Petang ni saja la Che Kay nak berkongsi satu cerita. Tak tahu la sejak bila wajah ni glamour. Ada ja di mana-mana. Nak kata Che Kay ni ramai yang kenal tu tak de la jugak. Kawan-kawan pon berapa kerat sangatlah. Terbelek-belek jugak la muka ni di cermin. Hansem kah? Erm.... manis tu ada la sikit. Hehehe.
Mula-mula dapat satu tweet daripada seorang kawan yang jauh nun di Ostrolia. Katanya "shahrukh khan on SBS one reminds me of @KayFaizal hehehehehe". Terus i terkedu tau!!!
Kay Rukh Khan? Hahaha .
Mungkin spek tu yang mengingatkan Che Lurve kat Che Kay. Ni mesti filem Rab Ne Bana Di Jodi kan! Hari ni Che Kay baca blog dia. Che Lurve bercerita tentang pengalaman darjah satu dan ada terselit kisah JoHaRa di pagi Era. Dan ini adalah terkeduku kali kedua. Katanya "....Haniff who kinda looked like Che Kay hehehe". Erm.....kali ni berkerut sikit. Tercari-cari ni persamaan yang ada.
Kayniff?
Ku tenung-tenung gambar2 Haniff Era hari ni. Sampai sudah tak jumpa. Alangkah indahnya hati ni kalau Che Lurve bagi tau yang muka kat bawah ni ada iras-iras i! Harus kembang bonbon i kerana kesukaan! Hahaha. Dah lama tau Che Kay dok tenyeh pencuci muka Gatsby tu. Memang harapan tinggal harapan je. Macam dalam iklan dia. Huhuhu. Ok ok cukup-cukup lah berperasaan petang hari ni. =P
Kaykuya Kimura~ =)
Oleh sebab Che Lurve asyik ternampak Che Kay di mana-mana, jadi lagu ini ditujukan khas buat Che Lurve. Layan jangan tak layan~ =D
No comments:
Post a Comment