Sumber di sini
Kodok, satu kejadian makhluk tuhan yang sungguh tidak seksi. Apa ntah lagi untuk dipuja menjadi si putera raja. Kodok, sungguh kasihan bila aku terkenangkanmu. Wajahmu yang hodoh lalu meloyakan tekak-tekak kami yang tidak sudi menjamahmu. Kodok, jangan kau kecil hati dengan dengan segala kutukanku terhadap dirimu. Sekurang-kurangnya kau perlu bangga bila aku terlintas hati untuk menukarkan manusia menjadi seperti dirimu. Bolehlah manusia itu menemanimu sepanjang waktu. Menjadi kawan serirama ketika awan mendung kembali di kaki langit. Kodok, sudikah dikau menerima lagi 2 orang manusia untuk menjadi kawanmu?
Sesungguhnya kodok, sebelum semua impian yang indah (bagi dirimu) menjadi kenyataan, sila carikan aku satu tongkat sakti. Tongkat sakti ini sungguh penting untuk aku merealisasikan impian itu. Khabarkan keseluruh alam yang aku sedang mencarinya. Lebih elok secepat mungkin. Walaupon hajatku tidak menjadi kenyataan dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya di masa hadapan semua ini mungkin akan berlaku. Cepat kodok! Aku sungguh berhajatkan tongkat sakti!
p/s: Nukilan ini adalah hasil sakit hati ketika menonton cerita Encik Harry Potter dan Setengah Darah Putera. Bayangkan menonton wayang yang disediakan komentar yang panjang lagi menjengkelkan di sebelah telinga anda. Memang aku nak sangat-sangat tongkat sakti untuk sumpah 1 pasangan yang sungguh bengong di sebelah aku malam tadi! Huh! sungguh geram. Mereka berdua layak menjadi kodok. Sekurang-kurangnya bila menjadi kodok, bunyi-bunyian itu akan memanggil hujan yang boleh menyejukkan suasana malam. (Panas Tul Hati ni)
No comments:
Post a Comment