June 7, 2009

Ke Seberang Laut: KayKay ke K.K


Dania! Tunggu Cik Kay di lapangan terbang ya! Ku ingin terbang tinggi di awan. Tapi bukan bersama bintang mahu pun bersama bulan. Mahu terbang bersama sinaran mentari waktu pagi la ye. Boleh la nak serap vitamin D dalam kapal terbang nanti. Dah lama rasanya kulit ni tak kena mentari pagi. Hihihi. Faham-faham sendiri.

Walaupon agak berat membuat keputusan, tidak salah kalau kita mencuba sesuatu yang baru dalam hidup. Lagi pon destinasi yang dituju bukanlah asing dalam hidup Cik Kay. Setelah 10 tahun meninggalkan tanah air itu, kini Cik Kay akan kembali dengan fasa hidup yang baru. Semoga semuanya akan berjalan dengan seadanya. Kawan-kawanku, sudah-sudahlah hantar mesej yang syahdu-syahdan. Cik Kay pergi demi tuntutan hutang PTPTN yang keliling pinggang. Kalau Cik Kay tak pergi, sudi ke korang nak bayarkan hutang PTPTN Cik Kay itu? Hihihihi. Doakan kesejahteraan Cik Kay di sana ye!

Dalam masa yang sama, Cik Kay terbayang-bayang di mata wajah Tinot Lee, Zeli, Johnny, Anney, Diana Gaban dan Ila Si Raksasa Ngiow. Bila ada masa, Cik Kay nak melawat diorang! Korang, jangan segan-segan nak jumpa Cik Kay. Cik Kay teringin ye nak jumpa korang semua. Kali ni termakbul la doa Zeli yang selalu suruh Cik Kay ke sana. Boleh kita buat 'reunion' 5 Inovatif! =D

P/s: Oleh sebab penghijrahan Kaykay ke K.K, mungkin Cik Kay akan kurang menaip di sini mahu pon di MukaBuku. Jadi jangan rindu-merindu pulak ye.

Ikhlas,

7 comments:

suez said...

ok aku sedih. tetibe nama ko dah ada kaitan ngan ko. dulu mmg ada kaitan tp dah lame dah kan? pergilah, demi utang ptptn. ey, bile duduk jejauh ni yg kene rajen apdet blog atau fb tau. kem slm kat buah. kalau ko rajen naik bot pegi jumpe dia.

Che Kay said...

sue:
erm jangan sedih2. insyaallah kite akan jumpe lagi! =) nak update semua tu kena la ye tengok keadaan dulu. kalau mendesak, akanku angkat broadband satu. hihi. Pasal buah tu, tak perlu naik bot ye nak gi jumpe dia. Eh, buah kan ada kat KL. tengah cuti skolah ni. tapi kalau ko tak jumpe, nanti aku sampaikan salam.

Zainatul Emelia said...

tahniah sebab berjaya menyahut seruan!!! hehe..good luck kay... izreen ikut hang ka? kat sana apa-apa mintak tolong ngan hadi.. dia baik dan boleh menolong... nanti aku call dia inform..

ziela said...

kay kay.. all the best!! jangan lupa jalan kembali sudah... =P

lacklustre said...

b kay kay ( best tak nickname tu.khas untok u!=P)

kk sangat best okay!!
have a blast there.keje ape kat sane? and btw, tolong ye update blog selalu. saya akan rindu tulisan awak nanti tau(eh eh, kinky nya!)

good luck~

Mrs Baharudin said...

congrats and good luck! it's a good opportunity for ur future. and betul jap sue tu, kalau dah dok jauh lagi la kena slalu update. esp amik gmbr keindahan bumi di bawah bayu tu ;)

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

emm aku lagi sedih sue...hehehe..so seminggu sekali update pun ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...