May 6, 2010

Aku, Layar dan Belukar...



Aku

Aku adalah aku. Jadi aku layan apa yang aku suka. Salah satunya aku suka melayan cerita wayang 'Melayu'. Tak tahu mengapa tapi itulah aku suka. Mungkinkah semangat kenegaraan atau kemelayuan membuat aku sering teruja menonton cerita 'Melayu'. Malangnya sudah 2 wayang 'Melayu' aku terlepas menonton gara-gara kawan yang kononnya tak melayan cerita buatan rakyat negaranya. Kali ni aku tidak pedulikan orang lain, lalu melayan apa yang mahu dilayan. Tapi malangnya aku keliru. Tak tahu nak panggil wayang ni wayang 'Melayu' ke? Sudah tiba masanya aku tukar kamus dalam kepala. Jadi wayang 'Malaysia' adalah lebih tepat rasanya. Adakah sebab menyahut seruan 1Malaysia? Erm....

Layar

Acap kali panggung ini akan dikhaskan untuk tayangan wayang 'Malaysia'. Dah banyak wayang 'Malaysia' aku tonton di Growball ni mesti tempatnya sama. Tak tahu kenapa dan mengapa tak boleh wayang 'Malaysia' ditayang di bilik yang lain. Seronok atau terujalah anda sebagaimana yang hendak kamu suka, tetap tempat ini melemahkan keceriaan kamu! Huhuhu itu yang terjadi pada aku! Rasanya macam nak buat aduan je kepada pemilik panggung ni.

Bayangkan anda menonton wayang kegemaran anda tapi di layarnya tak dapat memaparkan keseluruhan gambarnya. Dan mangsanya adalah pelakon-pelakon dalam cerita yang kepala mereka dipenggal separuh tanpa kerelaan mereka! Kasihan sungguh mereka diperlakukan seperti itu. Lagi satu entah mengapa, dalam tempat yang sama sistem bunyi seperti cacat! Juga membunuh rasa gembira aku! Yang hairan apabila wayang mahu habis, tiba-tiba bunyi-bunyiannya kuat dan sempurna. Tapi tidak ketika bermulanya wayang tu! Bagaikan menonton wayang percuma ketika di sekolah yang bunyinya hanya kuat di hadapan bilik. Jadi apa gunanya sistem bunyi canggih yang ada? Mungkin telah dibuang ke laut?

Belukar

Terima kasih kerana membuat aku tersenyum dan kagum walaupun macam-macam ketidakpuasan atas faktor lain. Aku kagum dengan jalan cerita yang membuat aku tertanya-tanya. Dan ada tekaan demi tekaan aku tidak mengena dengan cerita yang sampaikan. Dalam hati terus teruja dengan cerita yang ditonton walau ada beberapa kekurangan. Ya, adakala hendak tergelak menonton pelakon2 dilayar dengan gerak tubuh bahasa mereka. Tapi dek kerana kekaguman dengan jalan ceritanya, semua itu telah aku abaikan.

Dan bila aku mencari siapakah Jason Chong itu, bertambahlah kekaguman aku! Sebabnya sebelum ni selalu kita lihat dia di TV. Kali ni dia mengarah pulak. =) Apa pun tak rugi menonton cerita ni. Bukan selalu cerita sebegini akan tiba dalam panggung Malaysia.

p/s: Sebelum ni aku kagum dengan gaya filem Setem, kali ni jalan cerita Belukar lebih buat aku terpesona.....







Gambar: Utusan Malaysia & Facebook Belukar

3 comments:

Fairuz Selamat said...

kamu membuat saya ingin menontonn.!!!

Che Kay said...

Fairuz> Selamat menonton. Btw kalau kamu tak rasa apa yang saya rasa maafkan saya. Mungkin cita rasa kita berbeza. =)

p/s: tetiba teringat filem ocean 11 gituh.

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

best ker..nak tgk lerrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...