Di sebalik bukit-bukau yang setiap hari dilihat menerusi jendala bilik Che Kay, rupanya tersembunyi satu destinasi menarik lagi mengujakan! Selalunya bila teringin menikmati kesejukkan udara segar ramai yang melarikan diri ke Kundasang untuk menikmati pemandangan hijau yang menenangkan mata. Terletak di Kampung Kokol, Menggatal, tempat istirehat yang dinamakan Kasih Sayang Health Resort ini mampu memberi satu pengalaman yang berbeza kepada kaki-kaki jalan.
Jarak resort ini lebih kurang 30 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Kepada mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di negeri di bawah bayu, perjalanan dari lapangan terbang ke Pekan Menggatal lebih kurang 18 kilometer. Kemudian dari pekan tersebut, jarak perjalanan menaiki bukit menuju ke destinasi indah ini adalah lebih kurang 11 kilometer. Bagi mereka yang tidak berkesempatan hendak ke Gunung Kinabalu, resort ini adalah pilihan terbaik anda. Oh ya, jangan bimbang tentang jalan raya, keadaannya baik dan kenderaan yang kami guna hanyalah Myvi dan Persona.
Sebenarnya Che Kay tidak tahu tempat ini begitu mendamaikan hati. Semuanya hasil cadangan Abang Long, Kak Ngah dan adik-beradik yang lain. Mereka mencari kelainan dalam aktiviti di hujung minggu. Bak persoalan yang dilontarkan oleh si kembar, "Kamu tidak bosan ka pergi ke shopping mall?". Maka inilah aktiviti kami kali ini. Menikmati pemandangan yang menakjubkan dalam suasana dingin.
Semasa ketibaan, kabus menyelubungi pemandangan kami.
Selepas beberapa minit, kabus dibawa angin....
dan pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu baru nampak!
Bila si mentari terbenam di sana...
kami menikmati minum petang bersama-sama.
Lampu-lampu di seluruh bandaraya pun menyala....
Che Kay ada jumpa video di Tiub Kamu. Terima kasih visitkotakinabalu! Kepada mereka yang inginkan maklumat lanjut, sila layari laman
Kasih Sayang Resort. Lain kali jika diizanNya, Che Kay nak bermalam di resort ni pula. =)
p/s: edisi meronggeng kali ini ala-ala mengubati hati setelah plan bercuti kami
pada bulan lepas dibatalkan. =D