January 17, 2011

Oh, Saya Trauma Dengan Cerita Hantu!



1. Hendak dijadikan cerita, pada satu hari terdapat dua orang sahabat bernama Karim dan Kassim (bukan nama sebenar) pergi ke panggung wayang. Kebetulan ketika itu ada sebuah cerita menarik minat mereka berdua. Tanpa berfikir panjang mereka terus membeli tiket dan masuk ke panggung.

2. Si Karim terkenal dengan sifat penakutnya. Sebagai senjata untuk melawan ketakutan, dia membawa jaket murahan bersama-sama. Manakala si Kassim yang kononnya sungguh berani hanya berlenggang ke panggung. Apabila cerita sudah ditayangkan, bermulalah episod tarik-menarik jaket yang satu itu.

3. Kesejukkan dalam panggung bukanlah alasan utama. Keseraman cerita itulah punca segala-galanya. Sebagai langkah waspada, Karim menggunakan matanya untuk mengurangkan ketakutannya itu. Dia menutup sebelah matanya, manakala mata kirinya dikecilkan setiap kali bunyi-bunyi seram. Berbanding dengan Kassim, dia sungguh yakin dengan dirinya. Kedua-dua mata dibuka luas (oh, tidak dilupakan dia tetap menarik jaket Karim).

4. Sehingga satu tahap, si Karim yang penakut itu ketawa setiap kali ada adegan menakutkan. Bukan kerana tidak takut, dia geli hati setiap kali si Kassim menjerit sekuat hatinya dalam panggung. Kalah anak dara lain yang ada bersama dalam panggung.

5. Semalam Kassim dan Karim tidur awal kira-kira jam 10 malam. Tetapi entah mengapa, si Karim tidak dapat tidur. Berkali-kali imej hantu dalam cerita di panggung terbayang di matanya. Dia cuba lelapkan mata, masih tidak berjaya. Segalanya ayat hafazan yang dihafal telah dilafazkan. Namun itu semua tidak menjadi. Sedangkan ketika itu Kassim sudah larut dalam irama dengkurannya.

6. Sebagai langkah mengatasi masalah itu, Karim bangun dan membuka komputer ribanya. Sudah tentu dia bermain permainan CityVille yang menjadi kegemarannya sambil mendengar lagu. Apabila jarum jam menghampiri detik tengah malam, dia bingkas meluru kesebelah Kassim untuk sambung tidur.

7. Ketika menggoyangkan kakinya sambil memujuk hati untuk tidur, Karim sudah bertemu punca segala permasalahan yang dia hadapi. Berkali-kali dia menyalahkan cerita hantu itu sebagai puncanya. Rupanya penyebab utamanya adalah aktiviti dia pada waktu petang atau lebih tepat ketika senja berlabuh. Semuanya adalah kerana secawan Nescafe yang dia nikmati ketika itu...


p/s: Aku kalau dah layan air tu memang susah nak tidur malam. Mata tetap akan segar walaupun dah tengahmalam. hehehe

Sumber Gambar: LadyAwin

8 comments:

Unknown said...

Haha..klaka la, jerit satu pnggung? mmg seram giler nmpknya. tak dpt masuk pggung, ade bby..huuhu~~ T___T

Rina Rossoneri said...

hehehe kita dah immune kopi

Che Kay said...

Mommy Pinky> memang seram! serius asyik terkejut. hantu dia pon ngeri. kalau teringin tinggal je baby kat rumah baby sitter. hehe

rossoneri> dulu masa student memang immune dengan nescafe. tapi skarang ni aduhai...!

isabelle said...

kaedah kalo nak elak terkejut2 sgt masa tgk citer seram. sila tarik nafas dan tahan.kau jgn rebut2 sweater dgn kwn lelaki, dik. nnt org ingat gay. haha

Che Kay said...

miss isabelle> bukan saya yang tarik, kawan saya kunun2 macho tu yang dok tarik jaket saya. hehehe

Zunaidi Dali Great Eastern said...

oh yeke syg?

em...sound promising.. myb enk pg tgk jgk

Che Kay said...

adie> u jangan tgk sorang2 ye!

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

seram n best cite ni..but pelakon kot tak sesuai..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...