July 17, 2011

Sutera Habour 7K Sunset Charity Run ~

Awal bulan lepas Che Kay dapat informasi acara yang bakal berlansung. Terus dimaklumkan kepada Adik Beradik Angkat (ABA) yang lain. Niat di hati sekadar nak variasikan aktiviti kami di hujung minggu. Selalunya kalau tak tengok wayang, mesti karaoke. Kalau tak karaoke mesti aktiviti 'baham membaham' makanan. Oleh kerana aktivit yang menyihatkan sungguh kurang, jadi Che Kay teringin sangat untuk berlari bersama ABA.

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Walaupun hanya 5 orang yang sudi bersama, itu kiranya sudah memadai. Ini merupakan pengalaman yang mengujakan. Che Kay rasa macam tak pernah melihat orang yang begitu ramai untuk menyertai sesuatu acara di sini. Hari ini semuanya sungguh berbeza. Di sekeliling kelihatan semua berbaju putih. Bukan untuk demonstrasi jalanan, tetapi semua bersatu hati untuk kebajikan. Semuanya untuk Sabah Thalassaemia Society dan Special Olympics Sabah.

Sebelum acara bermula haruslah ada YB berucap dahulu.

Kenangan bersama teman harus diabadikan. =)

Selepas pusingan pertama, Che Kay sudah ber'lari' sendirian .
Melihat makcik yang lebih separuh abad berlari,
membuatkan diri terus semangat!

Menuju ke Wawasan Plaza.

Berpatah balik ke Suter Habour.

Yeaah! Sampai ke penamat.
Hanya Che Kay seorang yang sampai.
ABA yang lain semua mengambil 'haluan' masing-masing.
Selepas acara berlari, kembali ke aktiviti MAKAN!
7K Sunset Charity Run memang happening~
Selepas ni Che Kay akan pastikan turut serta lagi acara seperti ni.
=)

p/s: Menurut Nike + kawan sekolah Che Kay,
kalori yang terpakai hanyalah 400+.
Itu bersamaan dengan kalori sebungkus mee segera.
Aiyooo itu sahaja hasil 7 kilometer. Bila nak kurus? Hahaha

1 comment:

nuna_sarah said...

eh...sampai jugek garisan penamat tuh kira H.E.B.A.T la tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...