January 21, 2012

Tahniah Ajid!!! (a.k.a Zeed Jameel)

Akhirnya perjalanan seorang insan yang begitu gigih mengejar ilmu impiannya di menara gading sudah pon selesai. Kini dunia realiti sedang menantikan aksi insan ini. Dalam hati, hanya Yang Maha Esa sahaja yang tahu betapa bangganya terhadap apa yang telah Ajid capai buat masa ini. Walaupun tak dapat menghadirkan diri ini ke Final Year Fashion Show si Ajid ni, dengan melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh kawan-kawan dia pon dah buat hati ni keawangan. 

Teringat kembali suatu ketika dulu kami sama-sama berkongsi impian. Dari sembang-sembang di bangku Kolej Jati sampailah masa tinggal di rumah sewa bersama. Ajidlah yang dok jadi bahan rujukan bila ada dinner masa study.  Masih ingat lagi hari bila Ajid pergi interview untuk ambik degree fashion. Sesudah interview, beria dia telefon nak jumpa. Masa tu Che Kay ada di fakulti (tak ingat tengah buat apa, mungkin ada kena mengena dengan thesis kot), gigih ni Ajid datang jumpa. Bila dia ceritakan maklum balas si penemuduga, aiyooo kami sungguh seronok tak terkata. Ditatap berkali-kali lakaran yang Ajid bawak. Siapa sangka si mamat yang dahulunya gigih melukis dan bermain dengan segala bakteria, virus dan segala jenis mikroorganisma, berjaya menghasilkan sesuatu yang Wow! 

Kini semua tu hanya tinggal kenangan. Yang ada sekarang masa hadapan. Semoga perjalanan Ajid lepas ni lebih bewarna-warni. Terbanglah setinggi awan biru, tapi Ajid jangan sesekali lupakan rumput yang hijau ya! =)


Zeed Jameel...



Semua manusia berdiri atas pentas tu memakai koleksi Zeed Jameel~


Ajid dapat silver medal! 


Pasti senyuman yang terukir tu tanda kelegaan kan! Che Kay nak sangat jaket kuning yang Zeed Jameel pakai tu! Kaedahnya muatkah? Hahaha. Semua gambar diambil dari MukaBuku Zeed Jameel dan rakannya. Jadi kalau ada yang cari dia, cubalah hubunginya di MukaBuku atau blog Zeed Jamel =)

Sebelum ni Ajid pernah juga menang dalam pertandingan yang lain.


Zeed Jameel dan modelnya ketika menang MIFA For BDA Young Designer Award. Gambar ni Che Kay ambil dari blog anastasheeka.


Zeed Jameel juga menang Anugerah Khas Juri bagi Perantis Muda Terbaik Festival Fesyen Kuala Lumpur 2011. Gambar dan berita selanjutnya bolehlah ke Berita Harian . Keratan surat khabar ni lah yang Che Kay dok tampal di meja tempat kerja. Hari-hari tengok, hari-hari rasa bangga! =)


p/s: Hari ni nak tido sambil senyum-senyum sebab akhirnya dapat jugak tengok gambar-gambar kat atas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...