Macam biasa masa balik dari kerja, aku akan pastikan bukak peti surat. Adakalanya kalau hujung minggu sebelum naik tangga tu, tangan mesti gatal jugak nak bukak peti walaupon dah tahu posmen memang cuti. Hari ni bila bukak je nampak surat insuran, kemudian hati tertanya apakah itu kotak kecik bewarna coklat?
Nampak ja nama aku kat kotak ni dah rasa nak menari riang dekat situ jugak. (Walaupon hakikatnya aku tak menari, yang menari-nari hanyalah hati aku! hehe). Siapalah gerangannya yang bagi hadiah kat aku ni? Dah la pos dari US gitu! Bukan Ulu Semenyih dan juga Ulu Seremban ye. Jauh dari Amerika gitu. Hati-hati gitu aku bukak kotak ni.
Oh Yeah, Oh Yeah! Nampak tak apa dia tulis? #!@@$%#$#%^ has sent you a gift. Sungguh manis la hadiah ni.Dah la aku suka lagu-lagu dalam album ni.Makin bertambahlah koleksi cd yang dikumpul. Ala-ala bakal masuk dalam kotak bersama cd-cd lain. Nak buat pameran tak boleh, ruang dah terhad.
Walaupon lagu-lagu dia semua dah dengar berulang kali dalam mp3 player, bila dapat cd lagu ni aku tetap suka! Sebab dia terbang jauh dari benua Amerika. Terus nak buat aksi mulut ternganga dan tangan di bahu sebab terlalu suka. haha.
Kalaulah ada autograph kan best! Bapak aku yang balik dari surau dua-tiga kali tanya aku dapat apa. Bila jawab dapat hadiah,dia tak puas hati. Dia tanya lagi. Akhirnya aku jawab dapat CD. Dia tanya CD apa? CD Ning Baizura ka? Hahaha. Lucu betullah ayah aku. Dia tau anak dia ni dulu gila Ning Baizura. Yang itu masih minat. Yang ni adalah keminatan zaman sekarang. =D
p/s: Berangan sangatlahkan dapat hadiah. Hadiahlah sangat! Kau sendiri pegi login kat Amazon, kau sendiri bayar pakai duit sendiri dan lepas tu suruh orang Amerika tu pos untuk kau. Laju jugak diorang hantar. Pesan 20/1, 1/2 dah sampai. Jangka masa dia macam aku pos barang-barang masa pindah dari Sabah balik Penang. Hihi.Btw ni hadiah sempena rajin bekerja. Boleh gitu?
No comments:
Post a Comment