October 20, 2009

Kenangan Mandi Minyak

Walaupon Deepavali telah berlalu apatah lagi Hari Raya, rasanya tak terlewat untuk berkongsi cerita yang senada dengan perayaan cahaya ni. Menurut kepercayaan orang india, mandi minyak adalah seperti membuang segala benda negatif yang ada dalam diri. Adat ini perlu dilakukan sebelum terbitnya mentari. Pada hari yang agak membosankan (sedang 'terkandas' di lapangan terbang tawau), Cik Kay ingin berkongsi pengalaman mandi minyak. Segala yang Cik Kay lakukan hampir sama dengan orang india, cuma tiada sebarang niat untuk menyambut Deepavali. Begini kisahnya, hari kejadiaan adalah hari biasa bertempat di Batu 3 Shah Alam berdepan kilang 'air mabuk2' selepas tengah malam. Semestinya ketika itu gelap gelita dan ditemani cahaya premis itu. Sebelum upacara dimulakan, kita perlu membayar duit mengikut keperluaan. Tak silap Cik Kay bayar RM20. Untuk memulakan upacara, sila angkat nozel yang berwarna kesukaan (dulu warna hijau sekarang warna kuning) dan hala ke lubang yang betul. Tidak dilupakan pastikan tekanan minyak sungguh tinggi sehingga nozel yang sedang berada dalam lubang itu terpancut terkena badan dan kepala. Ketika itu baru Cik Kay tahu rasa minyak hijau. Diri tergamam sebentar. Satu badan lencun. Bila dah tenang, nozel dihalakan kembali ke tempat yang betul. Apabila selesai, lubang ditutup dan nozel diletakkan ke tempatnya. Cik Kay sambung kembali perjalanan sambil membiarkan tingkap terbuka. Ketika kaki menjejaki ke destinasi, abang ngah pon bertanya "Awat hang bau petrol?". Cik Kay senyap dan terus ke bilik air...... p/s: ala, ingatkan boleh pendekkan masa dgn taip blog ni. Huhu lama lagi nak jam 5~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...