May 31, 2011

My Kaamatan : Day 1

"Pomorotian Koubasanan - Ralan Koburuon"

Itulah dia tema Pesta Kaamatan 2011.
Maksudnya Kefahaman Terhadap Kebudayaan - Langkah Bijak Ke Hadapan.
Jadi untuk memahami budaya bangsa Kadazan Dusun,
atas semangat '1 Malaysia' Che Kay pon meronda ke KDCA Penampang,
tempat berlangsungnya kemuncak bagi pesta ini.
Macam-macam Che Kay jumpa.
Sungguh mengujakan!

Antara peserta Unduk Ngadau 2011 peringkat negeri


Ada juga sukan rakyat diadakan di sini.

Orang-orang, Kerbau, Padi, 3 benda sinonim dengan Kaamatan
Semuanya sebab Pesta Menuai~

Bahagian ini terdapat banyak rumah tradisi mengikut kaum KDM.

Baju tradisi kaum Kadazan Papar.

Dapur ni memang mengingatkan Che Kay kepada
dapur rumah arwah tok.

Dok terfikir apakah kegunaan buluh ni?
Angkat air? huhuhu

Adik-adik di Rumah Keningau. Ceria ja semua~

Montokuk! Bergilir-gilir omputeh ni minum.

Bendera di Lamin Lotud Tuaran!
Dan bila naik di rumah Lotud ada pula persembahan tarian...



Adik-adik Kadazan menari riang~

p/s: Hari ni pon nak pergi lagi! yeaaah!!!

May 29, 2011

Insaf Sebelum Terlewat....

Hari ini mata terkesima
Hati tidak berkata apa
Baru saja tunggang 2 tin soda
Terus duduk tersandar
Bila memikirkan segalanya
Semoga aku tak terlewat
Menjaga semua anugerahNya...


Untuk maklumat lanjut berkenaan penyakit Diabetes Mellitus silalah ke Info Sihat.

p/s: Kurangkan Gula Dalam Makanan Lebihkan Manis Dalam Senyuman

May 19, 2011

10 tahun bersama ....

1 dekad...
Tak pernah terlintas dalam fikiran selama ini hubungan kita
Kau dan aku tetap bersama
Mengharungi pelbagai kisah seribu warna
Ke mana saja ku melangkah kau tetap ada
Menyaksikan suka duka yang telah ditakdirkan
Terima kasih buat segalanya
Akan ku tunggu kisah kita seterusnya....







Itu dia sajak buat kasutku ini.
Siapa sangka inilah kasut yang serasi bersama dengan kaki 'gajah' ni
Dalam sejarah peribadi tidak pernah ada kasut Che Kay yang bertahan
Inilah satu-satunya.
Bila dipandang kasut ini, pasti Che Kay teringatkan Batu Pahat
Hidup..... macam-macam kisahnya....

p/s: Gambar paling atas sekadar hiasan. Hahaha =P

May 18, 2011

Edisi Meronggeng: Pekan Weston~

Dalam Edisi Meronggeng sebelum ni Che Kay kongsi cerita aktiviti kami 'adik beradik' di Sipitang. Selepas menghabiskan masa di sana, kami bertolak ke Weston. Jarak perjalanan lebih kurang 25 km dari Sipitang. Jika perjalanan dari Kota Kinabalu ke pekan ni, jaraknya dalam 122km. Aktiviti kami di pekan ni sedikit mencabar. Sebelum ni kami habiskan masa di atas darat, di sini sebaliknya. Diikutkan keadaan cuaca, sepatutnya aktiviti kami di Pekan Weston dibatalkan.

(Sila klik untuk peta yang lebih besar)

Di sini kami naik bot beramai-ramai untuk menikmati panorama Sungai Weston. Aktivitinya adalah untuk melihat Proboscis Monkey a.ka Monyet Belanda di habitat semulajadinya. Di sini juga kita boleh melihat kunang-kunang a.k.a kelip-kelip di waktu malam. Sebenarnya Che Kay pernah buat aktiviti yang sama di Kota Klias. Namun begitu suasana dan pengalamannya berbeza.

Terus terang Che Kay katakan pengalaman kali ini agak menggerunkan. Terdapat 2 faktor, pertama sungainya lebih besar dan kedua adalah jenis botnya. Jika sebelum ini Che Kay berpeluang menaiki bot yang ada bumbung dan selesa. Kali ini botnya lebih kecil dan perlu diimbangkan. ( Adakah spesis ni kita panggil bot atau pon perahu? huhuhu buta jenis bot!). Nasihat buat meraka yang ingin merasai pengalaman yang sama, silalah bawa teropong. Tanpa teropong, memang tak puas melihat monyet-monyet atas pokok.

Salah satu gambar monyet. Tak dapat dipastikan spesisnya (sebab dah gelap! hehe).

Selepas meronda Sungai Weston menikmati habitat & Monyet Belanda, kami semua dibawa pula ke tempat kunang-kunang. Gambar di atas memaparkan senyuman manis Adik Su Sujan Che Kay dan Kak Lang Mar. Lepas senyuman manis, terus kami senyap! Hahaha. Tiba-tiba Adik Su Sujan nampak sesuatu timbul di permukaan air. Benda yang timbul tidak jauh dari bot kami. Adik Su bertanyakan kepada pembawa bot. Dia terkedu seketika dan terus memecutkan bot kami. Adik Su tetap nak bertanya tapi Che Kay suruh senyap. (Benda apa lagi nak timbul di sungai yang ada udang kalau bukan Cik Ya!).

Perkara yang betul-betul buat Che Kay kagum adalah pemandangan kunang-kunang di pokok pidada (nama yang disebut penduduk tempatan). Pokok-pokok tersebut seperti berada di atas satu pulau. Jadi keindahan kelipan kunang-kunang betul-betul memukau. Bagaikan pokok-pokok krismas bergemerlapan!

Menurut pembawa bot, kunang-kunang tak ada apabila bulan purnama. Dan nasib menyebelahi kami kerana malam tersebut gelap gelita. Dan paling menyeronokkan apabila pembawa bot tolong ambilkan kunang-kunang untuk kami! (Teringat kenangan kanak-kanak ketika tinggal di kampung apabila sesekali kunang-kunang naik ke atas rumah kampung. ) =)

Dan akhir sekali sesi bergambar bersama 'adik beradik'. Kali ni Che 'Ros' ambilkan.

p/s: Tahukah kamu bahawa nama Weston berasal daripada nama seorang jurutera berbangsa Inggeris yang mengetuai pembinaan landasan keretapi daripada Beaufort hingga ke Weston pada tahun 1896 hingga 1900? Namanya Authur J. West.

May 17, 2011

Sepi Perantau...


Sepi Perantau - Brothers
Pabila kuberada di kejauhan
Adakala ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman - teman

Di kala itu kan kurasa
Agak kelemahan
Untuk Berjuang
Melihat mereka berbahagia
Di samping yang tercinta kegembiraan
Ku kesepian

Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini
Demi mencari keredhaan Illahi

Masa muda dilalui
Hanya sekali
Pergunakannya agar kau
Tidak sesali diesok hari

Ketenangan ada di sini
Tak jumpa kerana kau tak mencari
Kebahgiaan tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak menghayati

p/s: Adakala sepi memang menguasai diri.
Alhamdulillah, teman-teman disekeliling banyak menceriakan saya. =)

May 15, 2011

Unduk Ngadau Is Coming To Town~~~

Khamis lepas Che Kay temankan seorang kawan bersama kakaknya berjalan-jalan di bandar. Dan kebetulan ada Karnival Tadau Kaamatan Peringkat Kota Kinabalu. Jadi kami pun ambil kesempatan yang ada dan lepak di kawasan Lintasan Deasoka. Macam-macam ada. Ada pasar malam (yang ni jarang CK nak jumpa di KK), ada mini rumah kebudayaan dan juga Unduk Ngadau peringkat Kota Kinabalu.


Mereka adalah kaum Rungus dan sedang menunggu untuk menari.

Selepas majlis perasmian acara dimulakan dengan adat pemujaan padi
(kalau tak silap).

Sebelum acara memperkenalkan Unduk Ngadau Peringkat KK, ada persembahan daripada artis yang menyanyikan lagu kegemaran! Siapa lagi kalau bukan Jimmy Palikat.


Untuk malam pertama, peserta Unduk Ngadau memperkenalkan diri dan menunjukkan Evening Dress masing-masing bertemakan kebudayaan tempatan. Pertandingan Unduk Ngadau bersambung pula malam berikutnya.

Pada malam final, Che Kay lepak pula bersama adik beradik yang lain Si Anne, Mar, Martin dan Mary. Boleh tahan lama jugalah nak tunggu keputusan. Akhirnya peserta kegemaran Che Kay menang! Si Martin tetap dengan pilihan peserta nombor 2. =)

Ini dia juara Unduk Ngadau Peringkat Kota Kinabalu!

Naib Johan Unduk Ngadau Kota Kinabalu

Yang ini Tempat Ketiga.

(Sumber Gambar di atas dari The Image Artist)

Mereka ini akan bertanding pula di peringkat Negeri hujung bulan ini!
(Rasa macam nak pergi tengok ye!!)


May 9, 2011

Petang Yang Indah~~~ =)

Walaupun cuaca hari ini agak suram, bungkusan yang telah diterima membuat hati ceria bak pelangi. Petang ini terasa begitu indah. Oh, tidak sabar rasanya hati ini. Duduk di dalam bilik sambil membaca dari kulit ke kulit.

Hampir 1 tahun yang lepas saya telah membaca himpunan cerita di dalam travelog cinta abadi:masa yang berlalu... . Kini travelog impian abadi : itu yang tertulis sudah ada depan mata. (rasanya di rak tu ada lagi 5 - 6 buah buku yang tak dibaca lagi. nampak gaya semuanya bakal ditolak ke tepi untuk memberi laluan kepada buku ni.)

lagi 27 minit sebelum pulang..... =)

Updated: Semalam tak sempat langsung nak baca. ada hal. jadi letak buku sebelah bantal.ala-ala bagi semangat semasa tido. hihihi akan ku baca nanti!

May 4, 2011

Kisah Nasi Lemak dan Saya ...

Hari ini Che Kay bukan nak bercerita tentang Edisi Pelahap Makanan. Cuma nak berkongsi sedikit cerita tentang makanan ini dan Che Kay. Macam-macam cerita yang bersangkut paut dengan nasi lemak. Che Kay memang suka makan, tapi tak makan selalu sebab adalah sebabnya. Tiap kali makan mesti ada kesan kepada diri ini (harap maklum bukan gemuk ok...)

Kisah 1
Lebih kurang pada 2003 ketika masih tinggal di dalam asrama Universiti, Che Kay dan seorang sahabat Si Aril amat seronok bila kelas kami jam 8 pagi dibatalkan. Jadi dengan penuh semangat kami redah ke dewan makan. Memandangkan ketika itu waktu sarapan hampir tamat, akak dewan makan dengan murah hati bagi nasi lemak lebih. Jadi dengan lahapnya kami makan sarapan.

Balik je dari dewan makan, kami rasa lali. Kelas seterusnya pada jam 10. Memandangkan ketika tu masih awal, kami 'mengeroh' di atas katil. Sedar-sedar jam dah 12 tengahari! Kami berdua kaget sebentar sebab terlepas kelas Puan Mastura a.k.a lecture English yang paling garang. Kami dah terbayangkan muka dia bila mengenangkan kelasnya minggu depan. huhuhu.

Kisah 2
Sepanjang bekerja di negeri bawah bayu ni, nasi lemak bukanlah termasuk dalam senarai makanan untuk dimakan untuk sarapan. Entah macam mana, ada satu hari yang indah Che Kay terbeli nasi lemak dan dimakan untuk sarapan. Ketika sedang buat laporan, CK terasa terawangan. Bila tersedar jam menunjukkan 10.30 am! Aiyooo tetap terlelap kan~ ;P

Kisah 3
Baru-baru ini Che Kay bersama 'keluarga' bercuti di Pulau 3. Sebagai bekalan untuk 'adik-beradik' makan, Kak Ngah Rozana bawakan nasi lemak. Selepas aktiviti yang menyeronokkan di pulau, Kak Ngah jamu kami semua dengan bekalan tersebut. Sebagai pelahap makanan yang tegar, Che Kay layan sampai 2 bungkus polisterin nasi lemak. Itu pun kebetulan ada lebih.

Nak dijadikan cerita selepas aktiviti di pulau kami semua bergerak pulang ke Kota Kinabalu. Memandangkan Kak Ngah tak ada teman, CK dengan senang hati temankan dia a.k.a menjadi driver dia. Perjalanan yang jauh dari Kuala Penyu ke KK menyebabkan Kak Ngah lali dan mengantuk. Walaupun lagu-lagu rancak berkumandang, semua itu bagaikan tak berkesan untuk kami.

Ketika Kak Ngah terlelap, CK pun tersengguk-sengguk. Pada ketika sedang memandu, entah macam mana CK terlelap seketika! Bila tersedar mujur kereta masih di atas jalan dan kereta di hadapan dan belakang masih jauh. Kak Ngah tetap sunyi sepi. CK tawakal sahaja dan niat hendak berhenti di Papar.

Nak dijadikan cerita, sekali lagi kejadian yang tidak diingini terjadi. Dalam keadaan mata terbuka, tangan masih di stereng tiba-tiba kereta yang dipandu dah ada di tepi jalan!!! Ketika tu CK tak terlelap, tapi tak sedar apa-apa. Tuhan masih sayang CK dan Kak Ngah. Kami berdua selamat. Terus saja CK berhenti di Pekan Papar beli jagung dan kopi sebelum Kak Ngah pula yang memandu kereta...


p/s: Jadi kesimpulannya, Che Kay dan Nasi Lemak tidak serasi bersama kerana CK sering tertewas dengan NS...

Sumber Gambar: www.malaysia2c.com

May 3, 2011

Edisi Meronggeng: Pekan Sipitang

Akhirnya percutian yang dirancang sejak awal Februari dapat dilaksanakan! Kali ini Che Kay dan 'Keluarga' Kesayangan menjelajah pulak ke bahagian Pantai Barat Sabah lebih terarah ke daerah Beaufort dan kawasan sekitarnya termasuk Sipitang, Weston dan Kuala Penyu. Berkat kegigihan Kak Ngah kami Cikgu Rozanna, semua yang dirancang berjalan dengan teratur.

Kami 'sekeluarga' berkumpul di Beaufort dahulu sebelum memulakan aktiviti ronda-ronda kami. Kak Long cadangkan kami makan 'tengahari' di Sipitang. Sipitang terkenal dengan sataynya. Kebanyakkan gerai-gerai di tepi laut menjual satay sebagai menu utama. Perjalanan dari Beaufort ke Sipitang lebih kurang 55 kilometer.

Dan seperti percutian sebelum ini, hujan sering menemani rombongan kami. Untuk makluman yang tidka tahu, jalan di daerah-daerah Pantai Barat ini lebih landai dan tidak berbukit. Jadi perjalanannya tidak memenatkan berbanding di kawasan yang lain.

Hujan agak lebat dan Abang Long kami, Si Martin memandu dengan cermat.
Terima Kasih Abang Long! Pandu Cermat, Kami semua selamat! =D

Alhamdulillah, setibanya di Pekan Sipitang cuacanya masih ok. Kami sempat menikmati udara tepi pantai... (untuk beberapa minit sahaja!). Dan bila awan memuntahkan isinya, kami terus mencicit lari ke gerai berdekatan. Masa tu hujan lebat dan kilat pun tak hengat! Kak Lang Mar, Adik Cik Girukh sama Adik Su Shujan asyik tunduk ketakutan. Kak Ngah pon sama balik-balik kecikkan mata setiap kali bunyi guruh.

Bila dah duduk bawak khemah, apa lagi kalau bukan sesi order satay bercucuk-cucuk! Selain satay, macam-macam cucoq depa order. Ada popia, ada pisang goreng dan ada juga depa sayap ayam! BTW 'adik beradik' kami yang duduk di meja sebelah sungguh teruja bergambar dengan satay. Siap tunjuk-tunjuk jari masing-masing. Dah macam pengendali makanan kena periksa kuku depa! hihihi


Sebagai seorang pelahap makanan, sudah tentunya Che Kay adalah pemenang makan satay paling banyak. Paling banyak itu tidak bermaksud sampai 50 cucuk. Cuma lebih banyak daripada bilangan purata yang telah dimakan oleh 'adik beradik' yang lain. Che Kay tak pasti nak kata Satay Sipitang ni ada kelainan atau tidak. Sebabnya dah lama tak makan satay. Cuma yang CK perasan di antara daging ayam diselitkan sekali dengan kulit ayam. Jadi rasa dia agak layan!

Ni dia 'adik beradik' yang join rombongan ke Sipitang. Kami pacak tepi tembok ni agak lama tunggu orang yang sudi tolong ambilkan gambaq. Akhirnya orang ketiga yang ditanya barulah kami dapat dipotretkan bersama. Lepas aktiviti di Sipitang, kami teruskan aktiviti meronggeng di Weston bersama adik beradik lain yang tak sempat ke sini. (bersambung.....)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...