April 28, 2011

Edisi Pelahap Makanan: JC Burger

Fresh, Hot & Tasty!
Itu dia tag line JC Burger,
antara burger yang sedap si pelahap ni pernah makan.
Dan di sinilah tempat pelahap suka makan semata-mata untuk burger.
JC Burger adalah yang terbaik
dalam kategori burger tepi jalan di Kota Kinabalu!

Macam-macam yang buat burger di sini sedap.
Rotinya tetap lembut semasa dimakan.
Daging burgernya elok-elok je dimasak.
Tidak terlebih garing dan tidak juga terkurang.

Di sini macam-macam burger ada.
Burger ayam, daging, ikan, (erm...macam ada lagi)
Mayonis dan sos meleleh-leleh dari burger
Cheese pon elok je terletak, tak cair
Dan terselit dalam tu ada kacang merah!
(Kalau di Tanah Malaya tak pernah jumpe je kacang dalam burger)

Gambar di atas tu burger daging special.
Makan bersama Juju selepas audit premis.
Sebagai seorang pelahap mana cukup 1,
Harus la ditelan 2 ketul burger yang sedap!

Teringin nak makan?
Senang je cari gerai burger ni.
Sebelah stadium hoki di kawasan Kompleks Sukan Likas.
(Oh, terus rasa lapaq JC Burger! hahaha)


13 comments:

What's luv gotta do ? said...

Woahhh Nice !!!! rindu nyaa nak makan burger mcm ni =) looking at the gambar, the egg perrrghhh sungguh menggoda..

encikReza said...

cheKay;

sangat memberahikan itu beger!

Che Kay said...

Luv n Reza> memang menggoda dan memberahikan! hahahaha

isabelle said...

*terus bangun nak beli burger kat luar kafe menara tu*...

hehehe

Che Kay said...

kak belle, dah beli ke? hehehehe erm rasa rindu la pulak kafe menara tu. huhuhu

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

sedap nyerrrr

Che Kay said...

anis> sedap la jugak. hihi

BERMASALAH said...

org semenanjung hanya mampu melihat dari jauh :)

Che Kay said...

Seminggu Sekali> mana tau kalau terdatang sini boleh la makan. :)

Sheriffa aka Mrs. Zheng said...

Amboi siap peta bagai...Xdpt la aku merasa kat sini....

Mrs. Al said...

wey,...aku da penah jumpe la burger ad red beans kat tanah semenanjung ni..kat pj..sedap gle....tapi time tu aku takde blog lg..

Mrs. Al said...

sekarang aku dlm proses herbalife kan diri ku..tu blog aku tak idup2 tu..

Che Kay said...

Al-Scheira> hehehe nak kawen dah la kan. tu yang kamu amalkan herbalife~ hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...