January 6, 2011

Skandal Che Kay Dengan Abang Teksi!


Perhatian
: Sila Jangan Korek Hidung Bila Membaca Cerita Ini...

Berskandal dengan Abang Teksi adalah salah satu perkara yang tak pernah terlintas dalam pemikiran Che Kay. Jangankan dalam fikiran, dalam hati pon tak pernah terniat nak ada hubungan dengan mana-mana pemandu teksi di Borneo mahupun di Semenanjung. Kadang kala bila perkara yang tak pernah terfikir itulah yang terjadi dalam hidup ini. Jadi apa yang harus dilakukan? Diteruskan perhubungan ini atau lupakan saja semuanya? Mempunyai skandal dengan Abang Teksi semestinya akan mengundang pelbagai masalah kepada diri ini. Semuanya bermula dengan sms yang diterima Che Kay...

SMS Abang Teksi:
01.01.2011 08:10AM
><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:>
Nine Golden fishes to wish you Prosperity, Wealth, Good Health, Peace, Luck, Longevity, Long Lasting Love, Happiness and Success to you and to your family a wonderful & blessed New Year!

Opocot! Pagi-pagi tahun baru dah dapat mesej. Dengan mata yang separa buka, Che Kay tercari-cari siapakah gerangan yang hantar mesej ni. Hati berbunga riang mendapat ucapan sebegitu rupa. Lalu dibalas mesej tersebut lebih kurang jam 12.00PM.

SMS Che Kay:
Hi! Maaf baru balas mesej u. TQ atas segala ucapan tahun baru. Btw maaf nak bertanya, siapa ye yang mesej ni. Baru-baru ni telefon saya rosak. Habis semua nombor telefon hilang.

Gituh! Che Kay bagi mesej konon-konon nak ambil hati la sebab lambat balas mesej. Malangnya sampai sudah Abang Teksi tak balas. Oh, kecewa! Jadi Che Kay meneruskan kehidupan seperti biasa....

Tiba-tiba keesokkan harinya!

SMS Abang Teksi 1:
02.01.2011 09:01AM
Nama sa Masadan bin Maradan. *Sa membawa teksi dan memang pun ko bole tumpang bertanya sebab sa memang selalu bwa penumpang

SMS Abang Teksi 2:
02.01.2011 09:03AM
Jadi ini siapa?

Terus Che Kay kerut-kerut dahi! MASADAN BIN MARADAN? Siapakah? BAWA TEKSI? Oh, Tidak! Sejak bilakah aku berskandal dengan Abang Teksi? Setahu aku tak pernah aku bagi nombor telefon satu lagi kat mana-mana Abang Teksi... Huhuhu terus saja dilupakan dan tak dibalas mesej-mesej Abang Teksi. Lebih sadis berkali-kali Abang Teksi telefon Che Kay! Kata hati ini, "Maafkan saya wahai Abang Teksi. Lupakan saja diri ini...". Haram Che Kay tak angkat call sebab Che Kay tak kenal Si Masadan Maradan itu~ huhu.

*Sa: Saya (short form Urang Sabah)
Sumber Gambar Hiasan: Skycrewz Network

7 comments:

What's luv gotta do ? said...

OMG !!! sometimes thing can happen kan... i dulu orang sms kat my number sibuk memujuk "ina".. hahaha.. siapa la agaknya INA tu hehehehe

Che Kay said...

hahaha tu la pasal! adakah sebab nombor telefon yang kita pakai ni pernah satu ketika dulu orang lain pakai? jadi kawan2 kepada orang lain tu sangka kita kawan dia. ada kemungkinan kan!

What's luv gotta do ? said...

tu la pasal kan hehehehe .. number recycle =)...

Botak said...

pemilik asal no tu dah bakul sampahkan no tu lah jawab nyer..
hahahahaha...

Che Kay said...

Botak> ya betul!huhuhu sian pemilik nombor yang telah dibakulsampahkan ni. tapi tak mengapa. nombor ni chanteq.

edy said...

yer...mmg no yg kita pakai ni mmg suatu masa dlu ada org pnah pkai...sbb aku pnah try kol no lama aku...ada cina lak yg pkai...hehehehe

Che Kay said...

edy> aku pon pernah call nombor lama. ada awek yang pakai. silap tak mengorat. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...