Hari ini secara amnya semua kanak-kanak riang bersama guru mereka telah kembali ke sekolah masing-masing. Kepada yang pertama kali ke sekolah, mesti mak bapaknye yang runsing. Seingat Che Kay la kan, semasa pertama kali ke sekolah rendah tak pernah Che Kay menangis. Sebabnya perasaan teruja ke sekolah mengatasi segalanya.
Jadi sempena hari kembali ke sekolah Che Kay nak berkongsi dengan kawan-kawan satu gambar yang tak pernah dipertontonkan lagi di mana-mana termasuklah di Muka Buku. =)
HAHAHAHAHA! Boleh tak nak gelak untuk diri sendiri?
Kartu Tanda Nama ni masa Che Kay tingkatan 4.
Kalau tengok hard copy gambar ni terserlah kedudukan segala jerawat.
Aduhai geli hati betul tengok gambar dulu-dulu.
Gambar ni pulak masa Che Kay tingkatan 1.
Ala-ala zaman peralihan dari kanak-kanak ribena ke remaja.
Yang ni ada kawan bertanya kenapa hitam putih.
Nak buat macam mana, zaman tu inilah yang mampu kedai bagi.
Klasik jugak jadinya~ =)
Kring~~~~~ (loceng dah bunyi)
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment