June 10, 2011

Edisi Meronggeng: Pulau Tiga a.k.a Survivor Island

Edisi Meronggeng kembali lagi! Kali ni Che Kay nak kongsi cerita sambungan daripada cerita Edisi Meronggeng di Pekan Weston. Selepas habis aktiviti di Pekan Weston, kami 'adik-beradik' kembali ke Beaufort dan bermalam di sana. Keesokan harinya pada 1 Mei 2011 baru kami bergerak ke Kuala Penyu dan perjalanannya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Jarak Kuala Penyu dari Kota Kinabalu lebih kurang 114 km.

Dari Kuala Penyu, kami naik bot lebih kurang 30 minit untuk sampai ke Pulau Tiga. Pulau Tiga juga dikenali dengan nama Survivor Island. Ingatkah anda dengan rancangan tv yang glamour itu? Di sinilah rancangan Survivor Season 1 dilaksanakan. Untuk percutian kali ni kami tak tidur di Pulau Tiga. Kami hanya lepak-lepak di sini lebih kurang 5-6 jam. Banyak aktiviti boleh buat di pulau ni tapi tujuan utama kami adalah nak BERKUBANG~~~ =) .

Itu dia adik Girukh mengalukan kedatangan kami~

Sebelum memulakan aktiviti, seperti biasa ambil gambar dulu. Patung belakang tu rasanya props yang digunakan untuk Survivor. Lepas bergambar, kami ke bilik untuk tukar uniform sebelum ke aktiviti utama.

Untuk ke tempat berkubang a.k.a kolam lumpur gunung berapi, kami ber'jungle-tracking' sejauh 1.2 km. Agak memenatkan la juga tapi yang penting sampai tempat yang dihajatkan! Yang penting ada tukang guide bawak kami ke sana. Bila dah sampai ke sana, masing-masing macam malu-malu sebab ada geng lain tengah berkubang. Sebaik je geng tu naik, kami masing-masing tak sabar nak turun. Macam biasa Si Anne Chanteq turun dulu~

Kolam lumpur gunung berapi ni dalamnya 4 kaki.
Untuk keselamatan, disediakan tali untuk tempat berpaut.
Jangan takut dan jangan bimbang, kamu semua takkan tenggelam.
Kami balik-balik terlentang ke permukaan bila kaki diangkat dari dasar.
Cuma ada beberapa orang yang cuak hanya berdiri statik di satu tempat.
Diorang takut tak dapat imbangkan diri dalam lumpur. hihihi

Senyum~~ Macam menawan je pose yang diberikan! =P

Selain daripada kolam lumpur untuk mandi, ada juga facial mud disediakan.
(di belakang kami)

Setelah puas berkubang, kami pun bersedia untuk kembali ke resort.
Kami berjalan tanpa selipar masing-masing untuk 1.2 km lagi.
Kali ni agak mencabar sebab pijak macam-macam termasuk duri.
Kalau pakai selipar alamatnya putus tak pun terpelot kaki.
Dekat kolam lumpur ada disediakan tandas untuk mandi,
tapi kami semua teruja nak mandi di tepi laut. =)

Tu dia! Semua macam zombie~ Sempat lagi nak melompat2 di tepi pantai.
Dah penat melompat semua terjun laut pulak!
Bila semua dah selesai, kami pun kembali ke daratan.
Banyak lagi aktiviti boleh buat di sini, tapi kami cemburu dengan masa.
Yang pasti kami akan kembali lagi ke sini! =)


p/s: dan yang pasti lain kali Che Kay akan bawak singlet! tobat dah seksi meksi.
Seksa i tengok balek gambar2 posing berani mati! hahahaha

June 6, 2011

Di Situlah Tempat Kejadian...


Benarlah kata pepatah orang lama, malu bertanya sesat jalan. Demi memenuhi impian seorang cikgu, Che Kay dan kawan-kawan berpusing-pusing di kawasan Alamesra. Setelah banyak kali meronda kawasan ini, tempat yang dicari masih belum jumpa. Kami terjumpa pak guard di kawasan ni, dijawabnya "Saya baru kerja sini". Kami singgah pula di kedai tudung terkenal, dijawab pekerjanya " Tempat tu di sebelah sana~~".

Akhirnya kami berhenti di depan Balai Polis ini dan kami paksa cikgu tersebut masuk ke balai untuk mendapatkan jawapan. Menurut cikgu tersebut ketika masuk ke balai terdapat 3 orang pegawai polis sedang bertugas dan beberapa orang kena tahan. Kami asyik ketawa membayangkan muka-muka pegawai polis bila dapat soalan berikut:

"Maaf tumpang tanya, di mana kedai Tupperware?"


p/s: Rupa-rupanya kedai tersebut betul2 sebelah balai. Malangnya kedai tutup!

June 2, 2011

My Kaamatan: UNDUK NGADAU 2011 !!!

31 Mei 2011, hari kedua Kaamatan telah tiba. Dan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu berlangsung pada hari ini. Sudah tentu acara Unduk Ngadau Negeri Sabah 2011! Ini adalah salah satu acara impian yang Che Kay mahu saksikan. Walaupun semua 'adik-beradik' angkat tidak ada, Che Kay layankan juga bersama ribuan pengunjung yang lain.

Sebelum masuk ke dalam dewan, Che Kay ke khemah yang menempatkan beberapa etnik lain yang ada di negeri ini. Suasana di khemah tersebut agak meriah dengan persembahan tarian etnik masing-masing. Mereka juga tidak lokek dengan senyuman bila para pengunjung menghalakan kamera masing-masing. Gambar di bawah antara yang sempat Che Kay ambil.

Etnik Sungai Kuamut & Etnik Murut Tangala

Etnik Dusun Labuk & Etnik Sukang

Acara yang ditunggu-tunggu telah tiba! Dewan di Hongkod Koisaan Penampang ni penuh dengan orang ramai. Suasana cukup meriah~ Walaupun duduk di tangga, yang penting dapat saksikan dengan mata ini. =) Sebelum acara Unduk Ngadau bermula, persembahan pentas diselang seli dengan persembahan kebudayaan seperti tarian etnik Murut & Kadazan Papar serta persembahan peserta Sugandoi Kaamatan. I tell uols punya sedap suara Juara Sugandoi Kaamatan! Untuk 'adik-beradik' angkat, Che Kay rakamkan video untuk kamu semua~ (masa ini paras glukos dah menurun, jadi badan pon ada sikit gigil. hihi faham2 je lah kalau video gegar2).

Tarian Pembukaan & 40 peserta Unduk Ngadau Negeri Sabah 2011


Tiba-tiba & Top 15 Unduk Ngadau 2011


Saat Pengumuman Unduk Ngadau Negeri Sabah 2011


Unduk Ngadau 2011 & Top 7!

Inilah peserta favourite Che Kay, Miss Adelyn Joyce Masidah
(Sebelah kanan ye). Dia dapat tempat ke 7.
Tak mengapa, itu rezeki dia.

Di luar dewan Che Kay sempat ambil gambar
beberapa peserta Unduk Ngadau.

Miss Sophie (Ranau) - Tempat ke-4

Miss Rachel (Kota Kinabalu) - Tempat ke-5
Kalau nak tengok peserta-peserta Unduk Ngadau 2011 bolehlah ke sini.

Yang ini Unduk Ngadau 2010 - Crystel Eve Huminodun W. Majinbon

Kesimpulannya, Che Kay rasa sungguh gembira dengan peluang yang ada untuk menyaksikan sambutan Kaamatan peringkat negeri di sini. Walaupun Che Kay pergi seorang diri untuk 2 hari berturut-turut, peluang yang ada ini cukup indah. Dan kalau boleh nak pergi lagi tahun depan (kalau ada peluang)! Oh ya, semasa keluar dewan Che Kay macam sedikit hampa sebab tak dapat bergambar dengan peserta favourite. Rupanya ada satu peluang indah menanti di luar dewan. Che Kay terus mengambil peluang dan bergambar bersama Unduk Ngadau 2003. Che Kay terus tersenyum riang dan gigil kegembiraan! =)

p/s: Semasa Che Kay nak balik, sekali peserta favourite ada di sebelah motor Che Kay! Malangnya bateri dah habis. Che Kay hanya mampu senyum sahaja kepada dia semasa dia naik kereta. huhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...