Hari ni aku terkenang akan satu memori yang terjadi 9 tahun, 1 bulan dan 3 hari lepas. Semuanya kembali dalam ingatan gara-gara filem ni. Walaupun kisah aku bukanlah sepenuhnya seperti filem ini, tetapi ingatan kepada memori itu membuatkan aku dapat merasakan apa yang dirasai oleh Denis Cooverman. Aku agak geli hati dan ketawa sendirian bila menonton filem ni. Erm kat mana ye aku nak mulakan kisah aku? Erm.....
Begini ceritanya. Semua yang berlaku ketika final semester semasa menuntut di pinggir Kuala Lumpur. Seperti Denis Cooverman, aku dapat merasakan waktu yang tinggal ketika itu begitu singkat. Jika aku tak melafazkan kata-kata itu, aku mungkin tidak akan jumpa lagi dengan si Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar). Jadi aku gagahkan diri mengumpul segala kekuatan dan kentalkan jiwa untuk melafazkan apa yang terbuku dalam hati.
Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) adalah seorang gadis yang baik hati dan periang. Dia sentiasa tersenyum dan begitu ramah dengan semua orang di sekelilingnya. Entah bagaimana aku seorang yang kurang rupa dan kurang gaya boleh terpikat dengan si dia. Mungkin emosi aku ketika itu terikut akan rakan sebaya yang rata-ratanya berpasangan dengan gadis-gadis satu kolej. Mungkin aku juga tidak mahu ketinggalan mengalami perasaan jatuh cinta di zaman kolej. Hihi.
Ini Filem yang ditonton. Sumber Gambar: di sini
Aku, Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) dan rakan-rakannya pernah belajar bersama di salah satu tingkat dalam kolej yang menyediakan bangku dan meja untuk pelajarnya berdiskusi. Setelah berfikir panjang tentang yang ingin aku luahkan, aku pon melafazkannya kepada Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar). Ketika itu aku mengajak Si Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) ke arah tingkap untuk sesi luahan hati. Aku kurang ingat laras bahasa yang digunakan ketika itu. Jika tidak silap mungkin aku menggunakan ayat ini. "Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar), aku dah lama suka kat ko. Kalau ko tak ada sesiapa, mungkin kita boleh berkawan". Hihi Adakah sebegitu rupanya ayat yang terkeluar? Mungkin ya.
Sudah tentu si gadis itu terperanjat dengan kata-kata aku. Dengan penuh hemah dan berbudi bahasa, si gadis menolak kemahuan hatiku. Dia menyatakan yang ketika itu dia sudah ada seseorang yang dia selesa berkawan. Jadi dia lebih rela berteman biasa dengan aku. Aku tak pasti sama ada aku berkecil hati atau pun tidak. Yang pasti (jika tidak silap) kami meneruskan menelaah buku yang telah ditinggalkan seketika.
Erm..begitulah aku dan Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) di alam kolej. Selepas kejadian itu, ikatan persahabatan antara aku dan dia tidak terlerai. Dia seorang sahabat yang baik sekali. Dia sentiasa memberi kata-kata semangat kepada aku ketika aku buntu dengan kehidupan selepas alam kolej. Dia juga sering bermurah hati memberi tanda ingatan tiap kali tibanya ulang tahun hari lahirku. Sehingga hari ini, pemberiannya masih aku simpan rapi sebagai tanda penghargaan atas kebaikan dia kepadaku. Kini Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) sedang berbahagia bersama suami serta keluarganya tercinta. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapinya. Aku akan terus berdoa dia akan sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati hidupnya. Semoga dia akan terus tersenyum seperti mana senyuman yang sering dia beri ketika alam kolej. Sekian sahaja kisah I Love You, Beth Cooper (Bukan Nama Sebenar) daripada aku. =)
p/s: Ketika hari persandingannya, aku meluangkan masa untuk hadir ke majlis dia sebagai menghargai sebuah persahabatan yang telah dia hulurkan kepadaku.
3 comments:
aku rase aku tau sape beth cooper tuh. ;-)
aku rase aku tau sape beth cooper yg dimaksudkan itew. ;-)
tapi aku ngan suya punye adiah besday pun ko simpan gak lagi kan? kan? so bile nak buat entry pasal kitorang plak? hehe....
suhazazainal: hehehe kalau tahu pon i tak kesah. cerita lama. kadang-kadang bila ingat balek memang geli hati macam mana la aku boleh buat macam tu. hehehe.btw 'Abu' ko dan suya tu masih ada. nanti la ye, bila sampai masanya aku buat la ye. =)
Post a Comment