Dalam sesuatu perniagaan amalan menghantar kad ucapan kepada pelanggan merupakan salah satu strategi untuk menarik si pelanggan kembali berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan mahu pon produk dari si penjual. Macam biasa bila tiba perayaan selalu kita dapat kad ucapan daripada syarikat-syarikat yang pernah kita guna perkhidmatan mereka. Masa bulan puasa dapat kad Hari Raya ni Che Kay rasa ok la boleh terima kenyataan.
Kaedahnya hari ni masa bukak peti surat rasa macam aiyoyo! Apakah yang ku lihat ini benar? Kenapakah kad ucapan ni dituju kepadaku? Adakah mereka rasa nama bapakku Maidin menunjukkan Che Kay sambut pesta cahaya ni? (Geleng-geleng kepala kejap) Rasanya masa Che Kay pi guna perkhidmatan syarikat ni dengan terang lagi bersuluh Che Kay tanda bangsa dan agama yang betul. Mungkin syarikat ni amalkan semangat 1Malaysia kot. Jadi semua perayaan depa hantaq kad. Erm agak-agaknya masa Krismas dengan Raya Cina dapat tak kad ucapan lagi? Hehehe (Eh! masa Kaamatan dengan Gawai depa tak hantaq pulak kad kat Che Kay pon~)
p/s: Kononnya hari tu update status kat Muka Buku kata Che Kay dapat terima kenyataan bila ada makcik India mai cakap Tamil dengan Che Kay. Mungkin sebab warna kulit yang ala-ala tan ni makcik tu ingat Che Kay pandai Tamil. Hari ni dapat kad ni pulak. Adakah ini petunjuk untuk Che Kay pi kelas belajaq Tamil? Hahaha
No comments:
Post a Comment