Naik Titanic? Kaedahnya kapal tu dah tenggelam 100 yang lalu. Huhuhu (kononnya ombak Titanic masih melanda diri. Kan baru-baru ni ada tayang kat tv. Tu yang masih terasa I jump You jump). Sebenarnya Che Kay dari kecil begitu teringin nak naik kapal yang besaq-besaq.
Semuanya gara-gara suatu ketika dulu mak pernah bawak abang ngah naik kapal perang. Lepas tu diorang balik dok cerita punya seronok betui naik kapal. Masa tu Che Kay mampu selak ensiklopedia ja nak tengok macam mana la bentuk kapal perang tu. Pernah jugak terfikir nak naik kapal cruise. Tapi macam lambat lagi nampaknya. Jadi yang ternaik hanyalah bot dan sampan kecil pegi melawat pulau dan tengok monyet belanda.
Telah ditakdirkan akhirnya Che Kay berpeluang naik kapal besaq dengan bayaran hanya 1 hengget! Hati ni sunggoh teruja tak terkata. Dalam kepala dok terfikir macam mana ye dalam kapal tu? Besaq ke kecik ke? Bayangan yang datang tu macam-macam. Tapi haram tak terfikir nak google.
Macam dikatakan sebelum ni, teruja punya pasal, 2 hari berturut-turut Che Kay pi melawat kapal Logos Hope ni. Hari pertama pi dengan Che Ju dan Che San. Hari kedua pula pi dengan Che Nash, Che Mukh dan Che Ta. Kami semua pi la Pelabuhan Kota Kinabalu. Di pintu masuk pelabuhan disediakan bas yang akan membawa kami ke kapal.
Dari dalam bas, Che Kay dok klik gambaq tak hingat. Tu belum lagi masuk dalam kapal. Bila dah masuk dalam kapal, semua pengunjung dihidangkan dengan tayangan video mengenai Logos Hope ni. Rupanya kapal ni beroperasi atas dasar aktiviti amal. Kalau nak tahu sejarah lanjut Logos Hope bolehlah ke sini. Dan rupanya dalam kapal ni diadakan pameran buku terbesar atas laut. Selepas tayangan video pengunjung bolehlah ke kawasan pameran buku dan meninjau sedikit sejarah kapal yang disediakan. Adalah tayang sikit suasana bilik dalam kapal ni.
Masa pi hari pertama, Che Kay tak tahan pening. Terasa macam terhuyung hayang mabuk laut. Ingatkan tak cukup makan ka apa. Rupanya memang kapal tu ada bergoyang sikit. Ye la dah dok atas laut memang la macam tu kan. Jadi usha buku pon macam mau tak mau ja. Yang syok hari pertama tu Che Kay jumpa bahan bukti macam yang dikongsikan di sini. Hehehe.
Hari kedua baru Che Kay bersunggoh belek buku-buku yang ada. Sebagai salah seorang ahli Persatuan Ulat Buku, hati ni rasa macam nak borong semua! Maklumlah buku-buku yang dibawa oleh kapal ni rasanya tak ada jual di atas darat Malaysia. Ikutkan nafsu memanglah begitu, tapi itu semua hanya kata hati.
Bila dah lepas tengok pameran buku, adalah sedikit pameran cerita pasal satu karektor yang bernama Mark. Bahagian ni yang ala-ala sekadar memberi pendidikan hidup begitu lebih kurang. Lepas tu adalah disediakan bahagian menonton lagi video, ada ruangan kanak-kanak riang, dan juga cafe untuk makan-makan. Lepas kawasan cafe ada lagi satu ruang seperti bilik untuk berdiskusi.
Dalam bilik tu ada penceramah berkongsi cerita tentang virus HIV dan penyakit Aids. Kami tak masuk pon dalam bilik tu sebab ditetapkan waktu untuk setiap sesi. Kami cuma bacalah komen-komen orang yang ditampal luar bilik diskusi tentang apa yang mereka pelajari. Di satu sudut ditayang wajah-wajah sukarelawan yang bekerja di dalam kapal ni. Mereka merupakan sukarelawan dari serata pelusuk dunia.Dari segelap-gelapnya kulit hinggalah sebiru-birunya mata. Macam-macam ada! =)
Selain organisasi yang membawa kapal ni membuat kerja amal, mereka juga mengutip derma bagi menggantikan generator. Semuanya bagi membolehkan mereka meneruskan aktiviti mereka di negara-negara lain.
Di satu tingkap yang ada, pengunjung dapat melihat kawasan luar kapal. Kebetulan masa Che Kay naik kapal petang sudah. Bila dilihat keluar mau terbenam sudah tu matahari. Pulau yang nampak tu namanya Pulau Gaya. Suasana matahari mau terbenam memang mengasyikkan...
Memandangkan dua hari berturut-turut naik kapal, inilah hasilnya selain gambar yang beratus diklik. Pengalaman yang dapat, erm...bolehlah! Dapat jugaklah naik kapal. Bolehlah suatu hari nanti berkongsi cerita dengan cucu-cucu saudara yang Tok Lang depa pernah naik kapai! Hahaha.
p/s: Tetiba teringat yang dulu masa kecik-kecik pernah naik kapal Kastam. Tapi kapal tu tak besaq macam kapal perang yang abang ngah ceritakan... Jadi hampir terluput memori tu. Hehe
No comments:
Post a Comment