September 13, 2009

Diari Hari Ini: KK-Tawau-KK


Awal Pagi:
Terbangun je, terus minum air sepantas mungkin sebelum azan subuh. Kemudian bangun kembali dan siap-siap untuk bekerja hari ini. Ketika sedang memandu Bumblebee pinjam menuju ke pejabat. Tetiba telefon berdering. Cik Zet telefon rupanya. Cik Kay pura-pura seperti baru bangun tido, sekali Cik Zet kata dia baru siap mandi! Aiyoyo flight jam 7 pagi, Cik Zet tak siap lagi. Cik Kay ape lagi, sambung tido dalam kereta depan pejabat. Lebih kurang 6.20 sampai la Cik Zet depan mata. Lalu Cik Kay memecut ala ala itik pulang petang ke lapangan terbang yang tak berapa jauh itu. Nasib baik dah daftar masuk online. Sempat la naik kapal terbang ke Tawau.


Pejabat!

Separa Pagi:
Cik Kay sungguh mengantuk gara-gara tak dapat tidur malam tadi. Perkara ni sedikit sebanyak mempengaruhi emosi dan akal fikiran. Kebetulan Cik Kay ada bagi kertas kedatangan pada peserta kursus. Salah seorang peserta tu tetiba minta pemadam pada Cik Kay. Cik Kay kata yang Cik Kay tak ada pemadam. Minah itu sungguh resah dah gelisah. Dia pon bertanya macam mana la dia nak tulis nama dia sebab dia dah silap tulis.

Dalam keadaan yang mengantuk tu, nada suara Cik Kay mungkin tinggi. Cik Kay arahkan saja minah tu garis nama dia yang salah dah tulis nama yang betul di atas. Tetiba minah tu pon menulis nama dia dengan penuh hati-hati sambil merujuk kepada kad kesihatan dia. Sambil tu jari-jari dia seakan-akan menyeka air mata yang mungkin terkeluar. Aduh! Cik Kay terus susah hati. Bukan niat Cik Kay nak marah. Ketika tu Cik Kay terlupa yang tempat ni ramai juga insan-insan yang kurang pendidikan. Sampaikan nama sendiri pon tak tahu nak tulis. Bukan satu penipuan, semua ni kenyataan. Oleh sebab Cik Kay rasa bersalah, Cik Kay cuba berbaik-baik dengan dia. Cik Kay sempat muhasabah diri. Ya, Cik Kay terlupa yang semua manusia itu tidak sempurna. Cik Kay yang tahu tulis nama pon selalu merujuk kad matrik setiap kali nak tulis nama dan no matrik ketika peperiksaan. Jadi, kalau tengah buat kerja tu kawal-kawal la amarah tak kira mengantuk ke letih ke nak pitam ke. Nanti orang lain pulak yang terasa hati.
Tawau

Selepas Pagi:
Selepas aktiviti wajib selesai, Cik Kay dan Cik Zet sempat pusing-pusing pasar bersebelahan tempat kami bekerja tadi untuk mencari ole-ole pulang ke kampung. Puas jugak la kami berdua meronda, bertanya pada banyak kedai untuk mencari harga yang paling murah untuk ole-ole kami. Setelah puas mencari, kami pon membeli ole-ole di 2 tempat yang berbeza. Lepas tu, dalam kehangatan matahari yang terik, kami gigih ke pasar besar mencari sedikit makanan! Ye, MAKANAN! HEHEHE. Tapi bukanlah untuk kami berbuka puasa. Untuk bawak balik juga la ye! =)
Kira-kira Tengah Panas:
Memandangkan aktiviti wajib Cik Kay dan Cik Zet selesai awal, kami bercadang ingin pulang ke KK seawal mungkin. Cik Kay pon dengan penuh keyakinan diri yang tinggi menelefon syarikat penerbangan untuk mengambil flight pada sebelah petang. Setelah mendapat maklumat yang diingini, kami pon bergerak ke lapangan terbang. Nak dijadikan cerita sedih, perjalanan kami itu hanya sia-sia belaka. Kami tak dapat pulang seperti yang dihajatkan. Jadi ke mana harus di tuju? Hendak menunggu lagi 4 jam 30 minit itu sungguh lama.

Selepas Tengah Panas:
Pada mulanya kami duduk la di bangku yang disediakan di sekitar kawasan ini. Setelah sakit pinggang dan panas yang agak membara, kami pon mencari tempat untuk 'berteduh'. Nikmatnya beristirehat di sini. Sejuk! Dingin! Nyaman! Hihihi. Yang lawaknya, oleh kerana tempat ini tempat awam, Cik Kay dan Cik Zet beristirehat dengan pelbagai cara. Bila orang ramai, duduklah kami untuk memberi ruang kepada mereka. Bila tak ada orang, ape lagi la ye, gaya bebas untuk 'beristirehat'! Hehehe.


Antara Nampak dan Kelam:
Setelah menanti sekian lama, Cik Kay dan Cik Zet pon 'terbang' menuju jalan pulang. Ketika sedang terbang, Cik Zet tak sabar hendak bersungkai. Semua ni gara-gara surat khabar yang kami rujuk. Menurut surat khabar tu hari ini kami akan bersungkai awal. Jadi bila Cik Zet tak sabar dan mula makan kacang, tiba-tiba ada pengumuman dari kapten kapal. "Waktu berbuka puasa pada hari ini ialah 6.18 petang". Hehehe. Cik Zet terus sembunyikan kacangnya dan senyum. Cik Kay pon senyum kambing! Hahaha. Agak-agaknya, Kapten tu nampak kami makan kot!
Erm ni cerita syok! Walaupon yang bertugas dalam kapal tu hanyalah pramugara dan tiada cik pramugari, layanan diorang sungguh walla! Mula-mula incik pramugara datang bagi ayer melo ais. Apa lagi, Cik Kay terus telan semua. Cik Zet ala-ala minum siket-siket. Kali kedua, incik pramugara datang lagi bawak air mineral. Wah! rasa syok la ye. Cik Kay dengan rela hati nak saja walaupon hanya air mineral. Tup tup kali ketiga incik yang sama datang lagi bertanya nak air lagi? Cik Kay nak lagi! Kali ni Cik Kay minta jus epal pulak. Cik Zet macam biasa malu-malu je nak mintak. Ingatkan lepas kali ketiga incik pramugara tak datang dah. Sekali dia datang lagi bersama soalan yang sama. Memandangkan dah 3 kali mintak minum, kali ni Cik Kay tolak. Cik Kay layan air kotak yang Cik Kay beli. =)

Bila Dah Gelap:

Walaupon dalam kapal Cik Kay dan Cik Zet dah bersungkai makan coklat, Cik Kay tetap ajak si Cik Zet untuk makan. Alang-alang dah dekat dengan kawasan lapangan kapal terbang, Cik Kay ajak la Cik Zet ke kedai tom yam. Kami pon pesan la makanan yang kami teringin. Masa nak pesan air, Cik Zet teringat pulak air kotak yang dia tak minum. Cik Kay pon bagi la kunci kereta pinjam kepada dia. Tak lama kemudian dengan muka sengih-sengih kambing, Cik Zet bagi tahu yang dia tertinggal kunci kereta dalam kereta!

Aiyoo...Cik Kay mula-mula tak percaya. Cik Zet tu suka jugak buat lawak sengal. Tapi bila tengok dia macam dah muka bersalah giler, Cik Kay bebel la apa yang terbuku dalam hati. Tapi sebenarnya Cik Kay tak percaya dia tinggal. Bebelan tu saja je nak buat menyemak telinga dia. Cik Kay buat-buat la pergi jengok kat kereta dengan harapan bila kembali ke meja Cik Zet bagi balik kunci kereta. Sekali rupanya betul! Dia memang berkata benar! Erm kebetulan pulak makanan dah sampai. Kami pon makan dengan ala-ala susah hati macam mana nak selesaikan masalah kami.
Memandangkan Cik Zet itu sungguh bertanggungjawab, maka dia terus mencari jalan sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah kami. Masa tu Cik Kay rasa blank tak tau nak buat apa. Terfikir kenapa la nasib jadi begini. Macam mana la Cik Zet boleh tinggal kunci dalam kereta? Sampai Cik Kay terfikir adakah sebab Cik Kay ni memaksa sangat ajak dia makan sampai dia pon terpaksa ikut makan dan macam-macam dia fikir dan sampai dia tertinggal kunci dalam kereta. Sebab dia ada kata yang dia nak balik rumah terus lepas sampai di bandaraya. Huhu Cik Kay ni bila dah fikir macam-macam maka akan meleret la segala pemikiran ini. Cik Zet telah meminta pertolongan daripada pekerja syarikat kereta di seberang jalan untuk kembalikan kunci kereta. Bila semuanya selesai, kami pon pulang ke tempat 'istirehat' masing-masing. Sekian, terima kasih.

Daripada:

2 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

bersungkai tu bahasa ape lak dik?

Che Kay said...

Bersungkai tu maksudnya buka puasa. hihihi. mula mula dengar nak tergelak jugak. ingatkan Sungkai di Perak. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...