Menanti si 2012 dibuat dengan gaya yang berlainan. Selama ni Che Kay banyak menghabiskan malam tahun baru melepak di rumah depan tv ataupon berfoya-foya bersama teman di luar. Kali ini persatuan kejiranan mengajurkan aktiviti makan-makan bersama semua ahli keluarga yang tinggal di sini. Sesuatu yang baru untuk diri ini. Dan agak menyeronokkan juga. Makan makan dan makan lagi. Itu aktiviti utama.
Kaum bapa dengan semangat waja bertukus lumus bertarung dengan segala bara dan api untuk menyediakan hidangan utama. Kaum ibu pula banyak duduk beramah mesra dengan satu sama lain.
Ini dia hidangan utama. Satay dan Ayam BBQ! Ayamnya terbaik!!! =)
Di satu sudut lagi terhidang meehoon goreng biasa dan meehoon goreng singapura. Dan tidak dilupakan karipap pusing yang sunggoh mantap! Boleh tahan banyak jugak melantak karipap tu. Sebagai ahli persatuan penggemar karipap nasional, peluang yang ada ni tak boleh dilepaskan begitu saja. =D
Yang tak tahannya si ibu-ibu memang menggunakan peluang yang ada ni sunggoh-sunggoh. Walaupon jam dah dekat tengah malam, masih ada lagi yang melepak bersama teman-teman sejiran. Tepat 12 malam, di serata kawasan kejiranan dapat melihat percikan bunga api di sana sini. Bila bersama yang tersayang, semuanya rasa begitu membahagiakan. =)
p/s: Dari hari tu nak tengok movie ni, tapi tak tertengok lagi. Che Kay suka movie-movie macam ni.
No comments:
Post a Comment