October 11, 2009

Sepanjang Perjalanan Ini ....



Ketika duduk menunggu keretapi pada 25 September yang lalu, Cik Kay terpandang banner di atas. Erm... Cik Kay rasa semua kenderaan yang ada dalam banner ni telah pon dinaiki untuk menuju ke kampung halaman semasa Hari Raya yang lalu. (Aiyoo dah lama baru nak cerita hari ni ye. Tak pe, baru ada kesempatan...) Cuma satu je yang tak da, gambaq feri! Mai Cik Kay nak habaq pi kat hangpa perjalanan Cik Kay untuk pulang ke kampungku.

Likas - Airport KK: Naik teksi.
KK - LCCT: Ni mesti la naik kapal terbang.
LCCT-KL: Naik Sky Bus (Beria ni beli tiket atas kapal terbang)
KL-Butterworth: Naik keretapi.
Butterworth - Georgetown: Naik Feri.
Georgetown - Bukit Gedung: Naik Bas.
Bukit Gedung - Rumah Bapak: Naik Tumit.

Erm tu belum sampai kampung lagi.

Rumah Bapak - Kampung di Yan: KANCIL Putih! (Oh! rindu Cik Kanc! huhu)
Kampung - Pasar Ramadan: Naik Motor. hehehe.

Perjalanan Pulang untuk bekerja? Sila patah balik seperti di atas kecuali bahagian naik bas dari Bukit Gedung tu tak ada ye. Ayah yang disayangi hantaq Cik Kay ke feri. Ketika naik feri, huhu sayu je Cik Kay melihat Tanjung yang semakin menjauh dari mata.

Feri dah bergerak ni....

Babai Komtar~~

Babai Jambatan~~


Tu dia! Sesekali nak balik beg tak ingatkan. Hehe. Zura, dalam plastik kuning tu mee goreng hat mak hang bagi. hehehe.

Sepatutnya keretapi sampai jam 8.30 malam. Erm...dalam 9 lebih baru tiba. Bertolak dari sini pon hampir jam 10 malam.

Ini la tempat Cik Kay! Sedap ye nak tidoq nanti. =)
(Dalam hati risau takut sampai lambat di KL)

Ni pulak Koc Kantin. Awek tu kan dok macam tak puas hati kat Cik Kay. Dia ingat Cik Kay hadap sangat nak amek gambaq dia kot.



Kalau anda seorang yang berkira, tok sah dok mengada nak makan di koc kantin. Sat lagi hangpa jugak dok mengeluh pasai harga. Cik Kay lapaq malam tu, so layan je. Ni harga dia dalam RM 7. Huhu.

Cik Shu, macam ni la kalau hang amek koc kabin. Kecik ja kalau nak jalan kat luaq dia. Scary la jugak. hehehehe.

Kalau Cik Shu sakit perut, sila pilih jamban yang Cik Shu minat. Siap ada penunjuk cara lagi. hihi





Itu je la kot gambaq yang Cik Kay amek dalam keretapi. Hehe. Disebabkan keretapi yang lewat tiba di Butterworth, jadi tiba di KL pon dalam jam 6 lebih pagi. Bila benda yang perlu sudah diselesaikan, Cik Kay terus naik bas ke LCCT dalam jam 7 lebih. Tiba di LCCT, semua benda jadi serabut. Huhu.

Barang-barang dah jadi 5 semuanya di LCCT. Beratoq punya lama nak check in, sudahnya makan pon tak sempat! Nasib baik dalam flight dah siap tempah makan. =)

Kawan-kawan pernah tak tonton filem 'The Terminal'? Huhu merasalah Cik Kay menjadi ala-ala Tom Hank yang dok mandi di jamban dalam airport. Kaedahnya Cik Kay hanya sempat untuk 'mandi' cukup syarat je. Lepas tu Cik Kay dok tenyeh minyak wangi sebanyak mungkin di baju dan di badan. Lepas semua dah siap, Cik Kay dah sedia untuk terbang! Sayangnya 'Scha' dah tak keja di LCCT. Kalau tak, boleh jumpe budak yang 'mandi' ni! Hihihi.

P/s: Tak sangka ye jumpe Cik Powjie dalam keretapi. Sekali dia sebelah 'katil' aku je. hehehe. Tu pon sedar masa dah nak sampai KL. Kalau tak mesti macam2 boleh sembang dengan dia.



4 comments:

Shuhada Samri said...

wah cik kay,..

membuat kan aku lebih2 berminat nak keretapiu ni wei...!!

aku nak cari jalan jugak balik kampung nnt naik keretapi ni...nnt aku plak post entay KTMB..

kih2..

Che Kay said...

Silakan Cik Shu! aku pon tak sabo nak baca bakal entry ko. hehehe. Pesanan khas, jangan berak masa keretapi berhenti, nanti sisa ko tertinggal kat di stesyen.heheheh

Zunaidi Dali Great Eastern said...

wah..meriah! and sound very tiring indeed.. :)

Che Kay said...

adie: ye sungguh memenatkan. semuanya sebab tiket direct ke penang sungguh mahal. demi balek kampung, cheq sanggup redah semuanya untuk bersama yang tersayang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...