Bila aku menaip di MukaBuku yang aku jiwa kosong, ramai memberi respon masing-masing. Terima kasih wahai teman-teman Mukabuku! Sekurang-kurangnya kita berkongsi rasa dan kata. Walaupun ada yang ketawakan 2 patah perkataan yang telahku taip, tidak mengapa. Aku tidak berkecil hati dengan tawa itu. Bukan semua yang kita rasa dapat dikongsi dengan jiwa-jiwa yang lain. Ketawamu itu ku balas dengan senyuman. Mungkin sedekahku itu tidak dapat mengenyangkan dikau, tapi mungkin cukup menceriakan harimu. Mungkin...
Tidak tahu mengapa ini berlaku, tapi aku kira ini semua hanyalah satu pusingan hidup yang selalu terjadi. Ada kala kita gembira, tiba masa kita bersedih dan juga ada masa kita tidak dapat merasa apa yang perlu kita rasa. Kosong....Aku kira ini semua terjadi kerana aku penat memikirkan dan apa yang aku fikirkan masih belum dapat diterjemahkan dalam bentuk yang sepatutnya. Aku kira berputus asa bukan pilihan yang ada. Usaha dan terus usaha dalam merealisasikan apa yang aku fikirkan.
Aku rasa ada beberapa perkara yang mengganggu dan membuat aku terasa kosong di jiwa buat seketika. Ketika ini, salah satu yang membuat terasa ruang itu mungkin kerana masih ada jiwa-jiwa yang ada di sekeliling masih belum dapat bersatu untuk merasai antara satu sama lain. Tidak mengapa, biar waktu berlalu untuk rasa itu bertemu. Saat itu jiwa ini dan jiwa itu akan dapat memahami apa yang dirasakan.
No comments:
Post a Comment