January 10, 2011

TOLONG INGAT! - psst ini bukan lagu Ana Raffali

1. Rakyat Malaysia memang prihatin! Terutamanya isu-isu semasa yang hangat lagi membara. Contohnya tentang keputusan Anugerah Juara Lagu malam tadi. Heboh sana sini pelbagai ulasan yang menidakkan segala keputusan.

2. Dalam satu malam sahaja rakyat Malaysia menjadi pakar muzik, pakar bahasa, pakar persembahan dan pakar segala-galanya yang bernama hiburan. Disebalik semua kepakaran itu mereka terlupa akan satu lagi kepakaran yang menuntut keprihatinan mereka.

3. Bagi memuaskan hati rakyat Malaysia yang rasa tidak berbaloi menonton AJL malam tadi (itu pun rasa tidak berbaloi setelah mengetahui keputusannya), mungkin pihak TV3 boleh menjadikan majlis anugerah tersebut menjadi majlis anugerah juara popular. Rakyat Malaysiakan suka mengundi! Kalau setakat mahu undi sms katakan saja berapa ringgit, ramai yang sanggup mengeluarkan duit ringgit mereka demi artis pujaan menang! (Upsss !!!! tetiba teringat sesuatu. Sila klik di sini).

4. Kepada yang tidak puas hati, lupakah kamu ada alternatif yang menunggu kamu? Silalah undi sepuas hati untuk Anugerah Bintang Popular. Banyak surat khabar Berita Harian sedang menunggu anda semua~

5. Berbalik kepada isu rakyat Malaysia prihatin. Rasanya dah bertahun kerajaaan membuat pelbagai usaha untuk menuntut perhatian rakyat dalam satu hal penting. Namun sampai sekarang masih menjadi masalah yang tidak selesai sehinggalah kerajaan membuat menghadkan penggunaannya. Lupakah kamu semua tentang kempen kitar semula?

6. Bumi ini bukanlah untuk kita seorang sahaja tinggal. Jadi marilah kita semua salurkan segala keprihatinan yang banyak dalam diri masing-masing untuk tidak memusnahkan dan menambahkan pencemaran alam yang sudah tercemar.

7. Jadi TOLONG INGAT BAWA BEG KITAR SEMULA setiap kali kalian membeli barang keperluan! Jangan buat-buat lupa~

8. Sayangi alam dan kitar semula~ muaah! =)


5 comments:

What's luv gotta do ? said...

salam che kay,
To me, lagu ana rafali is beautiful and she deserve to win =) no complaints hehehe wlaupun nak API menang sebenarnya hehehehe.... tak pe la, dah rezeki ana rafali kan..
Mana ilang semalam tak de pun kat twitter hehehe
Yeahh gunakanlah beg kitar semula.. kat sini saya gigih mengajar dan mendidik mak dan pembantu rumah mak saya utk guna beg kitar semula..Siap bwk balik bag dari tempat belajar yang dapat percuma utk dorang bawak gi membeli belah kat giant... tapi prosesnya agak lambat dan memerlukan kesabaran yang agak tinggi hehehe sebab dorang nak jugak plastic bag tu.. haiihhh...

Che Kay said...

Hi Cik Luv~
i ok je dengan ape saja keputusannya. lagu tu pon layan je. hehe. just nak tergelak bila kawan2 kecoh macam seakan dunia akan berakhir (ye walaupon sekarang akhir zaman).hehe alangkah bagusnya kalau masing2 ambil berat pelbagai perkara macam diorang ambil peduli tentang keputusan semalam. dah harap2 mereka tidak lupa utk mengundi dan paling penting daftarkan diri sebagai pengundi demi masa depan negara. hehehe

Anonymous said...

sejak bila lak fud tek jd env control oficer nih.. hehe.. nway gud start.. gune la beg kitar semula.. go green

Che Kay said...

Anon> hahaha bukan jadi env control officer la. just ambil berat. hehehe

encikReza said...

wah, dalam yg tersurat ada yang tersirat! syabas

save our earth~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...