Ketika hari terakhir sebelum meninggalkan di Bawah Bayu yang begitu dekat di hatiku, adik beradik angkat (a.k.a ABA) ajak makan malam bersama-sama. Pada mulanya ABA ajak makan di kawasan Sembulan. Che Kay pon iyakan aja. Tapi bila hampir sudah dengan waktu yang dijanjikan, baru la kepala otak ni tersedar nak pergi naik apakah? Jadi ABA semua berjanji untuk berjumpa di kedai berhampiran rumah Che Kay.
Malam tu kami semua berkumpul di Restoran Prapeni Thai , Jalan Putatan. Restoran ini adalah salah satu tempat kegemaran Che Kay untuk menikmati makanan ala-ala Thai sesuai dengan citarasa bagi tekak-tekak yang berasal dari Tanah Malaya. Restoran ni tak jauh dari KKIA, tepi jalan menghala ke Putatan. Sejak datang bekerja di Bawah Bayu, tak terbilang kalinya Che Kay melantak di sini. Oh, ya! Kata kawan-kawan restoran ni kepunyaan salah seorang bekas penyampai berita TV3. Sepanjang Che Kay dok selalu makan di sini pernah la nampak tuan punya badan tu beberapa kali.
Memandangkan malam tersebut hujan lebat membasahi bumi, Che Kay sampai lambat. Itu pon Abang Long Martin baik hati datang jemput di rumah. Bila tiba di Prapeni Thai, ABA yang lain sudah menunggu bersama makanan! Kata ABA, kalau Che Kay lambat dah habis diorang melantak dulu! Begitulah perangai Ahli Pelahap Makanan, kalau makanan dah ada depan mata semua tak sabar nak terkam. Sayangnya pada malam tu ada beberapa ABA yang tak dapat ikut serta. Ada yang kerja shif malam dan ada pula berada di Beaufort. Yang tak ada tu kita buat-buat lupakan kejap. Yang penting makanan yang dah terhidang kononnya bernama "Hidangan Keluarga"! Terasa sungguh seperti keluarga tambahan pula bila bersama ABA. =)
Antara makanan yang disediakan untuk set "Hidangan Keluarga" ni adalah Tom Yam Putih! Tom Yam yang kami dapat ni isinya dicampur-campur dengan segala binatang yang ada di darat dan laut. Rasa dia memang mantap! Pedas dia memang tak hengat! Masing-masing menahan kepedasan yang teramat~ Walaupon pedas, tom yam ni licin ye!
Ini biasalah, telul dadar namanya. Siapa nda kenal sila lumpat bintang. Hehehe
Makanan yang ditayangkan ni bernama Kerabu Ayam! Ini juga antara yang ABA berebut makan~ Mula-mula bila disebut kerabu, terasa was-was juga la. Ingatkan ayamnya tak masak. Bila dah rasa, oh ayam rebus rupanya! Walaupon direbus rasamu memang sedap wahai Kerabu Ayam~
Sebenarnya nak ambil gambar tu na yang hijau-hijau. Tapi perangai ABA semua ni memang jenis pantang tengok kamera. Semua gila nak bergambar! Kalau difokuskan kepada makanan, pasti ada jak jari yang mo masuk dalam bingkai. Maka inilah kejadiannya~ Kasihan si Kailan Ikan Masin tu. Si Kailan pon licin tinggal piring kami kerjakan.
Dalam "Hidangan Keluarga", rasanya inilah kepala mejanya. Ikan Masam Manis ni pertama kali Che Kay rasa di sini. Kami semua kerjakan ikan ni sampai tinggal kepala jak. Lepas tu masing-masing tak mo sudah. Konon-konon semua teringatkan pesanan ibu yang katanya tak bagus makan kepala ikan! Hehehe. Che Kay suka ikan ni sebab kuah dan nenasnya membuka selera makan. Tambahan pula waktu hujan~
Untuk membasahkan tekak kami, "Hidangan Keluarga" menyediakan satu jag air sirap untuk kami semua. Sambil makan bersulamkan air sirap. Lepas tu kejap-kejap ada ja minta diri ke tandas untuk mengurangkan isipadu pundi masing-masing. Ada la 2-3 orang yang kononnya mampu tahan. Tapi bila tiba masanya lengkap satu pusingan semua ABA ke tandas. Hihihi.
Macam Che Kay bagi tahu tadi, ABA ni semua pantang tengok kamera selain pantang tengok makanan. Adakala kamera pon belum difokuskan lagi, tapi masing-masing dah siap posing tunggu aksi dirakam. =D Masa ni kami semua kena senyap. Sebab mata air si Mar telefon. Jadi tak boleh bising-bising sebab nanti si Mar kena marah. Hahaha. Erm.... masa masing-masing melahap dengan ceria, terjadi juga beberapa momen semua senyap tidak berkata apa-apa. Adakah ketika itu ABA kelu lidah untuk berbahasa? Atau pun mereka sedih? Huhuhu Che Kay pon sedih juga. Tapi bila ingatkan kata-kata Kak Ngah, once ABA always ABA bah!
Ini dia pasangan M2M! Che Kay tak dapat hadirkan diri untuk majlis pertunangan diorang. Akhirnya setelah lama berpacaran, Abang Long Martin dan Adik Girukh ( a.k.a Mary) sudah bersedia melangkah ke satu tahap yang lain. Tak sabar rasanya nak tunggu majlis diorang! Sebelum terus terlupa, Che Kay nak ucapkan ribuan terima kasih sebab Abang Long dengan machonya bangun dan bayar bil di bawah! Hihihi
Bila dilihat kembali bilnya, terasa terkedu pon ada rasa tak percaya pon ada. Berkerut kejap tengok harga-harga yang tercatit. Tapi bila hati dah tenang baru rasa biasa la standard la tu. Lepas dah habis makan kan terasa lapar lagi. Adakah lauk yang dihidangkan tu sedikit atau kami yang memang kuat makan? Hahaha.
Macam biasa, selalu kalau nak balik dari mana-mana mesti ada juga adegan posing-posing depan kedai. Jadi inilah hasilnya. Buat ABA semua sehingga kita berjumpa lagi! Miss uols~~~
p/s: Salah seorang ABA pernah berkongsi kata-kata ni "Never be afraid to move on when you have to, sometimes it is the only option..."