December 18, 2009

RTM Oh RTM!


Hari ni kan Maal Hijrah. Lepas Jumaat,Che Kay duduk rumah menunggu orang yang nak ajak tengok wayang telefon. Tunggu punya tunggu tak ada jugak. Jadi Che Kay layan drama di TV2.

Tajuk: Tahiyad Terakhir

Antara pelakon-pelakonnya ialah: Nasir Bilal Khan, Siti Fazurina, Jasmin Hamid, Azean Irdawaty dan anak dia si Benjy.

Penulis Skrip: Zarinah Hassan

Pengarah: Muhammad Abdullah

Syarikat Produksi: Enuja Production

Ulasan: Aiyooo Che Kay macam pandai je kan nak ulas. Perut memulas ada la. Erm sebab tak da kerja, Che Kay tengok sampai habis ok! Tapikan Che Kay rasa nak meroyan je. Dalam hati dok tertanya-tanya siapalah Che Kay nak salahkan? Nak salahkan penulis skrip ke? Nak salahkan pengarah ke? Atau nak salahkan syarikat produksi? Fikir punya fikir Che Kay nak salahkan orang-orang di RTM yang pilih drama ni untuk ditayangkan pada hari ni.

Wahai encik-encik, puan-puan, atau cik-cik yang di RTM, hari ni kan Maal Hijrah. Kenapa la kamu yang memilih drama-drama tak berhijrah langsung? Che Kay nak meroyan je tengok drama tu? Bunuh berbunuhan di Maal Hijrah? Tet! Macam haram je drama itu. Adakah drama itu sungguh menginsafkan? TIDAK la ye! Konon-konon tajuk tu gempak la kan! Jalan cerita pon very the! Zaman dulu kala punya style. Dalam Malaysia ni dah tak ada drama Melayu yang lebih berkualiti ke nak ditayangkan? Kalau tak pon biarlah drama-drama yang lebih menghiburkan.

Che Kay bukanlah anti RTM ke apa. Selalu jugak Che Kay menonton drama-drama Melayu di RTM. Banyak lagi rancangan yang Che Kay suka contohnya Di Luar Lingkungan. Itu kegemaran Che Kay. Cuma ada kalanya Che Kay bengang dengan drama-drama yang ditayangkan tu macam asal boleh je. Janji ada drama nak tayang la ye. Tapi serius hari ni Che Kay bengang je tengok drama tadi. Buat Ai benci la kat TV RTM! Che Kay rayu ni, tolonglah bagi drama yang syiok-syiok. Erm itu je kot.



p/s: Nak beli tudung? Ada orang jual tudong! Comel! hahaha. Jom Try tengok tudung2 di LURVELY SHOP! Ala jangan la sengan. Mai la tengok dulu!

5 comments:

grafreak said...

orang suruh masuk astro tamau. kan kena layan RTM.

Rancangan Tuk Melayu

Che Kay said...

aku mendahulukan keperluan, bukan kehendak. huhu =P

cik EPAL said...

no komen..hehehe :)

Aizwan Ali said...

drama melayu ok lagi kat rtm tu.. try tengok drama cina buatan malaysia kat rtm tu??? tiap2 malam lepas kul 12. confirm rasa mcm nk terajang ke kat tuan director drama tu...

Che Kay said...

aizwan ali: hahahaha betul tuh! ada jugak tengok buat peneman sebelum tidur! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...