Tersebutlah kisah, satu cerita belum lagi jadi dahulu kala, turunlah si pari-pari comel di tanah si mulut naga. Adalah jauh sekali perjalanan si pari-pari comel yang diberi nama Cik Jemah. Pari-pari Jemah datang melawat tanah si mulut naga setelah dititahkan oleh makhluk usah ditanya siapa namanya. Usai segala kewajiban yang dititahkan, Pari-pari Jemah sudah bersedia menanti untuk dijemput oleh Si Puteri Kayangan Gegurl menaiki haiwan peliharaannya Si Mini Cooper (hahaha mati la kena carut konon2 Gegurl berangan sangat dia ada mini cooper! Satu lagi, Kayangan dia tingkat 2 jek! hahaha).
Pari-pari Jemah sudah bersedia untuk diapa-apakan oleh Si Puteri Kayangan Gegurl. Nasib baik pada hari tersebut Tuan Puteri mengikuti tuntutan agamanya dan dia terus hantar Pari-pari Jemah ke Istana Hinggap untuk beristirehat sebentar. Setelah puas Pari-pari Jemah bergolek di atas katil, Puteri Kayangan Gegurl datang menjemput Pari-pari Jemah untuk aktiviti telan menelan di waktu yang dibenarkan. (alahai penat pulak nak taip nama penuh. ok lepas ni taip nama pendek-pendek je)
Sekali Si Gegurl bawak Jemah di tempat makan western gituh. Masa mula-mula masuk, Jemah ingatkan ramai orang. Kaedahnya yang ada hanya Jemah dan Gegurl je. Makanan awal-awal lagi Si Gegurl dah tempah. Tempat ni selesa dan kalau sesiapa yang berangan nak makan malam bercahaya lilin di sini memang sesuai!
Kedai yang si Gegurl bawak Jemah ni rasa tenang je~
Tu dia Si Gegurl sempat lagi nak posing-posing manja.
Rindu kat Mail Lambung ler tuh!
Ha, Inilah makanan bersungkai Jemah dan Gegurl!
Bukan sorang 1 pinggan la ye. 1 pinggan ni untuk 2 orang.
Berkongsi lebih baik daripada melantak sorang-sorang.
Nampak tak? Ikan paling atas. Bawah Ikan ada Ayam.
Bawah Ayam ada Kambeng 2 ketul!
Terbaik rasa Kambeng, Ayam & Ikan ni~
Yang penting perut tak terlebih makan.
Dan kalau nak tau ni je yang kami makan.
Air pon sekadar air sejuk je. hehehe
Lain kali kalau Jemah datang ke tanah si mulut naga ni,
memang Jemah nak suruh Si Gegurl bawak makan kat sini lagi! =)
Nama kedai ni De Palm Grill & Steakhouse.
Di kawasan Bandar Indah jika Jemah tak silap. =)
p/s: Ntah macam mana la tetiba Si Gegirl bagi nama Jemah pulak kat ai! Macam ape je. Hahaha
2 comments:
mak aih
terliur teman tgok gambar makanan tu
hahahaha
lapar2
Jom Sign Up Online Survey Dan Tebus Hadiah Anda
Hans: sedap ye makanan tu~! =)
Post a Comment