October 12, 2009

Cik Kay, Abang Kelantan dan ...


Ketika ini Cik Kay sedang merenung ketiga-tiga pasang baju melayu yang ada. Ada warna ungu (Sila lihat di MukaBuku), ada warna merah jambu (baju raya 2005, tapi masih chanteq di mata) dan juga baju melayu hitam yang bermanik di bahagian tangan(lihat di sini) yang digunakan di kedua-dua majlis graduasi di Shah Alam. Agak-agaknya manalah pilihan di hati untuk berhari raya di pejabat esok pagi? (Yes! ada jugak majlis hari raya. Cik Kay ni masih kemaruk nak makan makanan raya ye. Sehingga hari ini hanya 2 buah rumah yang sudi jemput Cik Kay beraya bersama. Huhu tetiba macam sedih je).

Okay, mesti yang bertanya apa hubung kaitnya gambar di atas dengan cerita hari raya? Sebenarnya tidak apa kaitan pon. Cuma ketika memilih baju untuk diserika, Cik Kay tergelak seorang diri bila ingatkan cerita yang disampaikan kepada Cik Zet. Nak tergelak bila teringat muka Cik Zet yang membulat terpegun mendengar cerita Cik Kay.

Begini ceritanya. Pada satu hari, ketika Cik Kay sedang bosan berada kolej kediaman yang terletak di Seksyen 3 Shah Alam, diri ini terasa hendak buat sesuatu. Tapi ketika itu tidak ada sebarang ilham yang menjelma dalam fikiran yang sedang ligat berpusing. Sedang seronok memasang CD Ke Sayup Bintang ni, Cik Kay tersenyum lalu bersiap-siap hendak ke Seksyen 2 Shah Alam. (Alah seberang jalan je dari kolej. Tak jauh pon. Masa tu medan selera yang sekarang ni meriah masih tutup lagi.)

Tempat utama yang dituju adalah sebuah kedai kecil yang terletak antara kedai kunci dan juga kedai fotostat. Masa tu tak ada pelanggan dalam kedai kecil itu. Cik Kay rasa sungguh gembira sebab perkara yang akan terjadi hanyalah di antara diri ini dan Abang Kelantan dalam kedai tu. Ya! Kami saling perlu dan memerlukan antara satu sama lain. Sesungguhnya 'sentuhan' Abang Kelantan itu tidak dapat digambarkan kepuasan yang bakal dikecapi. Hehehehehe.

Dengan muka yang selamba, Cik Kay menunjukkan sesuatu kepada Abang Kelantan sambil berkata "Bang, nak macam ni!". Abang Kelantan senyum saja. Dengan semanis senyumannya itu dia menjawab "Boleh!". Cik Kay pon duduk senyap dan merelakan jari-jemari Abang Kelantan itu merayap. Sungguh terkesima melihat aksi dia! Kadang kala Cik Kay tak tahan geli bila jari dia terkena di telinga. Terus badan bergetar sebentar. Nasib baik semua dapat dikawal.

Usai segala yang perlu, Abang Kelantan pon berkata "SIAP!". Cik Kay tersenyum lebar kerana telah puas atas khidmat yang diberikan. Langkah Cik Kay lebih bersemangat meninggalkan kedai itu menuju ke kolej. Ketika di depan cermin, Cik Kay tertoleh kiri dan kanan. Dalam hati berkata "Sama pon dengan gambaq Kak Ning ni!". =D

p/s: Gambaq yang ditunjuk kepada Abang Kelantan tu dalam cover album ni. Kak Ning pakai baju Adidas ungu kot. Kalau cd ada kat sini boleh jugak Cik Kay tunjuk gambaq sebenaq. (^_^) Btw, Abang Kelantan tu selalu minta upah lebih murah daripada biasa bila Cik Kay pi kedai tu.


3 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

vividly discription.. mcm sesuatu sajok.. :P

ya ..i mcm igt jer time u potong rmbut ala si neng itew..those were the days..hehe

Shuhada Samri said...

cik kay...

poyo lah ko..aku ingat kan apa...
cisss....kah2....

Che Kay said...

Adie: hihi u ingat ye. hehe rasa lawak pulak. btw i masih belum ternoda atau dinodai. Suci namun bukan sesuci lebaran.

Cik Shu: hahaha ko ingatkan ape? aku memang poyo. hihi =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...