March 23, 2010

Penangan Masakan Seorang Ibu!


Hari ni Che Kay rasa sungguh senang hati.!Semua ini gara-gara masakan seorang ibu!. Sebagai seorang perantau yang selalu merindui masakan dari kampung halaman, semua yang dinikmati hari ini benar-benar menghilangkan rasa kempunan.

Pagi tadi lebih kurang jam 11 pagi, Emi yang bercuti di sini bersama keluarganya mesej Che Kay. Katanya nak bagi makanan yang mak dia masak. Dengan muka yang tak tau malu, diri ini sudi saja menerima apa saja. Tapi memandangkan diri ini ada kerja di luar pejabat, tak dapat la nak ambil bungkusan makanan waktu tu. Beria ni Che Kay janji dengan Emi nak ambil di airport sebelum dia terbang balek ke Penang.

Bila dah dapat bungkusan tu, aiyooh, berat ye! Kalau orang ni makan memang tak habis. Tetiba teringat kat kawan. Apa lagi, di bawa makanan tu untuk di makan beramai-ramai (tak ramai mana pon, ada la 4 orang). Selain kari kepala ikan, ada lauk sotong, ikan goreng dan juga sayoq! Hehehe memandangkan diri ni sedikit buta sayur-sayuran, teringin nak tanya Emi apakah jenis sayoq yang di beri? Kawan kata bukan sawi, tapi sayoq pahit. Ish ish ish Che Kay tak tau nak habaq nama sayoq tu. =)

Che Kay tak sabaq nak makan, dicari toyu dulu untuk dinikmati bersama kari. The best part , huhuhu di kala nasi+kari+toyu masuk ke dalam mulut, terus air mata hampir mengalir keluar. Bukan kerana pedas, bukan kerana hampir tersedak, dan jugak bukan kerana nasi masuk ke dalam hidup. Walaupun kari itu tak ada daun kari, tapi rasanya sama dengan kari masakan Mak! Huhuhu tersentimental seketika. Apa lagi terus dipulun nasi yang ada. Kuah kari tok sah nak kata, cucu mamak ni berkali-kali tambah! Sengkak sungguh la perut ni. Terasa sungguh ajaib situasi ni. Tak sangka rasanya boleh sama macam kari mak. Mungkin berkat masakan seorang ibu.

Yang penting hari ni Che Kay rasa sungguh bahagia dengan segala rasa yang masuk ke dalam perut. Lain kali kalau Emi mai lain ke sini ingat nak pesan suruh dia bawak kari ikan! hehehe. Sebelum terlupa, Che Kay ucapkan terima kasih yang teramat kepada Emi sekeluarga. Tak dilupakan terima kasih sekali lagi untuk roti-roti gardenia dan juga jeruk Penang! =) Lepas ni buleh la tidoq dengan lena tanpa terkenang segala makanan yang disukai!

p/s: nak tergelak dengan kawan sebab dia teruja dengan kertas lilin warna coklat yang bungkus nasi. Dia kata rindu sungguh la nak makan atas kertas tu. Dia kata teringat zaman2 belajaq kat Shah Alam. Punya la dia pulun makan nasi ataih kertas tu sampai licin! hehehehe

3 comments:

Shuhada Samri said...

sian kat ko kay...
balik lah wei kerja sini...dah tentu2 senang nak makan masakan ibu..dah tentu2 ko ada kawan nak gi ronggeng2..hihi..

Fairuz Selamat said...

sian nye dia.... hehehe

tp saya pun sama.. uwaaa
rindu mak masak....

Che Kay said...

Cik Diva> ala bagi la aku puas menjadi perantau. hehehe. baru syahdu hidup. hehehe

Fairuz> kamu boleh balek bila2 di hujung minggu. Kami ni sekali nak balek pikir banyak kali. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...