August 22, 2011

Lagu Untuk Kawan-Kawan Tersayang~

Ramadan akan berlalu tidak lama lagi. Jari di tangan pon terlebih kalau nak kira hari-hari yang tinggal dalam bulan ini. Sana-sini orang dah bersemangat macam-macam. Semangat untuk 10 yang terakhir. Semangat untuk menyambut Syawal pon sama naik. Almaklumlah, acara tahunan untuk berkumpul bersama sanak saudara. Untuk kali ini Che Kay nak tuju lagu raya yang baru buat semua kawan-kawan yang tersayang. Semoga kamu semua terhibur~ Che Kay suka betul lagu ni. =)

Dayang Noraini - Joget Di Pagi Raya


Bersyukur kita pada Ilahi
Sebulan Ramadan sama dilalui
Ibu dan ayah menangis riang
Anak di rantau pulang ke desa

Menanti Syawal bersama-sama
Hendak bertemu kaum keluarga
Sanak saudara semua bergaya
Manis sekali ke sini sana

Kunjung Mengunjung, bermaaf-maafan
Aididlfitri diraikan,
Berdoa kita moga diberkatinya,
Sempena Syawal mulia

Ketupat rendang membuka selera
Lemang jangan dilupa
Meriah suasana riang gembira
Di pagi Hari Raya Aidilfitri yang indah

Bermaafan di pagi raya
Salam riang kita semua

Lagu/Lirik: Rafiqa Roslee & Dayang Noraini


Nak tahu mana Che Kay dengar lagu ni?
Tu dia Che Kay dapat CD Raya Dayang Noraini
masa Suria Wheel di Burger King Putatan.
Terima Kasih Dayang Noraini dan Suria FM Sabah~ =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...