August 14, 2011

Ibarat Piza Di Pagi Syawal ~

Minggu lepas ketika Che Kay berjalan di depan Pejabat Pos,
mata ini terus ternampas sesuatu yang menarik perhatian.
Perkataan di poster buat langkah kaki CK terhenti seketika.
Benarkah apa yang mata ini nampak?

Piza Di Pagi Syawal? Tidak la ye sesekali.
Tidak ada sesiapa pun yang melarang kalau nak makan,
tetapi di manakah significantnya ?
Che Kay sukakan sesuatu yang ada nilai sentimental.
Sejak dari sekolah sampailah tahun lepas Che Kay masih
suka hantar kad raya dan suka bila menerimanya. =)

Oleh sebab Che Kay tertarik dengan poster di atas,
terus Che Kay beli 2 paket Poskad Hari Raya.
Dalam satu paket Poskad ni ada 8 keping.
Dan harganya 5 Hengget sepaket.

Bila tengok designnya, terkenang ketika sekolah.
Ketika itu Kad Raya banyak design-design yang lucu.
Sekarang kalau nak cari Kad Raya pon macam susah.
Design yang ada ala kadar sahaja.

Jangan tak tahu, setiap Poskad Hari Raya ini disertakan dengan setem!
Jadi dah tak payah kita nak susah payah lekat setem. =)

Gambar di atas ni koleksi Kad Raya yang Che Kay dapat tahun lepas.
Che Kay tampal di tempat kerja sampai la habis Syawal. =D
Agak-agak ada tak sesiapa sudi bagi kad raya tahun ni?

P/S: Tak sabar nak tunggu Kad Raya dari Australia.
Macam mana la ye rupa dia.
Ada macam Kangaroo ke? Hihihihi

3 comments:

intan syafinaz said...

memang susa dah nak cari..kalau ada pun,simple je..xmacam zmn dulu..tp xbez la.org skrg wish raya guna fb n msg je..huhu

What's luv gotta do ? said...

hehehe... kada raya dari Aussie, tgh atas kapal ;) tungguuuuu ;)

Che Kay said...

intan: tu la kan bila tradisi diubah oleh teknologi~ huhuhu

Lurve: baik~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...