August 16, 2011

Suria Di Senjakala

Kata pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Telah ditakdirkan olehNya, hari ini ada pihak yang murah hati ajak Che Kay bersungkai. Pada mulanya Che Kay agak was-was. Adakah benar pelawaan yang diterima? Setelah diyakinkan oleh orang yang mengajak, Che Kay kuatkan hati untuk datang walaupun di rumah hujan lebat (iols merempit ye) dan badan macam nak demam.

Di sinilah tempat yang telah ditetapkan untuk berjumpa!
Che Kay memang suka restoran Kak Nong~
Makanannya Yummeh! =)

Tu dia kuih muih yang ada!
Ondeh-ondeh, kek lapis dan erm.. kuih lagi satu lupa pulak.
Terbaik rasanya!

Inilah hidangan utama untuk bersungkai!
Jangan tanya Che Kay nama menu ni.
Yang penting sekali makan mesti nak makan berkali-kali~

Hari ini Che Kay bersungkai bersama-sama warga Suria FM Sabah,
Borneo Crew dan juga peminat Suria FM Sabah~

Kalau dah ada sekali dengan warga Suria FM Sabah, haruslah Che Kay ambil peluang bergambar bersama si Farish Aziz, Dudu dan Clarice. Dan tak dilupakan Che Kay bergambar juga bersama pemanggil glamour Suria FM Sabah, Si Mat Nor Bah Ini! hihi.


Masa bersantai di Restoran Kak Nong, Borneo Crew tunjukkan Tarian Rampai 1 Malaysia. Katanya pada 15 September 2011 nanti akan diadakan Flash Mob di Padang Merdeka sempena sambutan Malam 1 Malaysia. Jadi sesiapa yang nak join Flash Mob mari belajar step di video ni. Untuk maklumat lanjut rajin-rajin lah jenguk FB Merdeka Sudah Bah. Che Kay rasa macam tak sabar nak join. Lagi pon step pon tak susah mana. =)

Akhir sekali, Che Kay ucapkan ribuan terima kasih pada Suria FM Sabah !!!
Lain kali ajaklah lagi~~~ =D

p/s: Sebenarnyakan bila Che Kay dah ternampak Dj-Dj Suria FM Sabah, terus diri ini tersenyap kejap seribu bahasa. Rasa tak terkeluar segala perkataan yang nak diucapkan. Biasalah dalam hati sungguh teruja jumpa mereka yang setiap hari Che Kay dengar di radio. Hihihi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...