Pada hujung minggu yang baru saja berlalu, Cik Kay sempat menjengah ke satu salah satu destinasi yang selalu dipromosi oleh ajen-ajen pelancongan. Kalau tak silap mata Cik Kay melihat, ada satu ejen pelancongan di salah satu kompleks membeli dan anda boleh terus blah ada menyediakan pakej ke destinasi ini dan ke rumah kaum rungus dengan harga pakej rm200++. Mula-mula Cik Kay rasa mahalnya. Tapi bila dah jejak kaki ke tempat ni, baru Cik Kay rasa erm ok mungkin sesuai harga yang ditawarkan oleh ejen tu.
Cik Kay ni kebetulan hendak ke Kudat. Jadi singgah la ke tempat ni. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke destinasi tu ada la dalam 2 1/2 jam atau lebih bergantung pada kenderaan kita. Perjalanan dia, erm naik bukit, turun bukit, belok sana, belok sini. Kalau siapa-siapa nak berangan nak berhenti dan mencari tandas macam R&R yang ada dekat PLUS tu lupakan saja. Sila berhenti di mana-mana stesyen minyak (itu kalau jumpa) atau pon melepas tepi jalan sajalah! (hihihi)
Dalam perjalanan ke sana, mungkin kita akan bersyukur apa yang ada di negeri kita (terutamanya yang ada di semenanjung). Sekurang-kurangnya hidup di sana tidak sesusah dan tidak seberat mata memandang dengan suasana yang ada di sepanjang perjalanan yang ditempuhi. Sedih tengok budak-budak berjalan kaki balik dari sekolah. Ok, jalan kaki di sini bukannya dekat ok. Kemudian kalau nak harap bas-bas awam macam yang ada kat kampung-kampung kita, lupakan saja ok! (eh! lupakan lagi la ye.) Betul! tak tipu. Jadi mereka banyak bergerak naik Pirate (a.k.a macam teksi sapu). Pirate ni ada macam-macam jenis. Ada macam van, ada macam teksi, ada macam wagon. Macam-macam la!
Tempat yang Cik Kay pergi ni namanya Tanjung Simpang Mengayau (The Tip of Borneo). Katanya tempat ni tanah paling teratas di kepulauan Borneo. (Ok, kalau tengok peta, memang sah-sah la bahagian sini paling atas di peta. Sila rujuk peta di atas). Tempatnya tinggi, lautnya sungguh menawan. Kebetulan masa singgah ke tempat ni cuaca agak mendung, angin sungguh kuat, ombak jugak mengganas. Bila dah singgah tempat ni, baru Cik Kay tahu rupanya yang dalam peta tu terbentuk daripada batu-batuan. Memandangkan masa yang ada terhad (hendak lari daripada 'pokok hujan'), Cik Kay pon suruh la kawan ambilkan gambar yang mana sempat. Yang Cik Kay suka, pantai yang ada berdekatan dengan tempat ni. Pasirnya sungguh putih dan halus. Teringat terus dekat Pantai Chenang di Langkawi. Sayang seribu kali sayang, tak boleh mandi manda di pantai ni. Kalau tak sayang nyawa silakan la berenang bersama ombak-ombak yang ganas. Hehehehe.
4 comments:
hensemnye cik konah berambut pendek...
BEST TUE CIK KAY...
wah..mcm best je.. :)
emi: hensem ke kaedahnya? hahahaha
snas: memang best!
adie: erm boleh jugak tu macam best. hehehe
Post a Comment