January 4, 2010

Ada Apa Dengan Monyet?

Sumber: Di Sini Maklumat Lanjut: Di Sini

Iye, ada apa dengan monyet?
Sudah semestinya ada percutian yang menyeronokkan! Minggu lepas Che Kay bercuti satu minggu. Semuanya semata-mata nak habiskan cuti ganti yang banyak. Ingat nak balek kampung. Tapi tengok harga tiket terus tak jadi. Jadi melepaklah Che Kay di Sabah. Kebetulan ada kawan kelas di UiTM datang bertandang, Che Kay pon menyelit bersama!

Hari Pertama (Isnin)

Menumpang keluarga orang~

Aktiviti kami adalah hendak melihat monyet belanda (Proboscis Monkey) di atas serta kelip-kelip di waktu malam. Tempat pertama yang kami tuju adalah Sungai Klias. Kawasan ini terletak berhampiran dengan Beaufort. Che Kay bukanlah orang yang sungguh advanture, tapi peluang tidak selalu datang. Masa naik bot, jantung sungguh berdebar-debar. Sungainya sungguh hitam. Itu pon sempat Che Kay celup-celup tak berapa nak celup tangan dalam sungai. Takut kena ngap! huhuhu. Bila melihat kawasan keliling, monyet-monyet itu serta kelip-kelip di waktu malam, rasa sungguh kagum dengan alam ini. Mungkin akan datang lagi ke sini.

Hanya kawan~

Cantikkan!

Maklumat lanjut tempat ini boleh baca di sini.

Hari Kedua (Selasa)

~Pekan Nabalu~

Aktiviti hari ini adalah ke kaki Gunung Kinabalu dah Poring Hotspring. Memandangkan Che Kay dah lebih dari 3 kali ke sini, rasa teruja itu tak sangat. Tapi bila bertandang ke beberapa tempat yang tak pernah jejak itu macam menyeronokkan. Pertama, kami singgah ke Pekan Nabalu. Dari sini kita boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu. Cuaca agak redup, puncak gunung terlindung dengan kabus. Mungkin hari ni puncak itu malu kot. Di pekan ini, ramai pelancong membeli tanda kenangan contohnya t shirt dan keychain. Tip untuk anda, harga di sini lebih murah la ye!

Seterusnya kami ke Kinabalu Park. Suhu agak dingin, terasa macam di Cameron Highland. =) SUNGGUH SUKA! Salah satu tempat yang boleh dilawati adalah Taman Botani. Taman ini menempatkan pelbagai spesis tumbuhan yang ada di kawasan Gunung Kinabalu seperti spesis orkid liar dan periuk kera. Salah satu orkid yang kami jumpa adalah Santa Claus Orchid! hihi memang macam bentuk muka Santa! Buat masa ini taman ini tak berapa nak meriah. Jika nak rasa kemeriahannya, sila berkunjung di sini pada pertengahan tahun. Ketika itu orkid-orkid akan kembang setaman. =) Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak lebih sejuk, singgahlah ke Mesilau Nature Resort yang berada lebih atas dari tempat ini. Tip untuk kamu yang nak datang, pastikan anda merancang percutian anda dengan betul. Jangan lepaskan peluang untuk bermalam di Kundasang!

Seterusnya, kami menuju ke Poring Hot Spring. Menurut pemandu pelancong, Poring bermaksud buluh dalam bahasa Kadazan. Kita boleh lihat banyak buluh di kawasan ni. Tempat pertama dituju CANOPY WALK! hihi. Punyalah excited! Tapi tak disangka pula, Che Kay semput dan pancit ketika menaiki cerun-cerun untuk menuju ke point pertama. HEHEHE. Kat sini Che Kay tak takut sebab Cik Baizura kelihatan lebih takut dari Che Kay. hahaha. Tapi Che Kay gayat!

Che Kay, Acik Baizura, Assyraf, Asu Didi

Selepas aktiviti ini, tempat yang dituju haruslah ke Hot Spring! Memandangkan ketika ini cuti sekolah, kolam-kolam terbuka penuh dengan para pelancong. Tip untuk anda, apalah salahnya menghulurkan 15 Hengget untuk menyewa kolam dalam bilik tertutup sebab di sana lebih COOL! Ada 2 bath tub, ada tandas dan ada bangku untuk seisi keluarga melepak! Di sini tahan air panas lebih pantas dan kurang sengal berbanding di luar. Kalau nak tengok gambar suasana hot spring sila berkunjung ke MukaBuku Che Kay. Tak pon sila Google! =)
(Maklumat tambahan, 15 hengget adalah kadar untuk satu jam! hehehe berbaloi-baloi dari pada mandi diluar. Percayalah!)

Maklumat lanjut tempat ini boleh baca di sini.

Hari Ketiga (Rabu)

Baru sampai dah kagum tengok air laut serta ikan!

Hari ini adalah aktiviti yang paling mengujakan! Bukan teruja melihat pemandangan yang seksi, (tak sempat nak teruja, kecut dok dalam air laut. hahaha) tapi lebih kepada acara air yang menanti. Lagi satu yang menyeronokkan adalah perjalanannya hanya 15 minit dari jetty! Hari ini kami menuju ke Pulau Sapi untuk berehat di sana. Dah lama Che Kay nak ke pulau. Nak harapkan kawan-kawan di 'sini', erm pakat tak sampai la Che Kay. huhu.

Assyraf menuju ke gigi air...

Acara utama adalah SNORKELING! Ini adalah kali pertama Che Kay nak berenang-renang di lautan cantek lagi indah. Pasir dia....oh macam syok kalau bawak balik! Sebenarnya Che Kay ni ada trauma dengan air yang dalam. Dulu Che Kay pernah lemas dalam swimming pool. Tapi bila cuba bersnorkeling, debarnya masih ada tapi pesona bawah laut melebihi perasaan takut tu. (Tapikan kalau tengok Che Kay, kadang kala tu rasa panik juga!). Pengalaman menelan begitu banyak air laut sampai kenyang sungguh melucukan. Tu tak kira lagi pengalaman ikan-ikan asyik nak gigit kaki. Hehehe. Bila dah berjam-jam lamanya dok dalam air dan dah pandai kawal diri, Che Kay ikut Assraf dan Acik Baizura ke kawasan yang lebih dalam. Masa tu memang kaki dah tak dapat jejak pasir. Di sini yang syok adalah melihat orang yang sedang berlatih diving. Dah tak tengok ikan dah masa ni. Hihihi. Oh, ya! Kami juga dapat melihat Plastik Mee Sedap Perisa Soto serta lampin pakai buang di 'dasar' laut. Ish ish ish menakjubkan!

Masa naik je yang menakutkan...

Satu lagi aktiviti yang Che Kay cuba adalah yang atas ni. Namanya Parasailing! Kalau Assyraf, Acik Baizura dan Asu Didi tak ajak, entah bila la Che Kay nak buat benda ni. Durasi terbang di atas ini adalah 15 minit. Sekali sekali bot akan diperlahan untuk cecahkan kaki serta bonbon kami ke air. Masa kat atas tu cantik sungguh pemandangan laut. Hijau~~~. =) Sambil-sambil tu Che Kay sempat la bersembang dengan Asu Didi tentang corat coret hidup dia...kesian dia....

Maklumat lanjut tempat ini boleh baca di sini.

Lobster = 200 hengget? hahaha

Malam tu Che Kay bawak Asu Didi Sekeluarga berjalan-jalan di bandar Kota Kinabalu. Tempat pertama adalah RUMAH URUT~! hahaha. Jangan tak tahu, Rumah Urut di sini adalah salah satu tempat yang perlu dilawati. Maaf, bukan sebab tahap kelucahan atau sewaktu dengannya, yang penting anda tak akan dapat servis urut dengan harga paling menarik kecuali di SINI! Lepas mereka berurut, berjalanlah kami ke gerai-gerai kristal dan mutiara sebelum singgah ke Pasar Philipine untuk makan SEAFOOD! Asu Didi kata harga yang kami makan tu ok. Ok la tu! Kaedahnya ke sini je mampu Che Kay bawak. Kalau ada kenderaan boleh la Che Kay bawak ke Salut di Tuaran (Motifnya baru teringat ok!).

Hari keempat adalah hari terakhir mereka di sini. Asu Didi sekeluarga bersiar-siar ala City Tour. Che Kay dah tak larat dan bangun lambat. Jadi Che Kay hanya jumpa mereka di lapangan terbang sebelum mereka berangkat pulang. Di sini Che Kay ingin ucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada Asu Didi dan sekeluarga sebab sudi jemput Che Kay join percutian mereka. Terima Kasih Sangat-sangat! Budimu akan kukenang! Muah! =)

Mereka: Acik Baizura, Mak Didi, Asu Didi, Mak Cik Zan, Assyraf, (depan) Haikal, Hakimi


p/s: - Rasanya Pulau Manukan dah tunggu ketibaan Che Kay!
- Gambar-gambar peribadi dicilok dari MukaBuku Asu Didi
- Sesiapa nak ajak Che Kay jalan2 di Sabah, sila berbuat demikian sebelum Che Kay berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman! =)


5 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

glad u hd fun!

and i prefer ur current layout wayyyyyyyyyyyyyy than ur previous one yg serabotkn mata i iteww :)

dianagaban said...

dah pernah cuba fish massage di kampung luanti, ranau? atau kalau ada diving license pegila diving kat sipadan dan pulau2 sekitarnya :)

Anonymous said...

terbaekkk!!!yuppp kena rancang n juga kena cek balik package2 yg disediakan..apa pun percutian yg best!!

Che Kay said...

aDie dALi:
yup! fun tahap gaban! n i suke juga layout ni lebih ringkas. jeans lama dah buruk lagu busuk. hehehe. yang ni ala ala konsep minimalis. hihi

Momoe:
Itu belum ada kesempatan lagi. kawan2 ada jugak bagi tau. nanti ada masa nak cube! =)

Anon:
tq. =) btw package2 tu i tibai je search dari web. rasanya kalau package ada je lagi murah dari yang ada kat web tu. hihi

nuna_sarah said...

besh...leh la jd tourist guide lak pasni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...