February 29, 2012

Semerah Warna Darah...

Salah satu rutin Che Kay sejak pulang ke Tanah Malaya ni adalah melawat hospital. Rasanya dah lebih 4 kali dah buat aktiviti lawatan ke sana. Bukan lawatan saja-saja la ye. Semuanya ada sebab. Memandangkan bila ke hospital mesti lalu Tabung Darah, jadi terasa nak singgah sana. Sejak memberanikan diri ikut serta aktiviti tahun lepas setelah sekian lama dok asyik "Saya Takut Jarum", Che Kay telah berazam untuk mengiatkan aktiviti ini setiap 3 bulan sekali. 

Awal minggu lepas, sudah sampai waktu yang dijanjikan. Kebetulan pada hari tu bawak bapakku ke hospital. Masa berdiri depan Tabung Darah pada jam 8 pagi tu, jantung rasa dup dap dup dap! Masih penakut juga rupanya Che Kay ni! Hehe. Dalam rasa seram sejuk yang menyelubungi diri, digagahkan juga kaki melangkah ke dalam sana. Bila dah habis periksa itu ini, tibalah masa untuk menadahkan tangan. *Misi yang bertugas tu buat kerja selamba ja. Che Kay ni sampai seriau rasanya. Sebelum Misi nak cucuk, Che Kay tanya macam-macam kat Misi. Panik katanya~ Boleh Misi tu kata apa, "Eh awak ni macam tak biasa pulak, tanya soalan macam first time ja". Huhu biasalah orang panik~~ 


Bila semuanya dah selesai, Misi pon ajak makan. Meriah juga ye makanan yang diorang sediakan untuk penderma darah. Pagi tu siap ada Bihun Goreng, ada muffin, ada kek, ada kuih muih dan yang penting ada Karipap Pusing! Hihi dasar ahli Persatuan Penggemar Karipap Nasional, pantang jumpa karipap mesti melantak tak ingat. 

Tahukah kamu selain mampu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukannya, aktiviti menderma juga ada beberapa manfaat buat penderma. Kebetulan ada jumpa beberapa info dalam internet. Kebenaranya tak tahu la betul ke tidak. Syok jugaklah bila dibaca. =) Antara kebaikkannya adalah mengekalkan kesihatan jantung, mempertingkatkan penghasilan darah merah, dapat mengetahui jika kita terkena sebarang penyakit serius. Yang paling Che Kay suka baca satu fakta ni katanya menderma darah juga membantu dalam mengurangkan berat badan!!! Katanya bila kita menderma 450ml darah, ia membantu membakar 650 kalori dan boleh kurangkan ukur lilit pinggang~ Hihihi. 

 

Selain faedah kesihatan, tahukah kamu sebagai penderma darah boleh mendapatkan rawatan percuma di Hospital Kerajaan? Keistimewaan rawatan ni bergantung kepada kekerapan kamu menderma. Lagi banyak menderma, lagi banyak rawatan percuma yang boleh dapat sampai jangka masa 10 tahun. Dalam Buku Penderma Darah ada dinyatakan keistimewaan secara terperinci untuk penderma. Pada lagi, kita semua kan suka benda percuma~ Hanya mendermakan darah, macam-macam kita boleh dapat.

p/s: Kita sebagai lelaki yang tak 'datang bulan', rasanya tidak menjadi satu masalah nak menderma darah setiap 3 bulan sekali kan~ =)

*Misi = Jururawat = Nurse

February 7, 2012

Si Kacak Pujaan Hatiku!


Hari ini sudah masuk hari yang kelima. Kegilaanku terhadap si kacak pujaan hati masih belum sembuh. Semakin hari semakin rindu. Sampaikan Ahad lepas terbawak ke dalam mimpi. Oh, pasti daku bahagia bila dah menatapnya di depan mata. Semuanya bermula dengan satu pertemuan di persimpangan isyarat. Si Kacak telah berhenti di depanku. Dari pandangan dari belakang, aku tergoda! Lalu digerakkan si Pak Tam di sebelah si kacak. Terus hatiku cair!!! Sungguh macho si kacak tu. Tapi bila lampu hijau terus si kacak melarikan diri. Rasanya aku perlu mencari si kacak secepat mungkin agar rindu di hati akan terubat! Huhu.


p/s: Bila digoogle, aiyooo siaplah 23K++ kalau nak si kacak! Adakah semua yang terjadi ini sebab perubahan hormon dalam badan?

February 5, 2012

Alhamdulillah...


Indah terbuka sepasang mata
Pantas melihat gagal menilai
Bertarung pula hati dan minda
Sehingga resah mentafsir apa perlu
Apa yang dimahu

Lihatlah dunia mana adabnya?
Bagai tiada simpati sesama kita
Satukan suara dan terus berdoa
Moga terpelihara dilindungiNya

*Setiap langkah setiap kata
Pintaku selamat dalam jagaanNya
Tangan menadah hati berserah
Pada Mu ku syukur Alhamdulillah

Pabila jiwa tiada bermaya
Akal bekerja terus bekerja
Mencari cara lerai segera duka nestapa 
Agar semua reda ku bangun semula

Dalam kepayahan dalam keraguan
Adakala simpati pada diri ini
Hati bersuara dan terus berdoa
Moga terpelihara dalam pelukanNya

Oh betapa hebatnya dugaan dan takdirmu
Adakala ku rasa terlalu lemah
Namun hanya padamu ku berserah

Pintaku selamat dalam jagaanNya
Tangan menadah hati berserah
Pada Mu ku syukur Alhamdulillah


Oh Alhamdulillah
Alhamdulillah
Pada Mu ku syukur Alhamdulillah

Lagu: Audi Mok
Lirik: Nurfatimah
Diva Kesayangan: Ning Baizura

February 3, 2012

Lisa Eldridge dan Vintage Make Up Tutorial

Selalunya waktu lapang kalau dah boring tak tau nak layan apa, Che Kay suka tengok make up tutorial kat Tiub Kamu. Kalau di Tiub Kamu tu bercambah make up tutorial dari amatur sampailah yang pro. Antara makeup guru terkenal yang selalu Che Kay layan ialah si Michelle Phan. Hari ni Che Kay terjumpa seorang lagi Make-up artist bernama Lisa Eldridge. Kalau berdasarkan biographynya, Cik Lisa ni dah make-upkan ramai artis glamour dari Cameron Diaz, Kate Moss sampailah ke Salma Hayek. Kagum jugaklah membaca biography dia. Di channel Tiub Kamu Cik Lisa Eldridge ni ada 103 video. Setakat ni baru 10 video yang Che Kay sempat tengok. Banyak jugak teknik-teknik baru yang dipelajari dari Cik Lisa ni. Cara dia make-up sunggoh simple dan effortless. I Like~


'No Make-Up' Make-up


Marilyn Monroe Iconic Make-up Look

Dalam blog Cik Lisa, dia ada share video make-up tutorial zaman dulu kala tahun 1939. Terus Che Kay terbayang, kalaulah zaman dulu ada Tiub Kamu, mesti banyak tutorial yang klasik kita boleh tengok sekarangkan. Hehehe. Di channel  Vintage Fashion ada 45 video vintage dari Max Factor sampailah macam mana luruskan rambut di zaman dulu. Layan jugak ye! =)


p/s: Kaedahnya si Lisa Eldridge ni dah ada channel Tiub Kamu ni dari 3 tahun lepas, tahun ni baru Che Kay terjumpa. Ok la kan lebih baik dari tak jumpa langsung~ hihihi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...