January 14, 2011

Bukan Dania Danielle Yang Terbakarkan....

Semalam ketika membaca Berita Harian (seperti kebiasaan tetap bahagian hiburan ditatap), Che Kay tengok satu artikel ni. Terus mulut ni sebut "MOTIFFFFF!!!". Ha, itu dia reaksi pertama selepas membaca artikel bertajuk "Dania Danielle trauma". Banyak yang bermain dalam fikiran. Apakah yang sebenarnya si penulis hiburan itu hendak sampaikan.

-Tajuk dia terarah kepada Dania Danielle. Tetapi cerita yang disampaikan hanyalah 22.2% sahaja daripada cerita keseluruhan. Kata lain cerita Dania hanyalah 4 perenggan daripada total 18 perenggan.

-Seperti peminat dunia hiburan sudah maklum baru-baru ini kecoh sealam buana perihal pelakon tambahan yang cedera ketika penggambaran filem. Okay saya faham yang pelakon wanita tersebut juga berada ditempat kejadian. Dan saya faham yang dia trauma apabila menyaksikan insiden tersebut.

-Yang masih saya tidak faham kenapa mesti dia menghiasi seluruh muka surat tersebut? Tidak bolehkah penulis lebihkan gambar pelakon tambahan yang malang itu? Sekeping gambar pun tidak ada. Gambar yang ada hanyalah gambar besar Dania, gambar kecil Osman Ali dan gambar berkumpulan pelakon utama filem Barajiwa.

-Bagi saya lebih malang nasib pelakon tambahan yang merasai sendiri kehangatan api yang membara daripada perasaan trauma dalam diri pelakon yang sedikit pun tidak cedera.

-Oh, mengapakah berita dalam segmen hiburan masih lagi sebegitu rupa? Sekadar menonjolkan sisi yang tidak perlu. Saya faham mungkin bila menyelitkan sedikit cerita si jelita pasti orang pasti ingin membaca. Atau kata lain cerita itu ada nilai. Adat dunia, yang cantik tetap dipuja.


p/s: Hari ni rasa lucu pula bila baca artikel bertajuk "Pelakon Terbakar: Emma Akma Bimbang Wajah Kekasih Jadi Buruk". Mungkin mangsa kejadian masih trauma hingga ada pula tukang cakap bagi pihaknya. Macam-macam...

p/s/s: Teringat pula Si Usop yang semangat nak bakar rumah Kak Limah. Bako! Bako! Bako!

Sumber Gambar Dania Dari Gosip Artis

1 comment:

isabelle said...

waa... terkilan x dpt tgk citer kaklimah :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...