Khamis lepas Che Kay temankan seorang kawan bersama kakaknya berjalan-jalan di bandar. Dan kebetulan ada Karnival Tadau Kaamatan Peringkat Kota Kinabalu. Jadi kami pun ambil kesempatan yang ada dan lepak di kawasan Lintasan Deasoka. Macam-macam ada. Ada pasar malam (yang ni jarang CK nak jumpa di KK), ada mini rumah kebudayaan dan juga Unduk Ngadau peringkat Kota Kinabalu.
Mereka adalah kaum Rungus dan sedang menunggu untuk menari.
Selepas majlis perasmian acara dimulakan dengan adat pemujaan padi
(kalau tak silap).
Sebelum acara memperkenalkan Unduk Ngadau Peringkat KK, ada persembahan daripada artis yang menyanyikan lagu kegemaran! Siapa lagi kalau bukan Jimmy Palikat.
Untuk malam pertama, peserta Unduk Ngadau memperkenalkan diri dan menunjukkan Evening Dress masing-masing bertemakan kebudayaan tempatan. Pertandingan Unduk Ngadau bersambung pula malam berikutnya.
Pada malam final, Che Kay lepak pula bersama adik beradik yang lain Si Anne, Mar, Martin dan Mary. Boleh tahan lama jugalah nak tunggu keputusan. Akhirnya peserta kegemaran Che Kay menang! Si Martin tetap dengan pilihan peserta nombor 2. =)
Ini dia juara Unduk Ngadau Peringkat Kota Kinabalu!
Naib Johan Unduk Ngadau Kota Kinabalu
Yang ini Tempat Ketiga.
(Sumber Gambar di atas dari The Image Artist)
Mereka ini akan bertanding pula di peringkat Negeri hujung bulan ini!
(Rasa macam nak pergi tengok ye!!)
5 comments:
ermmm ..teringat balik pesta tadau kaamatan ni masa kat sana dlu...yeah..aku sangat kerinduan KK..rindu zaman skola rendah!!..;((
meh la dtg honeymoon sini~~~
bila che kay nak masuk unduk ngadau lak?
urmm besttak event ni..hehehehe mcm miss universe tak..hhhehehehe
klu ko masuk confrim menang kay hehehe
kak belle> aiyooo sah sah event ni untuk gadis sajoh~ umur pon dah tak lepas nak join. hahaha
anis> event ni mencari wakil utk bertanding peringkat negeri. mencari pengganti hominodun katanya... (motif la aku menang kan! hahaha)
Post a Comment