October 7, 2009

Yang Terbaik Daripadaku...



Sejak dua menjak Cik Kay menonton video Cik Marsha Milan Londoh di MTV Gerek Seh, Cik Kay terkenang-kenang lagu ni.Bila ada kesempatan melayari internet, Cik Kay pon mencari lagu ni di Tiub Kamu. Bila dah dengar sekali, Cik Kay nak ulang lagi sampailah Cik Kay ketagih mendengarnya. He He He.

Tapi hari ni Cik Kay bukan nak cerita tentang lagu kegemaran ni. Cik Kay ingin berkongsi satu kisah yang buat Cik Kay mengimbau masa silam. Walaupon lagu ni tidak syahdu syahdan, hati Cik Kay sedikit pilu mengingati apa yang berlaku bila menghayati liriknya. Peristiwanya sudah bertahun dilupakan dan kini Cik Kay teruskan kehidupan, bila teringatkan kenangan lama membuat hati terusik.

Kisahnya bermula ketika Cik Kay meneruskan kehidupan di selatan tanah air. Dalam mengejar ilmu, hidup perlu diserikan dengan sedikit rempah ratus di jiwa. Semua yang terjadi kerana pandangan pertama. Bila mata bertentangan, bunga-bunga cinta terus mekar dalam jiwa.

Kali ini pilihan hati seiringan dengan pesanan orang tua. Ketika itu Cik Kay agak gembira kerana jika ku perkenalkan si dia sudah tentu ayah serta ibu akan suka. Tugas-tugas seterusnya akan lebih mudah kerana dia juga berasal dari utara.

Perhubungan yang terjalin cukup membahagiakan. Ketika itu telefon bimbit masih merupakan satu gajet yang baru untuk dimiliki. Cik Kay juga tidak terlepas untuk mendapatkannya. Tidak cukup dengan makan bersama, Cik Kay akan pastikan sebelum dilelapkan mata, suaranya pasti didengari dahulu.

Cik Kay cuba memberikan yang terbaik untuk dirinya. Namun mungkin semua itu tidak pernah mencukupi buat dia. Perhubungan yang indah mulai menyusuri musim luruh tanpa sebab. Cik Kay cuba mencari di mana salah diri ini. Rupanya semuanya bukan berpunca daripadaku...

Di saat melewati rak-rak buku, Cik Kay ternampak si dia bersama seorang jejala yang tidak dikenali. Ketika itu dia membuatkan diri ini bagaikan halimunan. Luluh jiwa ini bila melihat dia berlalu tanpa sepatah kata. Begitulah akhirnya sebuah kisah cinta jiwa-jiwa yang karat.

Pastinya diri ini telah memberikan yang terbaik buatnya....

4 comments:

Shuhada Samri said...

ayoo..
cik kay judah berjiwang lah plak..
tak pa kay kay...bunga bukan sekuntum..
kih2..

Zunaidi Dali Great Eastern said...

wah... xpela..org tak sudi,,kite pon xhingin, kan cik K? weeekkk tht bitc#!

emak said...

bole thn marsha

Che Kay said...

Shu= sesekali kongsi cerita dulu2. Adie= dia mencari kebahagiaan utk dirinya. Biarkanlah. Encik Azizan= marsha best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...