Pertama kali berkenalan dengan si kicap ni Che Kay langsung tak tertarik nak cuba. Tambahan pula masa tengok iklan ni yang jadi dok promote si Chef Zam. Cuba diorang pakai idola Che Kay si Chef Wan, harus berlari sepantas mungkin ke kedai mencarinya. Tapi orang kata don't judge a kicap by its iklan~ Nak dijadikan cerita semasa makan Bakso Ayam di gerai kegemaran kat Bukit Vor, botol kicap ni jadi hiasan depan mata. Lalu dituangkan sedikit ke dalam bakso. Bila kuhirup kuahnya, terus terbeliak mata ni! Sungguh sedap ye kawan-kawan kicap ni~ Sejak hari itu, aku terlupa akan kewujudan kicap-kicap lain.
Seperti biasa bila kicap sudah habis sudah tentu Kicap ABC ni akan dibeli. Tapi entah kenapa, kewujudan kicap ini menjadi punca perbalahan Che Kay bersama si X. Sedih hati ni bila dikata macam-macam gara-gara hanya sebotol kicap. Si X melenting bila melihat kicap ni. Kata dia sebab kicap macam nilah segala amalan tak diterima tuhan. Dia pesan suruh Che Kay lihat dulu segala label sebelum beli kicap.
Che Kay terpinga-pingalah apa yang tak ada dilabel kicap ni. Si X sambung syarahan dia, katanya tanda halal tak ada. Dan sebab musabab macam tak da tanda halal ni lah kata si X segala amalan kita selama ni boleh terjejas dan tuhan tak nak terima. Siap dia pesan lain kali beli kicap Adabi ka kicap Pak Mat di pasar ka atau apa-apa kicap yang ada tanda halal atau buatan orang muslim.
Che Kay dengan yakinnya bagitau la kat X yang kicap ni ada tanda halal Majelis Ulama Indonesia. Dengan tegasnya X mengatakan selain tanda halal Jakim, tanda halal lain-lain dia takkan terima. Bagi dia segala benda makan perlu dititik beratkan. Ok, bila si X dah berbicara pasal makanan, mulalah Che Kay nak membidas macam-macam.
Soalan pertama Che Kay kepada si X, pasti dan yakinkah dia yang selama ini sayur-sayuran yang dia makan tidak pernah menggunakan sebarang unsur baja dari tahi bab*? Yakin dan pastikah dia yang selama ni segala sumi, puding , jelli dan segala macam yang dia dok telan tidak mengandungi gelatin haram? Dan soalan-soalan tu berterusan sehingga si X diam dan senyum kambing.
Bila dah habis soalan bertubi-tubi, Che Kay pon terangkanlah kepada si X cara memproses kicap secara ringkas. Che Kay pon terus bertanya pada si X, adakah Majelis Ulama Indonesia mahu pon sebarang badan-badan yang memberi tanda halal pada makanan ni kurang Islamnya berbanding Jakim? Bukan menidakkan peranan Jakim dalam memberi pengiktirafan halal pada makanan, cuma bila dipertikaikan betapa tidak Islamnya orang lain daripada muslim di Malaysia itu rasanya sungguh menjengkelkan.
Bila si X dah senyap seribu bahasa, Che Kay pon bertanya apalah nasib si kicap ni? Hendak dibuangkah? Terus dia senyap dan berlalu... Andai kata kicap ini berdosa, ampunkanlah dia kerana tidak ada logo halal Jakim. Huhuhu.
p/s: Kehadapan GBA Corporation Sdn. Bhd., tolong pohon Halal Jakim untuk Saus Manis ABC kegemaran saya please~~~
p/s: Kehadapan GBA Corporation Sdn. Bhd., tolong pohon Halal Jakim untuk Saus Manis ABC kegemaran saya please~~~
Kemas'ter'kini:
Ada teman cadangkan untuk periksa di laman web Halal JAKIM. Majelis Ulama Indonesia merupakan salah satu badan Islam yang diiktiraf JAKIM di luar negara. Oh, rupanya kicapku ini tidak berdosa~ =) Untuk senarai lengkap Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM silalah lawat ke laman web ini.
No comments:
Post a Comment