Ok, semalam selepas bertugas di 'bilik operasi' saya terus memecut ke shopping mall. Semuanya kerana awan sungguh gelap dan hujan bila-bila masa akan turun. Jika saya pulang sudah tentu basah kuyup. Untuk memenuhi aktiviti masa lapang, saya teringin nak menonton filem awek-awek berlawan pedang segalanya, Sucker Punch.
Ketika di kaunter, jam menunjukkan 4.30 petang dan filem SP ada tayangan pada waktu tersebut. Dengan jelas dan kuat saya kata kepada awek kaunter saya nak 1 tiket SP jam 430 petang. (Selalunya kalau di GSC masih sempat tengok permulaan filem sebab iklan dia banyak!). Sekali awek kaunter kata ada filem sama dalam bentuk 2D jam 4.40 petang. Saya pun tanya apa beza 2D dengan biasa. Dengan senyuman manis awek kaunter kata gambar dia lebih terang dan cantik. (oh, tergoda sebentar dengan senyuman itu) Saya pon kata ok bolehlah. Konon2 masih sempat nak beli air mineral sebotol.
Diambil tiket dari awek kaunter dan terus bergegas ke membeli air dan ku lihat panggung 5 sudah boleh masuk. Apa lagi terus masuk panggung. Sambil menantikan wayang bermula, saya pon keluarkan baju pelindung aircond yang sejuk, betul-betulkan botol air dan senyapkan telefon. Dan bila wayang sudah bermula, saya terus jadi keliru! Mengapa dalam sinopsis cerita dikatakan filem ini berlatarbelakangkan tahun 1950-an, tapi di paparan skrin menunjukkan tahun 2011! (saya masih sabar menanti gambar silih bergantin). Dan kekeliruan ini semakin menjadi-jadi bila abang-abang askar menghiasi skrin!
Terus saya keluarkan tiket dalam kegelapan dan nyalakan telefon, Oh My Sucker Punch!!!! Rasa nak tarik-tarik rambut awek kaunter!!!!!! Rupanya dia bagi tiket filem WORLD INVASION:Battle Los Angeles!!!!! Kesimpulannya sila periksa tiket di kaunter sebelum anda pergi! (dan semalam saya tak amalkan perkara itu!). Walaupun silap saya layan ja.
p/s: akan kupastikan menonton filem SP!

5 comments:
haha. frust nye kalau jadi mcm tuh. patutnye mase keluar, tarik gak rambut dye ^_^
Nadzirah> memang frust sebenarnye! sebab semangat berkobar2 ye nak tgk SP. tapi layan je la~~~ hihihi
hang salah sebut
@ awek tu tersalah bagi tiket cheKay?
waa..geramnye..kalo camtu...ahhaha..kalo aku, mesti dah emo..
encikReza> saya betul2 pasti habaq kat dia saya nak tgk SP. huhu
Al-Scheira> aku nak geram lebih2 pon salah aku juga. kan ada reminder di kaunter suruh check tiket sebelum blah. so terima dengan hati terbuka kesilapan aku di situ! huhuhu
Post a Comment