Di kala menjejak ke tahun baru, semua orang memasang azam agar tahun barunya akan memberikan 1001 kebahagiaan dalam hati. Che Kay pula pada hari terakhir tahun lepas barulah berazam sesuatu untuk tahun 2012. Azamnya hanyalah untuk memiliki karpet dari tapak pesta. Haha. Azamlah sangat kan~ Bukan apa kebetulan macam tak tahu nak buat apa, makanya dijejakkan kaki ke Tapak Pesta semata-mata untuk mendapatkan karpet yang murah. Harus diingat ketika hari tu orangnya maha ramai. Nak jalan pon susah. Jadi demi sebuah keazaman yang ditanam dalam hati, Che Kay gigih merebut peluang bersama makcik-makcik, opah dan pembantu rumah mendapatkan keinginan kami.
Pada mulanya Che Kay sudah berputus asa ketika mengusha karpet. Berpeluh sakan nak berebut. Tapi entah macam mana ketika 20 minit sebelum tahun baru, mata terpandang karpet belang dan penjualnya menjerit "20 ringgit, 20 ringgit!". Ha aku peduli apa terus tarik karpet tu suruh Pak Cik India tu gulung. Haha kononnya azam 2012 pon tercapai akhirnya~ (rasa macam keji je buat azam macam tu. hihi)
Yang sebenarnya Che Kay nak cerita pasal kejadian 30 minit selepas tahun baru. Ketika itu di bahu kiriku penuh dengan beg besar yang berisi Mamee dan jajan. Di bahu kananku pulak beg besar berisi produk Teh Cap Chek Hup. Dan di leherku pula digantung sling beg. Masa tu tak ingat kat mana aku sangkut majalah dan buku baruku. Oh sebelum terlupa di celah kangkang di tahan pula karpet baruku. Dah macam ahli badut sarkas pulak masa bawak skuter nak balek rumah. Hanya orang yang gigih sahaja yang akan bawak kereta ke tapak pesta ketika itu.
Tak jauh dari tapak pesta ada polis buat sekatan jalan. Dengan keadaan Che Kay yang sedang sarat membawa barang-barang hasil 'kutipan' di pesta, Che Kay pon berhentikan motor. Encik Polis yang ala-ala serius pon berkata "Sila keluarkan lesen dan IC."
Lalu Che Kay memandang Encik Polis dengan muka ala-ala tak percaya. Che Kay pon kata la kat Polis tu, "Encik rasa-rasanya saya yang macam ni ada muka merempit tak? IC dengan lesen dalam beg (sambil menunjuk pakai mulut ke arah beg)". Sambil tu cuba buat muka untuk meraih simpati Encik Polis. Entah macam mana Encik Polis pon berkata " Ha jalan".
Hehe Geli hati pon ada. Ye la polis ni tahan aku yang muka tak ada langsung ciri-ciri perempit sejati yang nak merempit malam tahun baru. Lagi pon ada ke Mat Rempit merempit bawak karpet? Bangla atau Pakistan bawak karpet ada la. Erkk! jadi aku bawak karpet malam tu boleh join angkatan Pakistan Karpet kah? Fikir-fikir dan renung-renungkan~
Ni la karpet murah tu. Tak de la lawa mana.Sekadar memenuhi azam 2012. Saja upload kat sini sebab ada kawan nak tengok. =)
No comments:
Post a Comment