Di malam yang sejuk ini, tiba-tiba Che Kay terkenangkan makanan kegemaran yang jauh di balik Banjaran Croker. Rasanya kali terakhir singgah ke sana ketika awal bulan Mei. Kini Julai akan menjelma tidak lama lagi. Jadi adakah itu petanda kena mengunjungi tempat kegemaran? Kali la!
Kedainya mungkin tidak menarik perhatian orang.
Seperti kedai-kedai makanan yang biasa sahaja.
Bak kata orang kalau tak cuba kita tak tau.
Sekali cuba, nak pesan bermangkuk-mangkuk!
Kalau boleh sekali dengan periuk aku nak! (ini memang dasar pelahap! haha)
Inilah makanan kegemaran kalau Che Kay ke Keningau.
Pagi Petang Siang Malam kalau boleh ni je nak makan.
Sayangnya kedai ni tak bukak waktu malam.
Kalau nak tahu ni lah Ngau Chap Makcik Yu Lee!
Ha, mesti ada nak tanya apa tu Ngau Chap?
Maksudnya lebih kurang lembu campur.
Erm... ye ke? Ke daging campur? Lupa pulak tau.
Kesimpulannya Ngau Chap ni lebih kurang Bihun Sup Campur.
Ada daging, ada urat, ada perut dan ada meatball!
Jadi apa la bezanya?
Sup bukan macam sup utara atau sup jawa
Sup dia haruslah Chinese style~
Bagi Che Kay sedap!
Lagi sedap bila letak cili dan halia cincang
Oh, benar-benar rindu!
Sekarang kedai ni dah bertukar wajah~
Kalau nak cari kedai ni tak susah.
Cari saja BSN Keningau. Pasti nampak kedai!
Akhir sekali jangan bimbang, tauke kedai seorang muslim. =)
p/s: Kali terakhir singgah tapau 2 bungkus. Sampai rumah simpan dalam freezer,
makan bila teringin. hehehe Che Kay kemaruk kan! hehehe
2 comments:
urmmm pelahap tp klu sedap aku pown mcm tu jugakkk
hehehe anis, aku pernah ye breakfast kat sini, tengah hari kat sini, petang pon kat sini! i suka! =)
Post a Comment