August 16, 2010

Salah Testosteron?

Ada kalanya apabila sesuatu terjadi dalam hidup ni kita akan mencari dan terus menuding jari kepada sesiapa saja untuk dipersalahkan. Walaupun perkara yang terjadi itu berpunca dari diri sendiri, kita sebagai insan biasa sukar untuk mengaku kesilapan yang berlaku. Selain itu apabila kita mendengar sesuatu perkara yang tidak pasti kebenarannya, selidiklah dahulu sebelum kita mempercayai membabi buta. Jika perkara itu tidak benar, pasti yang malu diri kita sendiri. Eh, apelah yang Che Kay membebel ni? Apekah? Hihihi.

Sebenarnya Che Kay tak tahulah apa yang mempengaruhi diri pada hari ini. Rasa semacam yang ntahapaapantah. Nak kata perasaan bukan-bukan tidak juga. Mungkin hari ini perasaan banyak dipengaruhi hormon testosteron kot. Huhuhu. Dari pagi sampailah malam. Asyik terkenang lagi teringat. Begini ceritanya...

Di pagi hari ketika asyik sedang asyik merempit, tetiba ada satu motor limpas Che Kay. Terus mata ini terpaku melihatnya. Bila motorku bersebelah dengan motor itu di lampu isyarat, hati rasa berdebar-debar. Bagaikan jatuh cinta kali pertama. Tapi bukan dengan tuannya la ye. Oh alangkah meriah kalau ada sebijik! (kalau aku pakai ni memang kena gelak lagi la. Entahlah, mungkin hati masih terkesan apabila ada Driver gelak penuh kehinaan pasal motor sekarang).

Cun kan!

Di petang hari ketika mencari juadah berbuka (sekaligus beli lauk untuk bersahur), tetiba mata ini terlirik kepada kaki seorang jejaka. Aduhai!!! Daripada asyik menjenguk juadah, terus mata tertumpu pada jejaka tu. Kasut Supra itu sungguh menarik hati! Rasa nak beli satu untuk diri sendiri... =) (Tapi kaedahnye sesuai ke? hehehe)

Gorjes kan!

Aktiviti malam berjalan seperti biasa. Selepas selesai semua yang perlu dilakukan, TVlah menjadi sasaran mata. Dan alahai mata terpaku di skrin tv... Seayu namanya bikin hati bergetar. Macam mana tak bergetar, malam ada cerita dia, subuh nanti pun ada lagi muka dia. Ala ala siang malam ada wajah dia. Terus tertanya bilakah agaknya hendak berjumpa dengan separuh jiwa yang seperti dia? Erm...biarlah masa menentukannya.

Manis kan!

ADAKAH SEMUA INI SALAH TESTOSTERON? Entahlah...


2 comments:

suez said...

i like.

ps: apsal aku cam tak kenal sape ayu raudhah?

Che Kay said...

tq sue.

ps: ayu raudhah adalah adik kepada rozita che wan. beliau juga merupakan awek si kembar bola yg nama zaquan si kembar aidil laki rita rudaini. byk la cite dia belakon. salah satu kat tv3 tiap jumaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...