Semasa Che Kay baru bersekolah di Menggatal, Sabah, soalan kat atas selalu ditanya oleh kawan-kawan baru. Mungkin diorang jarang berjumpa spesis manusia eksotik macam CK masa tu. Memang agak bosan dapat soalan "Kamu kaling ka?" berulang kali. Dan banyak kali CK terangkan susur galur keluarga kepada kawan-kawan. Bila kembali bekerja di Pulau Mutiara, CK dapat soalan lain pulak. Ramai pulak yang suka cakap Cina dengan CK. Sampai CK keliru adakah daku kelihatan seperti mereka? Baru-baru ni CK hadapi satu situasi yang dah tak berapa nak pelik lagi. CK pon ada kongsikan di Muka Buku.
Inilah ceritanya.... |
Memang malam tu CK rasa macam apakah? Dan memandangkan hujung minggu lalu ada perayaan Thaipusam, CK pon ambil kesempatan melawat kawasan Waterfall yang menjadi tempat masyarakat Hindu berkumpul di Penang. Ini adalah kali pertama CK pergi melihat mereka sambut Thaipusam secara dekat. Selalunya memang tak ada keinginan nak pergi, maklumlah suasana jalan sesak dengan kereta dan orang. Lagi pon kita kan tak ada kepentingan. Cuma tahun ni terpanggil nak melihat suasana sebab kebetulan CK dan ada berdekatan kawasan tu. Pergi sorang-sorang ok~
Sampai-sampai ja dekat kawasan Waterfall, orang ramai memang tak ingat. Tetiba jumpa banyak kelapa. Yang CK hairan, orang Cina pulak yang ramai dok keliling kelapa ni. Menurut kata kawan, orang Cina yang selalu pecahkan kelapa. Kononnya mereka pecahkan kelapa sebagai balasan untuk niat mereka yang tercapai.
Bila dah jalan sorang-sorang, apa lagi ikut ja arus manusia yang berjalan. Sebelum sampai ke kuil besar, ramai yang berhenti ambil berkat di kuil di bahagian bawah. Jangankan India, Cina pon ramai datang tumpang sembahyang. Selain tu ramai jugak jumpa orang Melayu. Kebanyakannya jual belon-belon macam Upin-Ipin, Boboiboy, siap ada jual lampu lip lap dan ada jugak jual muruku. Aku kagum!
Bila dah sampai kawasan bawah Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, CK rehat sebentar memerhati orang ramai. Macam-macam jenis wajah ada. Selain India dan Cina, muka-muka jenis mix pon ramai. Siap dah macam muka Melayu pon ada bila CK perhati mereka yang tengah bawak periuk susu. Patutlah kat Penang ni CK selalu kena tegur dan disalah sangka. Hihi. Sebelum terlupa, Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Waterfall ni adalah kuil yang baru dibina dengan kos 10 juta Ringgit Malaysia. Dan kuil ini adalah kuil terbesar untuk Dewa Murugan di luar negara India. Dalam gambar kat atas, kuil tu yang bercahaya atas bukit.
Kalau tak silap, Thaipusam tahun ni adalah kali pertama disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani. Dan menurut bacaan, kuil ni juga lebih tinggi dari kuil di Batu Caves. Ada lebih 500 anak tangga yang perlu menapak untuk sampai ke puncak. Tapi dari pemerhatian CK, tangga di kuil ni lebih landai kalau berbanding di Batu Caves. Selepas lepak lebih kurang 30 minit di bawah, CK pon ambil keputusan nak naik ke atas bersama orang lain. Semput la jugak mendaki tangganya.
Pemandangan dari atas nampak tangga tu macam Tembok Besar China pon ada. Sebelum sampai ke atas ada la beberapa kawasan rehat untuk mereka yang penat. Dan juga ada kawasan lencongan untuk mereka yang nak turun balik. Tangga naik dan turun tak sama. Ada dua tangga yang berbeza.
Bila dah sampai ke puncak, CK tak masuk pon kuil. Sebabnya ramai sangat orang beratur tunggu giliran. Jadi bagi laluan untuk mereka yang lebih memerlukan. Mungkin lain kali ja CK tengok kawasan dalam kuil ni.Semasa turun, peminta sedekah punyalah ramai menanti di anak-anak tangga ketika orang ramai turun. Siap ada yang tido dengan anak-anak kat situ. Lagi CK terperanjat bukan saja peminta sedekah India yang ada, siap ada Cina dan juga Melayu pon mengambil kesempatan duduk di sana.
Selain syok tengok orang bawak kavadi, kawasan orang botakkan kepada juga salah satu tarikan semasa Thaipusam. Patut la masa aku pergi kedai gunting dekat rumah tutup. Rupanya satu Penang punya tukang gunting berkumpul kat sini.
Masa perempuan dalam gambar ni duduk, beberapa mat dan minah salleh punya teruja nak tengok. Minah salleh tu siap buat muka kagum tengok perempuan ni botakkan kepala. Aku pon tumpang dua kaki tengok proses pembotakkan kepala perempuan ni. Bayangkan berapa tahun dia simpan rambut panjang, dengan berkelip-kelip mata yang tak sampai 10 minit semuanya dah licin. Oh ya sebelum terlupa, maaflah tak ada gambar kavadi, kamera tak canggih. Gambar kavadi semua blur. Hehe. Dah puas ronda kat Waterfall ni, CK pon balik rumah jam 1 pagi. Tak sanggup i nak datang ketika mentari bersinar.
p/s: Lepas ni kalau sesiapa nak tengok Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, dah tak payah nak peluh ketiak naik tangga. Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang dah bukak tender untuk buat kereta kabel di sini.
No comments:
Post a Comment