nasib baik dalam flight dah siap tempah makan. =)

Kawan-kawan pernah tak tonton filem 'The Terminal'? Huhu merasalah Cik Kay menjadi ala-ala Tom Hank yang dok mandi di jamban dalam airport. Kaedahnya Cik Kay hanya sempat untuk 'mandi' cukup syarat je. Lepas tu Cik Kay dok tenyeh minyak wangi sebanyak mungkin di baju dan di badan. Lepas semua dah siap, Cik Kay dah sedia untuk terbang! Sayangnya 'Scha' dah tak keja di LCCT. Kalau tak, boleh jumpe budak yang 'mandi' ni! Hihihi.

P/s: Tak sangka ye jumpe Cik Powjie dalam keretapi. Sekali dia sebelah 'katil' aku je. hehehe. Tu pon sedar masa dah nak sampai KL. Kalau tak mesti macam2 boleh sembang dengan dia.



October 7, 2009

Yang Terbaik Daripadaku...



Sejak dua menjak Cik Kay menonton video Cik Marsha Milan Londoh di MTV Gerek Seh, Cik Kay terkenang-kenang lagu ni.Bila ada kesempatan melayari internet, Cik Kay pon mencari lagu ni di Tiub Kamu. Bila dah dengar sekali, Cik Kay nak ulang lagi sampailah Cik Kay ketagih mendengarnya. He He He.

Tapi hari ni Cik Kay bukan nak cerita tentang lagu kegemaran ni. Cik Kay ingin berkongsi satu kisah yang buat Cik Kay mengimbau masa silam. Walaupon lagu ni tidak syahdu syahdan, hati Cik Kay sedikit pilu mengingati apa yang berlaku bila menghayati liriknya. Peristiwanya sudah bertahun dilupakan dan kini Cik Kay teruskan kehidupan, bila teringatkan kenangan lama membuat hati terusik.

Kisahnya bermula ketika Cik Kay meneruskan kehidupan di selatan tanah air. Dalam mengejar ilmu, hidup perlu diserikan dengan sedikit rempah ratus di jiwa. Semua yang terjadi kerana pandangan pertama. Bila mata bertentangan, bunga-bunga cinta terus mekar dalam jiwa.

Kali ini pilihan hati seiringan dengan pesanan orang tua. Ketika itu Cik Kay agak gembira kerana jika ku perkenalkan si dia sudah tentu ayah serta ibu akan suka. Tugas-tugas seterusnya akan lebih mudah kerana dia juga berasal dari utara.

Perhubungan yang terjalin cukup membahagiakan. Ketika itu telefon bimbit masih merupakan satu gajet yang baru untuk dimiliki. Cik Kay juga tidak terlepas untuk mendapatkannya. Tidak cukup dengan makan bersama, Cik Kay akan pastikan sebelum dilelapkan mata, suaranya pasti didengari dahulu.

Cik Kay cuba memberikan yang terbaik untuk dirinya. Namun mungkin semua itu tidak pernah mencukupi buat dia. Perhubungan yang indah mulai menyusuri musim luruh tanpa sebab. Cik Kay cuba mencari di mana salah diri ini. Rupanya semuanya bukan berpunca daripadaku...

Di saat melewati rak-rak buku, Cik Kay ternampak si dia bersama seorang jejala yang tidak dikenali. Ketika itu dia membuatkan diri ini bagaikan halimunan. Luluh jiwa ini bila melihat dia berlalu tanpa sepatah kata. Begitulah akhirnya sebuah kisah cinta jiwa-jiwa yang karat.

Pastinya diri ini telah memberikan yang terbaik buatnya....

October 5, 2009

Makan, Makan dan Makan Lagi!

"Makan itu keperluan. Makan itu kehendak. Makan juga satu pengembaraan yang mengujakan!"

Sebagai manusia biasa, Cik Kay sudah tentu akan makan. Cuma sejak tinggal di perantauan (acece macam jauh je!), Cik Kay merasai segala makanan yang ada depan mata. Cuma kenikmatan ketika makan itu tidak seperti di tempat asal kita. Inilah yang membuatkan Cik Kay rindu nak balik rumah.

Kesempatan yang ada ketika pulang di Hari Raya Cik Kay gunakan sepenuhnya untuk mengubati kerinduan perut kepada 'kekasihnya'. Hehe. Mula-mula Cik Kay bersama sepupu-sepupu yang saiz badan lebih kurang menaiki kereta chomel menjelajahi kawasan kampungku di Yan demi memenuhi satu keinginan. Penjelajahan kami bermula selepas waktu isyak dan pulang ke rumah sebelum kereta chantek Cinderella bertukar menjadi labu. =) Dari Pantai Murni hinggalah ke Guaq Chempedak kami pergi. Makanan dia sedap-sedap! Hehe.

Sebelum pulang ke pulau yang konon-kononnya bersinar umpama mutiara, Cik Kay singgah di kampung Scha Al Yahya. Haha bukan pi berghaya rumah dia, cheq pi jumpa marka! Hihihi. Dok aih! cheq pi jumpa marka orhang. Dok kata marka kita sat lagi kepala kita kena putaq. Hihi. Tujuan Cik Kay ke rumah dia nak ajak dia ke salah satu cawangan kedai makan yang tak da lagi di negeri-negeri lain. Cik Kay suruh dia menjadi teman makan pada malam tu. Dulu Cik Kay pernah cerita tentang kedai ni di sini. Kali ni Cik Kay cuba set hidangan yang lain.

Ini Spicy Burger. Sedap jugak!


Ini Set Nasi Herba. Erm Incik R&D RFC, rasanya boleh kot Huhu.

Marka Orang tu makan set nasik lemak. Dia kata sedap. Cheq cuba la sikit. =)

Lepas kami lepak di RFC Laguna Merbok ni, Cik Kay pi singgah rumah marka orang tu. Mak dia nak jamu mee goreng. Tapi Cik Kay tak larat makan mak dia bungkuihkan untuk Cik Kay. Bukan itu saja, kuih raya pon dapat sama. Cik Kay siap bawak balek mai ofis. Habis licin bekaih kuih tu di opis. Hehe.

Ni dia papan tanda kedai ni di Merbok.

Di rumah, Cik Kay pusing tempat-tempat makan di sini. Sempat la Cik Kay pi pekena Pasemboq Padang Kota dengan anak menakan. Selain tu Cik Kay pi makan cendoi yang famous di sini, Cendoi Penang Road! Hehehehe. Memandangkan tahun ni Cik Kay tak sempat pi beraya di rumah pak cik mamak ku, Cik Kay pi pulun makan di kedai mamak yang ada dekat rumah. Di negeri perantauan kedai mamak dia tak sedap, tu yang Cik Kay makan sungguh masa balek ni.

Ni dia kedai yang paleng Cik Kay ghajen singgah. Kassim Mustafa nama dia. Nasik Kandaq dia ERMMM! SEDAP! =D

Hat ni kedai sebelah Kassim Mustafa. Nama dia Nasi Kandar Makbul. Mee goreng dia sedap~~ =)

Ha! Satu lagi, sebelum balek mai negeri perantauan, Cik Kay sempat beli benda-benda di bawah. Buat stok pengubat rindu. Di sini tak da ye roti-roti bawah ni. huhuhu.



Sekian saja cerita makan makan Cik Kay.nanti sambung lagi. =)


October 2, 2009

Percubaan 1 2 3

Percubaan, percubaan. Test mic, test 1 2 3. Hehehe . Dok aih, cheq bukan nak test microphone. Cheq sebenaqnya dok cuba gajet pemberian orang disayangi. Saja dok gatai tangan. Ni nak try cuba post kat blog kot kot buleh. Kalau buleh, alhamdulillah. =) Erm, sat! cheq dok pikiaq nak start crita kot mana. Macam ni ceritanya. Baru2 ni macam2 barang cheq jahanam. Mula2 lappy cheq rosak. Rosak secara total. Huhu. Tak dapat diselamatkan. Tak lama lepas tu pemain mp3 cheq pulak tak buleh guna. Tak tau la apa punya suwey kena kat cheq. Masa nak balek ghaya pemain cd cheq pulak jahanam. Nak teriak ja cheq ni. 1 1 tak buleh pakai. Tu po talipon kongkang cheq dok buat perangai. Sat sat dia jadi hanging macam apa ja. Tak pa, semua tu cheq redha. Cheq ni bukan mamat gajet yg suka beli macam2. Maklumlah cheq bukan orang kaya. Masa cheq balek ghaya kat kampung nu dia jauh kat Kedah (ish kan best kalau kg cheq dekat rumah Scha Alyahya. Buleh gak pi ghaya. Haha), abang ngah cheq yang disayangi bagi talipon ni kat cheq. Walaupon talipon ni talipon yg dah digunakan orang, cheq suka! Suka sangat2! =) Ni la kali pertama cheq ada talipon hat ada kamera. Hahaha. Kalau dak, cheq dok guna talipon kongkang. Buat abang ngah cheq, terima kasih banyak-banyak. Ni la yg buat cheq sayang kat abang ngah. Hehehe (nak gelak sat. Besaq besaq panjang tak pernah habaq sayang kat dia. Ni kali pertama. Haha sambung gelak). Itu ja la kot. = ) p/s:cheq dok telek talipon ni, mcm mana la cheq nak upload gambaq kat entry blog, tak jumpa celah mana nak bubuh. Huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...