June 9, 2010

Masa Yang Berlalu...

Antara pejam dan celik,
Antara benci dan rindu,
Ada kala sepi dan ada juga buntu,
Semuanya berlalu membawa hari yang baru.

Semalam genap setahun diri ini bertahan di sini. Sungguh tidak sangka begitu pantas masa berlalu. Sebelum ini sering membilang hari demi hari. Tapi bila sudah biasa, masa juga sudah tidak diendahkan lagi. Diteruskan segala rutin yang ada. Semua ini hanya disedari ketika bercuti seketika di tanah semenanjung. Sewaktu bertanyakan sepupu perihal umur anaknya, terus dijawabnya sudah cukup setahun rupanya. Dan ketika itu juga baru disedari begitu lama saya berada jauh dari keluarga. Terus momen ketika saya mencium anaknya yang baru dilahirkan bermain diingatan. Masih terbau wangian bayi yang dikatakan seharum bauan syurga.

Setahun masa berlalu...pelbagai perkara yang terjadi dalam hidup ini. Ada kala terasa ingin terus mengalah dengan semua dugaan yang ada, ada kala ingin terus diharungi apa pun cabaran yang ada. Semuanya menjadi pengajaran dan mudah-mudahan dapat diperbaiki segala kekurangan diri ini.

27082009

Umpama pelangi, tidak akan hadir di langit selagi hujan belum turun. Hadirnya juga seketika dan tidak tentu masa. Begitu jua dalam hidup, segala kemanisan dan kebahagiaan akan menjelma setelah kita berusaha mencari dan berserah padaNya. Akan tiba bila waktunya. Usaha dan terus berusaha. Percaya dengan diri dan juga takdir Ilahi. Semoga yang saya hajati akan diperolehi ketika yang diberkati. =)

p/s: Konon-konon dalam gambar ni nak tunjuk pelangi, sekali macam tak berapa nak nampak. hehehe. Tengahari tadi makan nasi mbak konon-konon nak meraikan sempena setahun di sini. =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...