Erm.... telah pergi menonton filem ini di panggung. Saya ketawa terbahak-bahak kerana sungguh lawak. Tapi pada yang sama saya terasa sesuatu dalam hati. Cerita ini begitu menyentuh sanubari. Terfikir apakah yang akan saya lalui suatu hari nanti. Diringkaskan cerita, ada 2 perkara yang buat saya terfikir.
Keluarga
Sejujurnya dari umur 18 tahun, saya tidak pernah nampak yang pada satu hari diri ini akan mempunyai keluarga sendiri. Bagi diri ini, begitu banyak kekurangan yang ada. Saya bahagia dengan keluarga yang saya ada terutamanya dengan kehadiran anak-anak saudara. Mereka umpama cahaya dalam hati ini.
Sejak kehadiran yang pertama hampir 10 tahun lalu, saya selalu mengingatkan diri ini perlu memenuhi keperluan kehidupannya. Jika tidak pada ketika ini, mungkin di masa hadapan. Sesungguhnya hati ini begitu merindui mereka semua. Terasa ingin pulang sekarang juga dan memeluk mereka! Filem ini telah menambahkan kerinduan dalam hatiku.
Saya juga terfikir alangkah indahnya jika mempunyai seseorang yang berbinkan nama sendiri....(benarkah apa yang dirasa? Masa hadapan, tiada siapa yang tahu.)
Apa yang saya tahu, diri ini bukanlah yang terbaik. Sentiasa meminta orang memahami dirinya tapi kurang untuk sebaliknya. Berfikir kembali...
Hidup, ceritanya pasti berbeza. Mungkin ketika ini saya begitu sunyi dan dambakan sahabat. Tidak mengapa, kesunyian itu membantu saya untuk menilai kembali diri ini.
Namun begitu ada masanya saya tak terdaya. Bila acap kali kecewa melanda di hati, mulalah diri membina kubu untuk tidak bersedih lagi. Bagaikan lambang zodiak, jika cengkeramnya jugak tidak bisa menahan lagi, pasti si kecil itu akan menggembara lebih dalam di tanah persembunyiannya.
Apa pun jua, hidup perlu diteruskan.
p/s: Kebetulan pula tadi meng'google' tentang lambang zodiak. Di sini adalah cerita tentang lambang saya.
Sejak kehadiran yang pertama hampir 10 tahun lalu, saya selalu mengingatkan diri ini perlu memenuhi keperluan kehidupannya. Jika tidak pada ketika ini, mungkin di masa hadapan. Sesungguhnya hati ini begitu merindui mereka semua. Terasa ingin pulang sekarang juga dan memeluk mereka! Filem ini telah menambahkan kerinduan dalam hatiku.
Saya juga terfikir alangkah indahnya jika mempunyai seseorang yang berbinkan nama sendiri....(benarkah apa yang dirasa? Masa hadapan, tiada siapa yang tahu.)
Sahabat
Indahkan mempunyai seorang insan bernama sahabat! Terfikir sebentar. Adakah bila saya seumur watak-watak itu akan ada paling kurang seorang sahabat sejati disamping diri ini?Apa yang saya tahu, diri ini bukanlah yang terbaik. Sentiasa meminta orang memahami dirinya tapi kurang untuk sebaliknya. Berfikir kembali...
Hidup, ceritanya pasti berbeza. Mungkin ketika ini saya begitu sunyi dan dambakan sahabat. Tidak mengapa, kesunyian itu membantu saya untuk menilai kembali diri ini.
Namun begitu ada masanya saya tak terdaya. Bila acap kali kecewa melanda di hati, mulalah diri membina kubu untuk tidak bersedih lagi. Bagaikan lambang zodiak, jika cengkeramnya jugak tidak bisa menahan lagi, pasti si kecil itu akan menggembara lebih dalam di tanah persembunyiannya.
Apa pun jua, hidup perlu diteruskan.
p/s: Kebetulan pula tadi meng'google' tentang lambang zodiak. Di sini adalah cerita tentang lambang saya.
2 comments:
tq for the movie clip! mcm lucu je..hkhik! tp nk cRIK YG DVD HARAM JE KOT :p
hahaha, kat sini kalau boring i gi tgk wayang bukan ape, menghiburkan hati. huhu
Post a Comment