July 23, 2011

Aizat Amdan Borneo Tour - Live In Kota Kinabalu

Sebelum konsert bermula, ada seorang awek bersama mikrofon bertanyakan soalan kepada orang ramai. Soalannya, "Kenapa awak suka Aizat?". Mereka yang ditanya pun memberi pendapat masing-masing. Andai mikrofon dihulurkan sudah pasti Che Kay jawab begini, "Bila dia menyanyi sedap di telinga dan terasa di jiwa". Giteew~~ =)

Akhirnya acara yang dinantikan telah tiba. Che Kay tidak keseorangan.
Di'heret' Si Lulu dan Nash bersama ke KDCA.

Ini dia pengacara malam tersebut, Farish Aziz.
Kasut pink dia tu memikat mata!

Sebagai pembuka majlis, Jimmy Palikat memeriahkan suasana dewan.
Tanak Kampung tetap jadi pujaan! Dia kembali masa penutup.
Memang bergegar KDCA ~

Pertama kali mendengar suara Amir Jahari terus bikin hati terpaut dengan bakatnya. Rolling In The Deep, Masa Lalu dan Tanpamu memang WOW!

Ini dia Incik Artis yang dinantikan!!!

Altimet + Aizat = MALATOP!!!
Oooo Kota Kinabalu~~


Aizat memang HEBAT!!!
Nak komen panjang-panjang pon tak da guna.
Kami memang PUAS HATI dan ENJOy~ =D



p/s: menaip entry ini sambil memakai T-shirt Aizat yang siap ada autograph.
Aura dia menyerap dalam jiwa~~~

Masa Lalu - Amir Jahari

Malam tadi ketika di KDCA, Che Kay terkedu sebentar.
Siapakah dia yang berdiri di depan mata.
Jujur Che Kay katakan ini kali pertama mendengar namanya.
Tapi itu semua tidak penting!
Kala dia melagukan lagu Adele -Rolling In The Deep, terus Che Kay kagum!


Dan lagu keduanya ini terus melekat dalam hati.
Rasa sayu je. Nak tahu liriknya silalah ke blog Amir.

Kepada Amir Jahari, terima kasih kerana sudi
berkongsi bakat kamu dengan masyarakat. =)

July 22, 2011

Terima Kasih Suria FM Sabah !!!

Ada kalanya apa yang kita hajatkan dimakbulkan dengan pelbagai cara.
Hari ini Che Kay nak ucapkan terima kasih buat Suria FM Sabah ~


Suria FM Sabah telah tunaikan hajat saya untuk ke acara di bawah.


Inilah hadiah yang saya dapat!
Semuanya kerana sekeping gambar bersama logo DiGi!

Hadiah bermakna untuk lepaskan bebanan dalam kepala~ =)

p/s: lagi sekeping tiket berchop tu kawan Che Kay punya.
Pinjam bergambar dulu~

July 17, 2011

Sutera Habour 7K Sunset Charity Run ~

Awal bulan lepas Che Kay dapat informasi acara yang bakal berlansung. Terus dimaklumkan kepada Adik Beradik Angkat (ABA) yang lain. Niat di hati sekadar nak variasikan aktiviti kami di hujung minggu. Selalunya kalau tak tengok wayang, mesti karaoke. Kalau tak karaoke mesti aktiviti 'baham membaham' makanan. Oleh kerana aktivit yang menyihatkan sungguh kurang, jadi Che Kay teringin sangat untuk berlari bersama ABA.

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Walaupun hanya 5 orang yang sudi bersama, itu kiranya sudah memadai. Ini merupakan pengalaman yang mengujakan. Che Kay rasa macam tak pernah melihat orang yang begitu ramai untuk menyertai sesuatu acara di sini. Hari ini semuanya sungguh berbeza. Di sekeliling kelihatan semua berbaju putih. Bukan untuk demonstrasi jalanan, tetapi semua bersatu hati untuk kebajikan. Semuanya untuk Sabah Thalassaemia Society dan Special Olympics Sabah.

Sebelum acara bermula haruslah ada YB berucap dahulu.

Kenangan bersama teman harus diabadikan. =)

Selepas pusingan pertama, Che Kay sudah ber'lari' sendirian .
Melihat makcik yang lebih separuh abad berlari,
membuatkan diri terus semangat!

Menuju ke Wawasan Plaza.

Berpatah balik ke Suter Habour.

Yeaah! Sampai ke penamat.
Hanya Che Kay seorang yang sampai.
ABA yang lain semua mengambil 'haluan' masing-masing.
Selepas acara berlari, kembali ke aktiviti MAKAN!
7K Sunset Charity Run memang happening~
Selepas ni Che Kay akan pastikan turut serta lagi acara seperti ni.
=)

p/s: Menurut Nike + kawan sekolah Che Kay,
kalori yang terpakai hanyalah 400+.
Itu bersamaan dengan kalori sebungkus mee segera.
Aiyooo itu sahaja hasil 7 kilometer. Bila nak kurus? Hahaha

July 15, 2011

Encik Larry dan Puan Tianot



Langit tak selalu cerah.
Jadi apa yang perlu dilakukan?
Payung?
Baju Hujan?
Atau terus berjalan dalam kebasahan...


p/s: Tanpa cermin mata 3D atau CGI, cerita tetap layan~ =)

July 12, 2011

Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis ...


Alhamdulillah, akhirnya keinginan yang tertangguh hampir 2 bulan dapat dipenuhi. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman diisi dengan keasyikan membaca buku ini. Tergelak sendiri di puncak awan. Cuba dicerna penulisannya. Setiap perkara diselitkan hikmah yang terjadi. Jadi cuba pula disuai padankan dengan segala yang terjadi dalam kehidupan ni. Membaca setiap muka memberi satu motivasi untuk menghadapi hari muka.

Oh, ya! Jika yang tidak tahu, buku ini adalah lanjutan daripada Travelog Cinta Abadi: Masa Yang Berlalu ... . Kali ini penulis berkongsi kisah kehidupan beliau selepas berakhirnya alam persekolahan sehingga menjadi ibu muda. Secara amnya kisah hidupnya lebih kurang sama dengan orang lain. Setiap liku-liku yang dihadapinya, beliau berkongsi di sebalik apa yang mampu kita fikirkan. Antara bab yang rasa dekat di hati ini adalah ketika membaca bab-bab kehidupannya di alam universiti. =)

p/s: Hidup, macam-macam ceritanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...